21
Lelaki Upahan | KTH
Bab 21
---
A/N:
Setakat ini sahaja update untuk minggu ini.
Mari Road to 4K votes ye?
(๑ิټ ิ)
-----
Aku mengelap peluh yang merenik di dahi. Kedua-dua tangan aku angkat dan ku lambai kekok ke arah Jimin dan Jungkook.
"Jom balik , T-taehyung."ajakku. Lelaki dingin itu hanya mendiamkan diri.
Kereta yang dipandu oleh Taehyung meluncur laju untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku segera melompat turun dari kereta. Seperti lipas kudung aku berjalan dengan pantas.
Hatiku sudah diserang rasa aneh dengan kelakuan Taehyung. Tak sanggup aku duduk berdua-duaan dengan dia walaupun hanya di dalam kereta.
Taehyung berdiri di sebelah aku. Setelah menyisipkan pistol di pinggangnya, pintu rumah segera dibuka.
Aku tidak mahu menunggu lama. Aku angkat kaki untuk meninggalkan Kim Taehyung.
"Shin Min Jung, tunggu sekejap."
Oh, tidak. Dia dah mula panggil aku. Ingatkan dah tak sudi nak bercakap.
Perlahan-lahan aku menoleh ke arah Kim Taehyung.
Mataku terbeliak. Mulutku terlopong luas.
Jari-jemari runcing Taehyung mengunci pintu rumah. Susuk tubuhnya yang tinggi dibawa untuk menuju ke arah aku.
Butang kemeja denim berwarna biru dibukanya satu-persatu.
Rambut messynya (korang imagine je Taehyung macam cover story ni) beralun lembut.
"Nak apa abang Tae?"
Aku soal menggunakan nada gelabah. Suaraku seakan berbisik.
"Aku nak pastikan sesuatu. Aku minta kau jangan lari. Jangan menjerit. Boleh?"
Permintaannya kedengaran menyeramkan pada saat itu. Aku menggelengkan kepala dan segera berundur sehingga badanku tersandar di pintu bilik.
Tekakku serta-merta terasa perit. Begitu sukar aku hendak menjerit suara bantahan kepadanya ketika itu.
"M-min Jung terasa sakit perut. E-sok pagi jelah kita berborak ye, Taehyung."
Alasanku tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada lelaki dingin itu. Taehyung berjalan pantas ke arahku.
Kedua-dua tangannya memegang kejap bahuku.
"Tak boleh. Kalau aku tangguh, takut melarat pula nanti. Kau diam je."
Taehyung ada penyakit ke? Melarat apanya?
Aku memandangnya dengan raut wajah keliru.
Hampir tercengang aku apabila bibir Taehyung dilekatkan di dahi aku.
Telapak tangan aku ditarik untuk ditekap di dadanya.
"Tolong rasa degupan jantung aku. Aku nak kau beri jawapan kepada kekeliruan aku. Jawapan yang j-jujur Shin Min Jung."pinta Taehyung.
Bibirnya beralih kepada kelopak mata aku. Kedua-dua belah pipiku menjadi mangsa sentuhan bibirnya pula.
Berhati-hati dia meletakkan bibirnya di permukaan kulitku.
Seakan diriku sesuatu yang begitu berharga baginya.
Kemudian, dia mendaratkan pula bibir di dagu aku. Jari-jemari Taehyung ralit mengelus rambutku yang panjang.
"Degupan jantung a-aku. Apa kau rasakan?"
Aku mengetap bibir. Telapak tanganku masih setia menekap dadanya.
Aku begitu takut untuk memberikan jawapan.
"Jawab, Min Jung. Please."
Desakan Taehyung menyebabkan aku tersedar daripada lamunan perasaan.
Taehyung meletakkan jarinya di atas bibirku.
Matanya dipejam rapat. Nafas Taehyung menjadi tidak stabil.
"Degupan jantung awak begitu laju. A-awak dah jatuh cinta , Kim Taehyung."
Aku mengangkat tangan daripada menyentuh permukaan dadanya.
Lelaki dingin ini betul-betul cintakan aku.
But, how?
Mata Taehyung menghantar renungan penuh kasih. Matanya terlihat bercahaya.
Bibirnya mengukir senyuman manis buat kali pertama.
"Oh, aku dah simpan perasaan ini sejak awal dahulu. Baru sekarang aku sedar. Habis kau aku kerjakan Shin Min Jung. Aku tak sabar."
Aku bergelut untuk melepaskan diri daripada Kim Taehyung. Namun, langsung tidak berhasil.
"T-tak sabar apanya abang Tae?"
Gatal mulutku bersuarakan pertanyaan bodoh.
Matanya melirik penuh menggoda ke arah bibirku.
"Tak sabar rasmikan untuk kali kedua. Kau buat aku tergila-gila."
Damn. Habislah aku.
👫
A/N:
Update selesai untuk minggu ini.
Bab-bab seterusnya kita akan lihat perjalanan hubungan pasangan Min Jung dan Taehyung ini.
Bersemut gitu.
Hahahahahahhahaha. 🌚
"Berapa stars korang nak bagi untuk story Lelaki Upahan setakat ini?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro