♥ Special Chapter 2 ♥
"Pa..pa.. Papa!" Naura yang berumur dua tahun itu memarik-narik hujung kaki seluar yang dipakai Isyraf.
"Iya iya apa?" Isyraf menilik rambutnya yang sedang disikat di hadapan cermin. Sesekali dia membetulkan rambut mengikut style terbaharu. Handsome sungguh!
"Papa.. Ngeee.." Naura menarik lagi kaki seluar Jungkook.
"Yes, sayang."
Jungkook meletakkan sikat rambut di atas meja solek lalu mendukung tubuh kecil Naura yang comel itu.
"Mana mama?" Jungkook mencium hidung Naura beberapa kali.
"Ngeee.." itu saja yang Naura mampu cakap. Maklumlah baru berumur dua tahun, mana boleh bercakap lagi.
Isyraf mula membawa Naura pergi ke dapur rumah itu. Apa yang menangkap rongga hidungnya ialah bau dari masakan isterinya. Isyraf menyandar di dinding dapur setibanya dia di situ. Naura masih lagi berada dalam dukungannya.
"Tengok tu Naura your preggy mummy buat apa," kata Jungkook kepada Naura dengan matanya yang tidak lepas memandang Hanah yang sedang elok memasak di dapur.
"Ngeee.." Naura tersengih hingga menampakkan gigi arnab comelnya. Sebiji macam bapa dia.
Hanah yang sudah perasan dengan mereka berdua itu tersenyum manis. Kandungannya yang sudah mencecah sembilan bulan itu dia pegang sebelum berjalan mendekati Isyraf.
"Naura.. Mari sini dengan mama."
Dia mula mengambil Naura dari tangan Isyraf tetapi lantas budak itu menoleh kearah lain, tidak mahu dengan Hanah. Hanah mencebik geram. Dah kenapa budak ni?
"Naura tak nak dengan mama dia. Nampak sangat mama dia jahat. Kan Naura kan?" soal Jungkook pada Naura dan sekali lagi lalu Naura tersengih.
"Haih! Mentang-mentanglah dia tu anak papa kan?"
"Comel semacam memang anak papa lah kan?" kata Isyraf lalu mencium pipi Naura berkali-kali. Sayang sungguh dia pada Naura. Mentang-mentanglah itu anak sulung mereka, sudah macam tak nak berpisah dah nampaknya.
"Lepas tu kalau dapat anak hodoh abang nak cakap anak kita hodoh macam Hanah?" soal Hanah dengan geram membuatkan Jungkook tergelak kecil.
"Setiap manusia Allah ciptakan cantik-cantik. Jangan rasa terhina atau menghina. Selagi kita ni ciptaan Allah, akan ada cantiknya pada diri kita. Walaupun bukan dari segi rupa, tapi mungkin cantik dari segi hati."
Hanah terdiam seketika. Dia pula yang rasa tersentap sekarang.
"Tapi Hanah cantik dimata abang. Cantik dari segi rupa dan juga hati. Sebab itu lah abang tackle Hanah cepat-cepat dulu takut kena sambar dengan orang lain. Lagi-lagi Abang Darwisy," kata Jungkook lagi. Hanah sudahpun ketawa malu mendengar kata-kata dia.
"Apa abang merepek ni? Siapa nak dekat Hanah ni? Lagi satu, sejak bila pula Abang Darwisy suka Hanah? Abang nak buat novel cinta monyet ke apa ni?"
Jungkook terdiam seketika lalu tersenyum kelat. Sesekali dia menarik tangan Naura yang kini dimasukkan kelima-lima jari tangannya ke dalam mulut. Haih budak kecil ni!
"Sayang langsung tak perasan?"
"Perasan apa?"
"Mula-mula abang datang rumah Abang Darwisy dulu pun abang dah agak yang Abang Darwisy sebenarnya sukakan Hanah tapi dia cuma takut nak luahkan."
Hanah terdiam seketika. Selama dia rapat dengan Abang Darwisy, dia langsung tidak perasan bahawa lelaki itu menyimpan perasaan kepada dia. Tapi itulah Abang Darwisy pun salah sebab tidak mahu berterus terang dengan dia.
"Tapi waktu tu abang pun suka Hanah. Tapi abang redha je kalau Abang Darwisy yang akan dapat Hanah. Jadi abang cuba diamkan diri dan biar saja dia berterus terang pada Hanah. Tapi yang hairannya Abang Darwisy langsung tidak buat. Mungkin dia yang rasa tak yakin dan terganggu sejak kita berdua mula rapat."
Hanah mengetap bibir lalu menunduk ke bawah. Rasa bersalah dia pada Darwisy semakin menjadi-jadi.
"Tapi lama-lama abang tak mampu nak berdiam diri lagi. Lagipun dia pun senyap saja. Abang selalu terfikir sampai bila dua-dua nak mengalah macam ni? Daripada Hanah jatuh dekat tangan orang lain, lebih baik Hanah jadi milik abang. Yes.. I love you.."
Hanah menggigit bibir bawah bila hatinya sudah berdegup kencang. Rasa cinta dia pada Isyraf semakin menjadi-jadi. Mana taknya bila lelaki itu dapat membuat para ibu di luar sana menolak segala jenis jenama gula di pasaran memandangkan gula-gula itu tidak dapat ditandingi dengan kemanisan Isyraf.
"Kenapa abang cintakan Hanah?"
Isyraf tersenyum.
"Sebab Hanah dah macam bidadari yang menjemput abang untuk memilih syurga Allah, bukan syurga dunia. Dan sekarang, abang pun dah ada anak dengan bidadari syurga abang, Nur Naura Hayfa dan juga bakal baby boy kita, Muhammad Fawwaz Al-Dayyan."
Hanah pula sudahpun tergelak kecil.
"Senang je letak nama ye?"
"Sesenang abang beri hati abang pada Hanah."
Lalu kedengaran suara Naura yang mengekek ketawa. Sporting sungguh budak ini!
"A..abang.." Hanah memaut lengan Isyraf bila terasa perutnya sakit yang teramat.
"Hanah kenapa ni?" Jungkook mula gelisah.
"Sa..sakit.."
***
•
•
•
Jungkook mencium lembut bayi lelakinya yang baru dilahirkan semalam. Muhammad Fawwaz Al-Dayyan nama diberi. Juga comel macam Naura, cuma anak lelakinya ini ada ciri-ciri kacak seperti Isyraf.
Isyraf mendekati Hanah yang masih berbaring di katil wad. Dia mengambil tempat di kerusi yang berada di situ. Sebelah tangan Hanah dipegangnya erat.
"Thanks, sayang. Sebab hadir dalam hidup abang. Thanks juga sebab sayang dah sampaikan hadiah terbaik kepada abang."
Hanah tersenyum kelat. Terasa air mata mula berguguran bila melihat keikhlasan lelaki ini. Walaupun hubungan mereka banyak cabaran dulu, tetapi dengan kuasa cinta yang datang dari hati yang sememangnya milik Allah itulah yang menghapuskan segala kesakitan ini.
"Hanah pun bersyukur dapat suami macam abang. Abang ikhlas cintakan Hanah. Hanah pun.. nak Isyraf yang macam ni. Terima kasih sebab abang sanggup terima Hanah yang tiada apa-apa ni," kata Hanah lalu Isyraf mengelap air matanya yang sedang mengalir itu. Isyraf mula mencium dahi Hanah pula.
"Abang tak pandang semua tu. Abang terima sayang seadanya.."
Hanah mengetap bibir buat seketika.
"Abang.. Tolong jangan tinggalkan Hanah lagi. Hanah nak abang yang macam ni." Hanah menggenggam erat jari-jemari Isyraf. Isyraf tersenyum manis.
"Abang takkan tinggalkan sayang lagi. Janji.." Jungkook mengusap lembut ubun isterinya yang terhalang dengan tudung itu.
Tiba-tiba, pintu wad dibuka dari luar. Jungkook dan Hanah memandang kearah dua orang gerangan yang berjalan masuk ke dalam wad mereka. Hanah mengerutkan dahi hairan. Tak sama pula dengan Isyraf yang sudah terkaku seketika.
"Mummy?"
Kelihatan Puan Soojin yang masih berada di kerusi roda, ditolak masuk ke dalam wad oleh Junghyun. Jungkook mula bangun dari duduknya. Anaknya, Fawwaz, diserahkan kepada Hanah sebelum dia mendekati mereka berdua.
Jungkook berdiri di hadapan Puan Soojin. Air mata mula bergenang di tubir mata lelaki itu. Sudah dua tahun dia tidak bertemu dengan ibu kandung dia ini. Sebelum ini pun dia cuma berhubung melalui talian saja dengan Junghyun untuk bertanya khabar tentang Puan Soojin.
Lantas Isyraf melutut di hadapan Puan Soojin. Tangan wanita tua itu dia pegang lalu dikucupnya. Isyraf mengetap bibir bila air mata dia hampir mengalir. Lantas saja tangan Puan Soojin mengusap lembut ubun anak kesayangannya itu.
"Isyraf rindu mummy.." Isyraf terus bangun lalu memeluk ibunya pula.
"Mummy selalu tatap gambar kau. Dia rindu kau, Jungkook," kata Junghyun dalam Bahasa Korea memandangkan dia tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Maklumlah dia dulu jarang datang ke Malaysia, bukan macam adiknya, Jungkook, yang selalu mengikut Puan Soojin itu berulang-alik ke Malaysia.
"Maaf Isyraf dah lama tak balik. Raf terlalu sibuk kat sini. Tak sangka pula yang mummy akan cari Isyraf sampai ke sini. I'm sorry, mummy."
Pelukan tadi dilepaskan. Puan Soojin hanya tersenyum manis memandang anaknya. Nak bersuara tapi dia pula tak mampu. Kemudian, pandangannya jatuh pada Hanah yang berada di katil hospital sambil mendukung cucunya.
Kerusi roda Puan Soojin ditolak mendekati katil Hanah. Hanah hanya memandang ibu mertuanya itu dengan pandangan gugup. Mana tak gugup bila dia tahu bahawa Puan Soojin ini tidak berkenan dengan dia dulu.
Puan Soojin sekali lagi tersenyum manis. Kedua-dua belah tangannya didepakan dengan perlahan-lahan kepada Hanah untuk mengambil bayi itu.
Hanah terkedu buat seketika. Perlahan-lahan dia menghulurkan Fawwaz kepada Puan Soojin. Puan Soojin memandang bayi comel itu sambil tersenyum bahagia setelah Fawwaz berada dalam dukungannya.
Perlahan-lahan air matanya mengalir sewaktu melihat wajah comel bayi ini. Ada iras Jungkook dan juga iras Hanah. Mungkin kerana budak ini yang berdarah kacukan Korean-Malaysian sebab itulah comel semacam.
Hanah mula tersenyum kelat. Nampaknya Puan Soojin sudah insaf dan dapat terima dia seadanya.
"Mummy.. Saya Hanah, isteri Isyraf," kata Hanah lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Soojin yang masih lagi tersenyum itu menyambut huluran tangan menantunya lalu terus dikucup gadis itu.
Jungkook pula yang berdiri tidak jauh dari situ mula mengambil Fawwaz dan dibawa kedalam dukungannya.
Tiba-tiba, pintu wad itu dikuak dari luar sekali lagi lalu masuklah lima orang manusia yang amat dikenali mereka. Siapa lagi kalau bukan Jimin dan Taehyung yang datang bersama pasangan mereka, Wardha dan Maisara? Tak lupa juga dengan Naura yang berada dalam dukungan Jimin.
"What's up bro! Eh eh! Auntie Soojin dengan Junghyun pun ada?" Taehyung tersengih. Baru saja dia meroyan bila dapat tahu Hanah baru saja bersalin semalam tapi tak jadi pula bila melihat Puan Soojin dan Junghyun yang berada di sini.
"Ehee sorry, auntie. Auntie nak salam boleh?" Taehyung menghulurkan tangan kepada Puan Soojin untuk bersalam. Janggal semacam pula!
"Lama tak jumpa kau, bro. Sihat?" soal Junghyun lalu memaut lengan pada bahu Taehyung.
"Sihat wal'afiat, bro. Kau pula macam mana?" soal Taehyung pula lalu mereka berdua mula berjalan keluar dari wad itu. Ya! Mereka berdua memang rapat memandangkan Taehyung selalu lepak di rumah Jungkook sewaktu di Korea dulu sehingga dia pula yang menjadi rapat dengan Junghyun.
Maisara yang turut berada di situ hanya mengeluh hampa. Beginilah sikap bakal suami dia. Bila dah jumpa kawan lama terus saja dia diabaikan. Nasib!
"Nah, auntie. Your first granddaughter, Nur Naura Hayfa." Jimin menghulurkan Naura yang sudah berumur dua tahun itu kepada Puan Soojin.
Puan Soojin tergelak kecil memandang wajah comel cucunya yang satu lagi ini. Tak sangka dia sudah dapat dua orang cucu dari Jungkook. Kedua-duanya comel macam Jungkook masa kecil-kecil dulu. Tapi sekarang pun Jungkook masih lagi comel dengan gigi arnab dia.
Hanah pula memandang Wardha yang sudah tampak penat.
"Wardha sekarang dah berapa bulan?" soal Hanah bila melihat kandungan Wardha yang kian sarat.
"Alhamdulillah dah nak masuk lapan bulan, akak."
"Alhamdulillah.. Dan scan?"
"Dah. Macam-macam baby boy saja."
Hanah tergelak kecil. Sama macam dia yang baru dapat anak lelaki sekarang. Tak lama lagi Raez akan menjadi papa. Hanah memandang pula Maisara yang kini berada disebelah katilnya.
"Mai.. Sorry saya tak dapat datang wedding awak dengan Tashriq minggu depan." Hanah mencebik sedih lalu menggapai tangan Maisara.
"Alah it's okaylah! I faham keadaan you," kata Maisara. Dia seolah-olah sudah terbiasa menggunakan I-you dengan semua orang.
"Hmn.. Tak apa nanti saya suruh Isyraf datang wedding awak tau?"
"Alahai you ni! You jagalah Isyraf tu baik-baik kat rumah. Nanti kan tak pasal-pasal ada orang lain rembat dia kat wedding I bila you takda nanti. Maklumlah suami you tu kan handsome." Maisara tergelak kecil membuatkan semua orang di sini pun turut tergelak. Lucu juga Maisara ni!
"Aku takut kau pula yang rembat dia nanti, Mai," kata Jimin pula sambil ketawa.
"Tashriq I lagi handsome, okay? Budak gigi arnab ni acah aje lebih."
"Nakal kau ye? Nanti kau tengok aku suruh Tashriq buat apa nanti." Akhirnya Isyraf bersuara.
"Tak dengar tak dengar!" Maisara acah memekakkan telinga.
Begitulah kisah mereka. Semuanya sudah kembali bahagia.
Redzuan sudah bahagia dengan Wardha dan mereka berdua juga hanya tunggu masa saja untuk menimang cahaya mata yang pertama.
Tashriq juga telah berjaya memikat hati Maisara walaupun banyak moments lucu yang mereka ciptakan bersama. Maklumlah Maisara itu jenis orang yang masuk air juga. Tetapi apapun, Maisara tetap menjadi yang terbaik di mata Tashriq. Perkahwinan mereka juga akan dilangsungkan pada minggu hadapan.
Dhia pula sudah berjaya menambat hati Darwisy dengan cara yang perlahan. Dia juga tahu yang lelaki itu tak pernah rasa berani untuk jujur tentang perasaannya terhadap orang yang dia suka. Uncle Danial dan Auntie Suraya juga bahagia mendengar anak sulungnya itu sudah ada peneman. Mereka sekarang juga sedang merancang tarikh perkahwinan kepada Darwisy dan Dhia.
Puan Janna juga sudah berbaik semula dengan Tuan Park Jambang. Lelaki itu juga sudah memeluk agama Islam setelah kecewa kerana ditinggalkan isteri dia dulu. Walaupun pada mulanya Puan Janna tidak mahu, akhirnya dia bersetuju setelah lelaki tua itu tidak habis-habis memikat hatinya semula dengan menghantar bungkusan coklat Kinder Bueno kepada Puan Janna.
Tentang Jin pula, hidup dia umpama tergantung sepi. Tuan Kim terus berkeras hati tidak mahu menerima Yeoreum. Begitu juga dengan sikap Jin yang hanya tahu balik rumah dalam keadaan mabuk-mabuk saja. Yeoreum juga sudah buntu, tidak tahu untuk buat apa lagi pada suami dia itu.
***
•
•
•
"Sayang, tengok bintang tu. Cantik kan?" kata Isyraf sambil memandang langit gelap memandangkan sekarang sudah waktu malam.
"Mana?" Hanah tercari-cari bintang yang dipandang suaminya.
"Tu." Isyraf menundingkan jari tepat pada wajah Hanah.
"Abang nak buat pickupline ke apa?" Hanah sudahpun tergelak.
"Bukan nak pickupline tapi nak pickupsayang."
Hanah sudahpun tertunduk malu. Isyraf dari dulu sampai sekarang pun masih lagi manis. Malahan semakin manis adalah.
Jungkook meletakkan tangan ke bahu Hanah lalu ditarik isterinya itu rapat dengan tubuhnya. Pandangan dia masih lagi tertumpu pada langit.
"Kalaulah abang boleh nampak bidadari kat atas tu, mesti wajah Hanah yang berlegar-legar sebagai ketua bidadari kan?"
Hanah terus memukul kecil tubuh Isyraf.
"Sudah-sudahlah tu nak buat hati orang cair. Hanah dah lama cair dengan abang tau? Abang tak perlu nak buat Hanah cair lagi boleh tak. Stop with your sweet words!"
Jungkook tergelak kecil bila melihat reaksi wajah Hanah yang sudahpun membahang merah.
"Sayang, baby-baby kita dah tidur?"
"Dah! Baru tadi Hanah tengok."
"Baby kat sebelah abang ni pula bila nak tidur?"
"I'm done, Isyraf.."
——— Lafaz Ijab Kabulmu ———
End: 19/2/2019
Thanks for reading
Maaf aku memang sengaja gantungnya kisah hidup Jin. Nanti aku explain balik kenapa aku buat dia macam tu 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro