15
Lelaki Upahan | KTH
Bab 15
---------
Update mengejut. ♥
----
Taehyung berdiri di satu sudut. Tangannya diangkat untuk dilambaikan kepada adik 'palsunya' iaitu Shin Min Jung.
Matanya masih melekat kepada gerak tubuh dua orang lelaki yang berada di samping Min Jung.
"Macam takde perempuan lain. Nak berebut juga korang dengan si Min Jung tu. Tak faham aku. Apa istimewanya budak ni?"rungut Taehyung.
Dia berdiri beberapa minit. Setelah memastikan Min Jung selamat masuk ke dalam kelas. Terus Taehyung juga beredar masuk ke dalam kelasnya sendiri.
Earpiece yang dipakainya mengeluarkan bunyi. Suara ketua unit siasatan yang memberi arahan pada hari itu membuatkan Taehyung semakin berjaga-jaga dengan keselematan Min Jung.
"Suspek utama pembunuh keluarga Shin disyaki berada di sekolah yang kau dan Min Jung sedang pergi sekarang ni. Awasi Min Jung. Dia dalam bahaya, Kim Taehyung."keras nada suara ketuanya, Kim Seokjin memberi peringatan.
Taehyung mengusutkan rambutnya. Matanya difokuskan ke luar tingkap untuk memantau pergerakan Min Jung.
"K-kau dalam bahaya , Shin Min Jung."tuturnya separuh berbisik.
Min Jung dari arah pandangan Taehyung sedang ralit tersenyum gembira. Wajahnya terhias senyuman melebar kerana lawak yang dibuat oleh Jimin dan juga Jungkook.
Nampaknya tak putus asa kedua-dua lelaki itu untuk memikat Min Jung.
Mereka tidak sedar ada si harimau sedang galak memerhati mereka.
Siapa lagi, kalau bukan si abang Min Jung, Kim Taehyung.
------
Aku menganggukkan kepala dan menunjukkan isyarat ibu jari ke atas kerana permintaan yang Jungkook dan Jimin kemukakan.
Diorang bercadang nak singgah rumah aku. Mungkin si Taehyung tak akan bantah?
Bukannya aku keluar ke mana-mana pun. Kedatangan mereka ke rumah untuk menyiapkan tugasan mungkin boleh menghilangkan kebosanan aku.
Iyalah, duduk rumah pun dah seperti tinggal berseorangan. Taehyung pun satu. Nak diajak bersembang aje, terus bagi jelingan maut.
"Boleh kan kami singgah rumah kau, Min Jung. Tarikh akhir nak siapkan tugasan ada baki lagi dua hari. Abang kau okay je kan?"soal Jungkook.
Bibirnya terukir senyuman gembira. Begitu juga dengan Jimin. Dua-dua orang lelaki dah serupa kembar walaupun langsung tiada pertalian darah.
Aku menganggukkan kepala sekali lagi.
"Jemputlah datang rumah aku malam ni. Abang aku si Taehyung m-mesti bagilah korang datang."
Aku bertutur selancar mungkin walaupun cemas. Dari ekor mata, Taehyung berjalan ke arah aku.
Keningnya dijengketkan seolah-olah tahu yang aku inginkan sesuatu.
"N-nak apa? Kalau kau nak keluar gi dating . Tak payah. Aku tak izinkan."
Aku mengetap bibir. Geram pula mendengar ujaran dari mulut emas si Taehyung ni.
"Saya dah ajak Jungkook dan Jimin untuk datang rumah malam ni. Kami nak siapkan tugasan. Boleh kan abang Tae?"
Sengaja aku tekankan perkataan abang sekuat mungkin. Dalam pada yang sama, aku nak perli dia juga.
"Boleh. Tapi, kalau aku nampak kau lepak je lebih. Aku campak dua orang lelaki ni keluar dari rumah. Faham?"
Aku menundukkan kepala. Anggukan kepala dilakukan secara paksa.
"B-baik abang Tae. Min Jung faham."
Begnya seakan ditarik seseorang. Min Jung mendongakkan kepala.
Rupa-rupanya si Taehyung yang menariknya.
"Cepat jalan. Nak cepat balik rumah ni. Aku nak ajar kau teknik mempertahankan diri. Aku nak kau bersedia. Lepas makan, aku ajar kau."
Min Jung mengerutkan dahi apabila mendengar penjelasan Kim Taehyung.
Dia menghembuskan nafas kecewa.
Ingatkan boleh berehat sekejap dari pandang muka si Taehyung.
"Hari-hari saya kena hadap awak. B-bosan lah."ujar Min Jung sebelum gadis itu menekup mulut.
Kata-kata yang meluncur laju tanpa sedar dari bibir Min Jung.
Taehyung menolak bahu Min Jung dari arah belakang.
Gelakan sinis lelaki itu menyinggah di telinga Min Jung.
"Bosan? Lama lagi kau akan hadap muka aku. Menangis air mata darah pun kau tetap kena hadap muka aku. Tengok-tengok sampai tua. Jangan jadi manja Shin Min Jung."
Terus Min Jung terdiam. Kata-kata pedas lelaki itu memberi tamparan yang pedih kepada dirinya.
👫
A/N:
Bab seterusnya dah ada konflik.
Iyalah si Jimeng dan Kook mula keluar taring.
Takkanlah si Taehyung nak diam?
🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro