Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25

Lelaki Upahan | KTH

Bab 25
----
A/N: update untuk korang semua. Terima kasih .

------



"T-tak. Takkanlah nak teruskan dalam kereta?"aku sempat mencipta satu alasan.

Oh tuhan, aku harap aku dapat terlepas daripada hukuman Kim Taehyung ini.

Taehyung berhenti menyentuh kawasan sekitar wajah aku. Bibirnya tersenyum menyenget. Tangannya diletakkan terus ke stereng kereta.

"Baik. Kita sambung balik rumah nanti ye sayang."ujar Taehyung.

Tanpa menunggu balasan yang keluar dari mulut aku. Kereta yang dipandu Taehyung terus memecut laju untuk pulang ke rumah.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Langit yang mendung sepatutnya menenangkan perasaan aku pada waktu itu.

Tetapi, aku sudah tidak mampu fokus. Hati aku berdegup laju. Peluh dingin mulai terasa.

Selepas ini, kena bijak larikan diri daripada Kim Taehyung.

----

Min Jung hanya mengekori langkah Kim Taehyung dari arah belakang.

Muka cuak Min Jung menyebabkan gelak tawa meletus keluar daripada bibir lelaki itu.

Taehyung diam tanpa sebarang kata. Pintu rumah dibuka dan tangan lelaki itu terus menarik badan Min Jung untuk terdorong ke dalam dakapannya.

"Jangan takutkan s-saya Taehyung."

Bibir lelaki itu mendarat ke kedua-dua pipi Min Jung. Apabila Taehyung ingin beralih pula kepada bibirnya, Min Jung pantas mengelak.

"Saya tak suka hukuman macam ni. T-taehyung gatal."

Min Jung menolak kasar bahu Taehyung agar lelaki itu jauh daripada dirinya.

Taehyung terdorong ke belakang akibat ditolak oleh Min Jung.  Bibirnya diketap geram kerana kata-kata Min Jung sebentar tadi.

Niatnya sekadar ingin mengusik. Nasibnya malang tatkala gelaran lelaki gatal diberikan Min Jung kepadanya.

"Mungkin dia tak suka sisi mesra aku yang sebegini. Aku patut kekalkan sikap garang aku. Tak gitu Min Jung?"

Taehyung menyoal dirinya sendiri. Matanya hanya merenung pintu bilik Shin Min Jung yang sudah tertutup rapat.

Entah kenapa hatinya berasa kurang selesa beberapa hari sebelum ini.

Ketua kes siasatan pembunuhan Keluarga Shin sudah memberi amaran. Besar kemungkinan pembunuh sebenar ibu bapa Shin Min Jung sudah berada berdekatan dengan lokasi mereka.

Taehyung meraup mukanya dengan perasaan yang gelisah.

Skrin telefon pintar miliknya bercahaya. Panggilan daripada seseorang dijawab oleh Taehyung.

"Lokasi terakhir suspek pembunuhan keluarga Shin adalah di sekolah Min Jung. Kau kena ketatkan kawalan keselamatan. Gadis jagaan kau dalam bahaya."

Taehyung memejamkan kelopak mata begitu rapat. Arahan yang diberikan oleh ketua siasatan membuatkan diri Taehyung semakin gusar.

Kedua-dua tangannya tangkas mengisi peluru di dalam pistol miliknya.

"Aku sanggup berkorban. Demi kau, Shin Min Jung."keluh Taehyung.

Lambat atau cepat, lelaki itu perlu bersedia. Nyawa Min Jung bakal menjadi taruhan. Dia hanya inginkan gadis itu selamat walaupun dia terpaksa bergadai nyawa sekalipun kelak.

---

A/N:

Yeay. Happy 20k reads untuk Lelaki Upahan.

♥♥

Saya kembali. 👫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro