12
A/N: Kemanisannya sudah bermula.
---
Aku hanya duduk termenung di hujung katil. Aku perhatikan Taehyung yang sudah terbaring di atas katil di biliknya.
Perasaan risau semakin bertambah kuat di hati. Mataku tetap fokus kepada tubuh badan Taehyung yang tidak sedarkan diri itu.
"S-saya akan jadi budak yang baik, Kim Taehyung.. selepas ini. Terima kasih kerana selamatkan saya hari ni."ujarku separuh berbisik.
Aku merangkak merapati lelaki itu. Lengannya yang sudah berbalut dan masih basah dengan darah aku sentuh lembut.
"Mesti sakit kan? Semoga cepat sembuh abang Tae."
----
Shin Min Jung menelan air liur yang terasa pahit. Pergerakannya seperti dikunci seseorang.
Mustahil dia boleh bangun dengan jayanya dari katil Kim Taehyung.
Satu.
Kelopak matanya dibuka drastik dengan kelajuan sepantas mungkin.
Kedua.
Matanya terbeliak tatkala kepalanya sudah terbaring di dada bidang milik Taehyung.
Ketiga.
Lengan Taehyung yang tidak cedera memeluknya dengan rapat.
Serapat yang boleh sehingga menyebabkan Min Jung bergelut untuk mencari sisa-sisa oksigen.
"Dia ingat aku b- bantal peluk ke?"keluh Min Jung. Satu demi satu percubaan gagal.
Akhirnya , dia give up. Min Jung hanya kaku dalam pelukan Taehyung. Nampaknya dia perlu tunggu Taehyung sedar.
Lelaki itu sudah tidur mati.
----
Taehyung memeluk bantal itu dengan penuh perasaan. Perasaan aneh muka bertandang di hati.
Bantal peluknya terasa seperti tubuh badan manusia. Matanya yang terpejam terus terbuka.
Mata Taehyung pandang tepat ke arah mata Min Jung.
Dua-dua insan itu saling bertatapan mata. Kelu untuk memulakan bual bicara antara diri masing-masing.
"M-maafkan aku, Cik Shin. Terbabas pula."
Taehyung menjarakkan diri daripada Min Jung. Terkial-kial dia menyandarkan badan di kepala katil.
"Aku pengsan lama sangat ke?"
---
Hek eleh. Mamat beku ni.
Lepas peluk aku sedap je, boleh pula dia buat muka poyo.
Aku mengukirkan senyuman hambar dan menunjukkan balutan di lengannya.
"Awak pengsan lama juga. Tu..lengan dah berbalut. Get well soon, abang Taehyung."ujarku dengan panggilan hormat.
Enggan duduk berdua-duaan begitu lama dengannya. Aku meminta diri untuk keluar dari bilik.
Pergerakanku terhenti apabila Taehyung menyambar pergelangan tanganku.
Aku terduduk semula di sebelahnya. Pipiku sudah mula memerah kerana jarak yang begitu dekat dengan lelaki itu.
"Aku okay. Kau jangan risau. Dah memang tugas aku untuk lindungi kau. Sekarang, masuk bilik dan berehat. Esok aku bawa kau pergi beli barang dapur. Boleh tak sayang?"soal Taehyung dengan tegas.
Tiada nada gurauan. Hanya suara dingin yang melatari kata-kata Taehyung.
Ungkapan 'sayang' daripada Taehyung membuatkan aku kelam-kabut untuk turun dari katil.
Tanpa memandang matanya, aku terus menunduk hormat dan berlari keluar dari bilik.
Kau sengaja Taehyung. Kedinginan kau adalah faktor penarik hati aku supaya makin mendekat.
Gila semua ini.
👫
A/N: Diminta tergoda dengan chapter terbaru ini. Eh, 🌚.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro