Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

A/N: Grabs your popcorn. Show baru nak panas enjin. ♥

----
Hatiku tidak henti-henti berdoa kepada tuhan. Selepas bunyi tembakan yang dilepaskan oleh seseorang, aku berasa teramat takut.

Kedua-dua kaki aku disentuh oleh seseorang. Aku tekup mulut daripada menjerit kuat.

Dengan pantas, kelopak mata aku pejam rapat. Aku genggam kedua-dua tanganku untuk mengumpul secebis keberanian yang mungkin masih wujud dalam diri.

"Arghh!"aku jerit ketakutan tatkala pergelangan kakiku ditarik seseorang untuk keluar dari katil.

Pipiku seolah-olah disentuh oleh tangan kasar seseorang.

"B-buka mata Cik Shin. Please!"

Suara Taehyung membuatkan aku tersedar. Segala jenis ketakutan mula sedikit demi sedikit menghilang pergi.

Taehyung duduk melutut di sebelah kananku. Aku terundur ke belakang apabila mataku terlihat satu jasad yang sudah tidak bernyawa di depan mataku.

Sempat mataku menfokus kepada jasad lelaki yang bertattoo naga itu.

"Aku terpaksa tembak dia mati. Besar kemungkinan dia adalah orang upahan pembunuh parents kau. Kau okay Min Jung?"soal Taehyung bersama nada prihatin.

Mataku mula sebak dan aku menghalakan jari ke arah lengan Taehyung yang sudah tembus dengan peluru.

"Awak yang tak okay! Taehyung, a-ada peluru dalam tu. Awak tak sakit ke?"

Kelam-kabut aku menyoal Kim Taehyung. Wajahnya yang makin pucat membuatkan aku makin panik.

"Ikut aku ke dapur. Aku nak kau buang peluru dari lengan aku. Bersedia je. A-aku mungkin akan pengsan, Min Jung."

Mati aku. Camne kalau Taehyung, takkan aku nak dukung dia pula?

Apa-apapun aku kena fokus untuk kurangkan kesan kecederaan pada lengan Taehyung.

---
Min Jung mendekati Taehyung yang sudah setia menantinya di kerusi yang berdekatan meja dapur.

Bibir Taehyung sudah merekah pucat. Dia memberi isyarat agar Min Jung segera melaksanakan tugas mengeluarkan sebutir peluru dari lengannya.

"Aku dah call pasukan aku untuk datang uruskan mayat penjahat tu dan ambil keterangan kau lepas ni. M-mohon kau bagi kerjasama. Jelaskan situasi yang kau baru hadap sebentar tadi.o-okay?" Ujar Taehyung dengan nada suara terketar-ketar.

Min Jung semakin cemas apabila melihat keadaan Taehyung. Dia berharap lelaki itu mampu bertahan sehabis mungkin.

Nak tunggu ambulans sampai pun dah memakan masa yang lama.

Min Jung mendekati Taehyung. Tangannya mula mengeluarkan peluru di tangan seperti yang disebut Taehyung pada ketika itu.

Setelah selesai, dia segera membalut lengan lelaki itu. Darah basah jelas kelihatan di balutan lengan Taehyung.

Bunyi siren polis kedengaran di luar rumah. Taehyung bergelut untuk berdiri dengan jayanya.

Tubuhnya melangkah penuh longlai ke muka pintu.

Pandangan di sekeliling dirasakan sudah mula gelap. Taehyung terus jatuh terjelepuk di atas lantai.

Min Jung sempat memaut kepala Taehyung daripada terhentak ke lantai.

Wajah lelaki yang sudah menyelamatkannya itu ditenung dengan perasaan bersalah.

"A-awak cedera kerana saya, Kim Taehyung. Maaf!"

Pada waktu itu, Min Jung sedar. Betapa komitednya dan tekadnya Taehyung dalam menjaga keselamatan dirinya.

Min Jung menggenggam erat telapak tangan lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.

"A-awak dah hilang banyak darah, Kim Taehyung. Maafkan saya."

Ujar Min Jung dalam tangisan.

👫
A/N: Terima kasih. Tak sangka story ini tetap ada sambutan. ♥


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro