30 [Akhir]
Lelaki Upahan | KTH
Bab 30
OST: Tell Me Goodbye oleh BigBang
[Sila mainkan sewaktu membaca bab ini]
------
"Dalam diam, aku sentiasa menemani kau. Sayonara, Shin Min Jung."
-Kim Taehyung
---
"Betul ni kau tak nak kami berdua tunggu? Jangan lama-lama sangat dekat sini. Cuaca dah mendung, Kim Min Jung."pesan Park Jimin kepada gadis yang sedang tunduk merenung ke arah kubur mendiang Kim Taehyung.
Jungkook melangkah setapak ke belakang Min Jung. Sempat lagi lelaki itu menyarungkan jaket tebal untuk membaluti tubuh badan gadis itu.
"Betul. Saya okay je. Baliklah dulu."balas Min Jung. Sebentar sahaja dia melemparkan pandangan ke arah dua orang manusia yang berdiri di belakangnya itu. Kemudian, gadis tersebut melutut semula di hadapan kubur lelaki yang amat dirinduinya sejak sekian lama.
kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas tanah. Kelopak matanya dipejam rapat untuk memudahkan dia mengingati semula momen indah antara dia dan Kim Taehyung.
"Saya tahu kenangan lepas begitu memeritkan. Tetapi, hanya itu sahaja yang dapat saya lakukan untuk hilangkan rasa rindu terhadap kehilangan awak. Sakitnya di sini tak akan terhenti sehingga akhir nafas s-saya Kim Taehyung."
Nafas yang dihela dengan hembusan perlahan. Jari-jemari kirinya menyeka air mata yang mengalir laju di kedua-dua belah pipi.
"Lepaskan kerinduan kau Min Jung. Lepaskan."monolog Shin Min Jung sendirian. Gadis malang itu menangis teresak-esak. Petang yang cerah perlahan-lahan berubah menjadi mendung. Air hujan menitik halus membasahi seluruh kawasan tanah perkuburan.
---
Seorang lelaki berpakaian serba hitam memerhati gelagat Shin Min Jung dalam diam. Tubuh badannya disembunyikan di sebalik pokok besar yang terletak berdekatan kawasan perkuburan itu.
Skrin telefon pintarnya ditekan. Gambar gadis itu dirakam dengan pantas. Cukup untuk melepaskan kerinduannya terhadap gadis itu kelak.
Langin seakan menangis. Bunyi esak tangis Min Jung menyebabkan dia terpaku memandang tindakan gadis tersebut.
Dia hanya mampu melihat. Dia hanya mampu menuturkan kata-kata maaf dari jauh. Bibirnya bergerak menyebut perkataan 'maaf' berulang kali.
Bibirnya hampir tersasul mengeluarkan bunyi. Lantas, telapak tangan dia tekap ke mulut. Lelaki itu mengesat air mata yang membasahi pipi.
Dia sangat bencikan tangisan Shin Min Jung.
Dia hanya mahu Min Jung hidup gembira.
"In order to protect you, aku sanggup hidup dalam persembunyian. Aku mungkin sudah mati di pandangan mata kau. Namun, aku bersumpah kau akan sentiasa berada di bawah jagaan aku, Shin Min Jung. Terima kasih."luah Taehyung dengan jujur.
Hoodie berwarna hitam yang dipakai ditarik ke hadapan lagi untuk menutup wajahnya. Satu mask hitam dikeluarkan dan Kim Taehyung segera memakainya.
Perlahan-lahan dia dia melangkah sehingga langkahnya terhenti di belakang gadis itu. Desakan hati yang begitu kuat hampir membuatkan Taehyung ingin memeluk erat Shin Min Jung.
"T-taehyung, just tell me a final goodbye. Hati saya terlalu sakit. Please. "rintih Min Jung.
Kim Taehyung duduk melutut di tepi Min Jung. Satu bunga jenis Sweet Pea diletakkan di atas telapak tangan gadis yang sedang merintih kesedihan itu.
Bunga yang mempunyai makna yang tersirat. Bunga yang memberi mesej perpisahan antara dua insan. Min Jung segera mengangkat muka. Kelibat seorang lelaki memakai mask hitam dan pakaian serba gelap menjengah pandangan mata.
"Ambilah bunga ni. Untuk kau. Apabila layu aje bunga ni, aku mohon kau berhenti menangis. Selamat tinggal. Mahal na Mahal kita ."
Min Jung menggenggam pergelangan tangan lelaki itu. Dia rasakan seperti lelaki itu adalah Kim Taehyung. Namun, dia menerima hakikat bahawa lelaki dicintainya itu sudah lama pergi meninggalkan dirinya.
Gadis itu menarik semula genggaman tangannya. Kepalanya menunduk sebagai tanda meminta maaf. Setangkai bunga Sweet Pea pemberian lelaki misteri itu dia genggam penuh berhati-hati.
"A-awak bukan Kim Taehyung kan?"
Suaranya bergetar menahan tangis ketika soalan tersebut meniti keluar dari bibirnya. Lelaki misteri itu menepuk bahu Min Jung sebelum menggelengkan kepala.
(Take note-Lelaki misteri: Kim Taehyung)
"Lepas ni, kau balik rumah dan berehat. Hujan dah nak makin lebat. Jaga diri. Jalan pandang ke hadapan. Jangan pusing ke belakang. Teruskan hidup kau. Tinggalkan semua kenangan sedih menjadi satu memori. Janji dengan aku?"
Min Jung berusaha juga menganggukkan kepala. Matanya memandang sekilas wajah lelaki misteri itu sebelum dia terus melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan.
"S-saya janji. Demi Kim Taehyung. Terima kasih pujuk saya, Encik."
--
Mata Kim Taehyung menghantar pemergian gadis yang sentiasa bertakhta di hatinya itu. Suara terakhir Min Jung yang didengarinya hilang dibawa angin. Tetapi, senyuman kecil terbentuk di bibirnya.
"Those tears, don't cry for me. For your sake, never look back again"
Satu baris ayat meluncur keluar lagi daripada mulut Kim Taehyung. Satu nafas dihembus perlahan untuk menenangkan hati yang sudah meruntun suara tangisan.
Taehyung mendongakkan kepala untuk memandang ke langit yang gelap dan mendung itu. Hujan rintik yang membasahi dirinya langsung tidak mengganggu fokusnya pada petang tersebut.
"Kau sentiasa berada di dalam hati aku. Aku cintakan kau, Shin Min Jung. Selamat tinggal."
Pistol yang berisi peluru disisipkan semula di pinggangnya. Kim Taehyung menggosok dadanya yang terasa sakit akibat rindunya terhadap gadis bernama Shin Min Jung itu.
Dia melemparkan pandangan sekilas ke arah 'kubur' yang tertera namanya sendiri. Kim Taehyung melepaskan keluhan kecil.
Dari jauh, dia dapat melihat kereta yang dinaiki Min Jung. Bibirnya tersenyum pahit.
"Jika ada rezeki, kau akan sambut kedatangan aku pada masa hadapan. Shin Min Jung, lelaki upahan kau nak undurkan diri dulu. Goodbye."
Kim Taehyung mengesat air mata yang masih berbaki. Langkah kakinya dibawa untuk menuju ke destinasi seterusnya.
Pertemuan terakhir dua insan yang saling menyayangi. Moga pada masa hadapan, mereka akan dipertemukan kembali.
Adakalanya perpisahan adalah jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan seseorang.
-TAMAT-
A/N:
Dengan rendah hati, saya tamatkan siri Lelaki Upahan ini pada jam 01:30 pagi.
Pada Jumaat 23/11/2018.
Saya akan mula membalas komen bermula esok. ♥
Sokongan anda tersangat saya hargai. Semua komen saya sempat baca tetapi tidak sempat utk membalasnya. Maaf ♥
--
Komen korang untuk keseluruhan jalan cerita dan bab akhir ini?
👫
Lelaki Upahan • Kim Taehyung
Status : Completed ✔
Kita road to 10k votes eh? 💖🐒
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro