Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Lelaki Upahan |KTH

Bab 16

-----

Aku meletakkan beg di sofa. Mataku hanya memerhati gelagat Taehyung dalam diam.

Sejak dari dalam kereta tadi, dia semakin menjadi dingin. Setiap kata-kataku tidak dilayan.

Taehyung menoleh ke arah belakang sebelum memasuki biliknya. Akhirnya, bersuara juga mamat beku ni.

"T-taehyung, s-say-"

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Taehyung memintas percakapan aku dengan suara garau miliknya.

"Jangan cakap banyak. Pergi mandi cepat dan aku nak kau keluar bilik untuk latihan mempertahankan diri petang ni. Now!"ujar lelaki itu dengan tegas.

Telinga aku menjadi panas akibat bebelan pedas dari mulut Taehyung. Tanpa membalas arahannya, aku terus memasuki bilik.

Perasaan geram makin membuatkan aku menyampah untuk memandang si polis yang acah bagus itu.

----

Taehyung berdiri kaku. Matanya menghantar renungan tajam kepada gadis yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu.

Min Jung masih menundukkan kepala. Mana tidak gelisahnya, keluar bilik sahaja. Si Taehyung sudah merenung dia seolah ingin dibunuhnya Shin Min Jung.

"Datang dekat sikit. Yang jauh sedepa dari aku dah kenapa? Protes?"soal Taehyung bersama iringan nada suara garang.

Min Jung mencebikkan bibir. Dia genggam kedua-dua tangannya. Perasaan takut,gelisah semakin hebat menguasai dirinya ketika itu.

Apabila berdua-duaan dengan Taehyung, suara tegas lelaki itu, sikap dingin Kim Taehyung menyebabkan Min Jung sukar untuk fokus.

Senyap-senyap dia menggosok dadanya. Sekadar ingin melegakan rentak jantung yang tidak stabil.

"B-baiklah. Saya datang ke depan sedikit."balas Min Jung.

Sesi latihan mempertahankan diri pada petang itu berlangsung juga. Suasana tegang antara Taehyung dan Min Jung mencetuskan suasana yang sepi.

Dua-dua bisu tanpa bicara. Kau renung aku. Aku renung kau.

Min Jung terkial-kial menghayunkan penumbuk seperti yang diajar oleh Kim Taehyung.

Fikirnya dia akan berjaya. Namun, telapak tangan Taehyung terlebih dahulu berjaya menangkap tumbukan dari Min Jung.

"Lembik sangat. Cuba lagi. Aku rasa kalau kau hadap penjenayah, dah lama mati. Lembik."

Provokasi daripada Kim Taehyung mendorong Min Jung untuk memantapkan lagi skil mempertahankan diri.

Satu demi satu langkah yang diajar lelaki itu diikutnya penuh teliti.

Enggan dilabel lembik. Min Jung fokus mengikut arahan Taehyung.

"Bagus. Kau dah dapat belajar teknik mempertahankan diri. Tapi, tetap lembik. Sentiasa praktis. Ini semua untuk keselamatan kau. Faham?"

Min Jung mengesat peluh yang melekat di dahi. Bibirnya tercungap-cungap menyedut nafas.

"B-baik abang Tae. Saya menurut perintah."akur Min Jung. Diseretnya tubuh badan yang keletihan masuk ke dalam bilik.

Dia perlukan rehat. Malam nanti dua rakan barunya hendak singgah datang ke rumah pula.

Si Taehyung pula dari awal sudah beredar menuju ke bilik. Min Jung hanya merenung pintu hadapan dengan perasaan sedih.

"Kan seronok kalau boleh keluar dengan kawan-kawan. Lepak bersama. Aku rindu semua tu."keluh Min Jung.

Atur langkahnya longlai memasuki bilik tidur.

---

Aku melihat angka jam yang terpampang di skrin telefon pintar. Senyuman kecil terus terukir di bibir.

Kehadiran Jungkook dan Jimin mungkin akan menghilangkan kesunyian yang aku rasai pada waktu ini.

Ada Kim Taehyung pun tiada guna. Dia sekadar lelaki upahan untuk menjaga aku. Mana mungkin kami akan bersahabat.

Nak bergelak ketawa dengan dia pun susah.

Loceng rumah ditekan oleh seseorang. Aku memandang Kim Taehyung untuk meminta persetujuannya.

Taehyung menjeling tajam. Mata aku tertumpu kepada pistol yang tersisip kemas di pinggangnya.

"Kau tunggu situ. Aku kena check dulu."

Pintu dibuka oleh Taehyung. Kepalanya seakan menganggukkan sesuatu.

"Masuklah. Min Jung ada di ruang tamu."pelawa Taehyung.

Kelibat Jungkook dan Jimin memasuki rumah membuatkan senyuman aku semakin melebar.

"Jimin, Jungkook. Marilah sini. "Ujarku riang.

Jimin melangkah terlebih dahulu. Diikuti pula dengan Jungkook.

Taehyung duduk bersandar di sofa. Matanya seakan pemangsa yang sedang menanti mangsa untuk dibaham.

Aku mengeluh pasrah melihat kelakuan Taehyung yang tidak ubah seperti seorang abang yang protektif.

Jungkook mengambil tempat di sebelah kananku. Jimin duduk di kerusi berhadapan dengan aku.

"Abang kau macam singa lapar. Seram doh kami nak discuss tugasan dengan kau. Betul ke dia bagi kami datang?"soal Jimin.

Jungkook pula saling berbalas pandangan dengan si Kim Taehyung. Senyuman kekok yang dilemparkan Jungkook langsung tidak dibalas oleh Kim Taehyung.

"D-dia memang macam tu. Period !"celupar mulutku pada saat itu.

Dengan pantas, aku menekup mulut. Kim Taehyung sudah berdiri dan melangkah ke arah aku dan Jimin.

Jungkook yang menjadi pemerhati sudah berasa cuak.

"Aku bagi korang siapkan tugasan dalam masa dua jam. Lebih dari tu, angkat punggung dari sini. Ingat, siapkan tugasan. Jangan menggatal. Aku ada kat dapur. Perhatikan korang bertiga."

Hampir tersembur air liurku tatkala mendengar amaran Taehyung.

Aku memandang wajah Jungkook dan Jimin dengan riak muka bersalah dan takut.

Dapat aku rasakan jelingan tajam Taehyung dari arah dapur.

"Jom kita siapkan cepat-cepat. A-abang aku tu..frust gamaknya..sebab awek curang. Sebab tu jadi singa lapar."

Selesai mengujar barisan ayat tersebut, hentakan kuat jelas kedengaran di dapur.

Aku mengetap bibir. Aku genggam jari-jemari yang sudah menggigil ketakutan.

Kim Taehyung sudah mengamuk. Pandai-pandailah aku hadap dia selepas ini.

👫
A/N

Bab seterusnya dalam proses.

Tunggu ya.

Komen dan hadiahkan likes.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro