Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Lelaki Upahan | Bab 14
---
A/N: Maafkan saya. Janji nak update tetapi tak update. Maafkan patik.

Saya akan fokus dengan story Taehyung sepanjang minggu ini. ♥

------

Tiga perkataan yang layak untuk aku pada waktu sekarang.

Kau dah gila.

Sememangnya aku dah gila. Tanganku terketar-ketar menyapu air di seluruh wajah.

Aku bilas wajahku dengan kasar. Imej Taehyung tidak berbaju sudah cukup mendatangkan gelodak perasaan di hati.

Ditambah pula dengan cuainya aku menarik tuala putih yang terlilit elok di pinggang lelaki itu.

Dia nampak seksi, menggoda, dan aku berasa satu perasaan aneh semakin hebat menghantui diri.

Lamunan panjangku terhenti.

Ttuk..ttukk.

Kedengaran bunyi pintu seakan diketuk oleh seseorang. Aku menerpa keluar dari bilik air. Wajahku yang basah dengan titisan air langsung tidak dilap kering.

Tanpa menunggu masa yang lama, aku melompat naik ke atas katil. Selimut tebal aku segera tarik sehingga menutupi kepala.

Aku sembamkan wajah ke bantal. Terus perasaan cuak dan takut yang menguasai diri memaksa aku untuk tidak berani menghadap Taehyung.

Mana tahu. Dia campak aku ke luar tingkap gara-gara aku dah terlihat segenap inci tubuh badannya.

"T-tak. Aku kena lupakan. Mesti!"aku memberi amaran keras kepada diri. Bayangan insiden tertarik tuala berputar seperti kaset yang rosak.

Malah, insiden itu menyebabkan muka aku membahang. Kedua-dua telapak tangan aku tekap ke pipi.

Panas. Mungkin ianya kesan perasaan malu yang bertandang di hati.

"Dah tidur ke Cik Shin?"

Ah sudah, lelaki s-seksi dah datang.

Tuhan, mohon jangan biarkan hidung aku berdarah.

Sesungguhnya godaan semaki kuat dan kian terasa.

Badan aku sengaja keraskan. Aku pura-pura sudah terlena.

Bau haruman mandian yang selalu melekat di badan Taehyung membuatkan hidungku terus memberi reaksi pantas.

Dia, Kim Taehyung sedang berada berdekatan dengan aku.

----

Kim Taehyung menggelengkan kepala melihat telatah Shin Min Jung yang kelihatan begitu ketara.

Dia sedar gadis itu hanya berpura-pura untuk tidur.

'Dia malu agaknya sebab tadi tu.'getus hati Taehyung.

Dia bergerak menghampiri tubuh Min Jung. Sempat lagi Taehyung menepuk perlahan bahu gadis itu.

Bibirnya tersenyum kecil. Dia menoleh ke arah Min Jung sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.

"Aku tak rasa kau tidur. Keluarlah. Tak lemas ke menyorok dalam selimut lama-lama, Cik Shin?"

Gadis remaja itu hanya membatukan diri. Satu suara pun tidak mampu terkeluar dari mulutnya.

Baginya, cukuplah dia mendiamkan diri.

Daripada bercakap tergagap kepada Taehyung.

Hati Min Jung masih belum kuat untuk menghadap Taehyung.

Gadis itu sedang berada pada fasa kritikal. Dia hampir nazak kerana penampakan otot six packs yang jelas terbentuk seksi di badan lelaki itu

Dirinya juga bergelut dengan perasaan suka yang mula bercambah terhadap pegawai polis yang diupah untuk menjaganya itu.

----

Keesokkan harinya, kedua-dua orang manusia bernama Shin Min Jung dan Kim Taehyung dilihat masuk ke dalam kereta.

Kereta yang dipandu oleh Kim Taehyung membelok masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Masing-masing tidak bersuara sejak daripada berlakunya insiden semalam.

Min Jung memerhati Taehyung dari ekor mata.

Ingin tegur Taehyung, dia rasa cemas.

Ingin tegur beberapa kali, bimbang pula gadis itu jika perasaan sukanya makin bercambah dan memekar terhadap Taehyung.

Taehyung menampar kepala Min Jung. Bibirnya langsung tidak dicalit sebarang senyuman.

Pagi-pagi dah jadi gangster Kim Taehyung.

"S-sakitlah. Awak dah kenapa?"ujar Min jung sambil memegang belakang kepalanya.

Taehyung mencebik bibir. Dijelingnya wajah Min Jung bersama riak wajah yang hanya bersahaja.

"Berangan. Ingat boyfriend ? Lupakan. Kau datang untuk belajar. Bukannya nak berkasih sayang. Ingat tu."tutur Taehyung dalam nada tegas.

Genggamannya erat pada stereng kereta. Taehyung membuang pandangan semula ke luar.

Malas hendak berhadapan dengan kerenah manja Shin Min Jung.

Lagipun dia tidak boleh begitu berlembut. Min Jung harus didisiplinkan.

Hubungan mereka berdua juga harus kekal seperti kebiasaan.

Tidak boleh lebih daripada sekadar kawan.

Mata Taehyung menangkap kelibat rakan-rakan baru Min Jung.

Terus jarinya ditunjukkan ke arah mereka.

Jungkook dan Jimin yang sedang berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Dia memandang dua lelaki itu dan seterusnya, matanya memandang wajah Min Jung semula.

"Pergilah masuk kelas. Tunggu apa lagi dalam kereta lama-lama. Tu, kawan kau dah sampai."

Taehyung menyebut perlahan kata-kata tersebut. Dia membiarkan Shin Min Jung untuk beredar terlebih dahulu.

Langkah kakinya mengikuti gadis itu dari arah belakang.

Matanya tajam memandang dua lelaki tidak bersalah itu dengan pandangan dingin.

Taehyung menarik nafas dan mengepal penumbuk kecil secara senyap.

"Aku rasa terancam dengan si Jimin dan Jungkook ni. Aku tak boleh biarkan diorang terlalu rapat dengan si Min Jung. T-tak boleh."

Tiba-tiba, suara Jimin memecahkan suasana yang sepi. Min Jung mengangkat kepala untuk memandang ke arah pemilik suara tersebut.

"Eh Kim Min Jung! Meh lah jalan dengan kami."pelawa Jimin. Jungkook yang setia berdiri di sebelah hanya tersenyum manis kepada Min Jung.

Taehyung diam membisu. Matanya mengikuti pergerakan Min Jung bersama Jungkook dan Jimin dari jauh.

Taehyung meletakkan tangan di dada miliknya.

Telapak tangan digosok perlahan di atas permukaan dada.

'Perasaan pelik ni datang lagi. Aku tak faham semua ni. Aku terlalu fokus dekat dia agaknya. Sebab tu aku rasa selalu panas je hati ni.'

Keluhan Taehyung hanya terluah di dalam hati lelakinya.

Dia keliru.

Apakah semua ini?

👫
A/N:

Komen bebanyak. Jangan lupa untuk vomment iya? ♥

Saya janjikan kejutan untuk bab seterusnya.

"Camne bab kali ini?"

Ada terubat rindu tak?

😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro