Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Explanation & Moral ♦

Cepat pilih! 😝

Jeon Jungkook

ATAU

Muhammad Isyraf Al- Firash

♦♦♦♦♦

Assalamualaikum to all of Lafaz Ijab Kabulmu's readers. Thank you so much for reading this story. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang setia bersama dengan cerita ni walaupun cerita ni sangat dan tersangatlah kelaut tak timbul-timbul.

Daripada semua chapter story ini, saya cuma nak bagitahu some explanations from morals yang terdapat di sini. Aku tahu ramai yang tak puas hati dengan kisah hidup Jin yang dibiarkan tergantung sepi. So here, saya harap anda berpuas hati dari apa yang saya nak jelaskan ini.

Perasan tak sebenarnya tiada watak yang antagonis pun dalam cerita ni? Sebaliknya cerita ni depends on what people have done. Dari moral, kita boleh nampak,

1. KEJUJURAN
➖ Dalam cerita ini, sebenarnya semua masalah berlaku disebabkan Jungkook yang tidak jujur. Dia bukan tidak jujur pada Hanah saja, tapi dia juga tidak jujur pada keluarga dan kawan-kawan dia di Korea. Sebab itulah kawan-kawan dia yang sememangnya sudah hanyut itu berusaha menarik dia supaya dia jadi macam dulu semula (semasa dia belum kena amnesia)

So in real life, anda hendaklah jadi jujur wahai anak-anak sekalian. Tapi kalau kau nak tipu cikgu kau sebab tak siap homework tu lain cerita pula 😂

2. KELEMAHAN
➖ Sebenarnya kita tak boleh salahkan Jungkook juga yang terlalu lemah dulu sampai dia senang terbawa-bawa dengan pengaruh tidak baik. Cuba hayati betul-betul. Isyraf tu kiranya masih baru memeluk agama Islam dan imannya juga mungkin masih lemah. Tambahan pula, dia datang ke Korea seorang diri saja. Lepas tu kena main paksa dengan member-member hanat dia pula untuk buat kemungkaran. Sebab itulah dia mudah terjatuh semula dalam syurga dunia.

Now, kasihanilah Abe Ceraff.. Beliau tidak bersalah. Beliau hanya lemah iman 😢

3. DOA & REDHA
➖ Setiap dugaan yang datang tak kira besar atau kecil, kita seharusnya redha dan berdoa. Tapi dalam cerita ni, mungkin kerana Jungkook yang masih lemah, dia lebih memilih jalan yang mudah untuk melepaskan stress. Pergi club dan mabuk saja yang dia tahu bukannya nak mengadu pada Allah.

Kepada anak-anak di rumah kalau stress belajar ke apa, lebih baik berdoa saja kerana doalah satu-satunya senjata orang Islam 😊

4. MARUAH
➖ Dalam cerita ini perasan tak yang watak Jungkook umpama memperlekehkan maruah perempuan? Maklumlah yang jenis touch and go ni makin ramai sekarang. So dalam cerita ni, Deana dibiarkan begitu saja setelah mengandungkan anak Jungkook. Walaupun semua ini bukannya sebuah rancangan, anak itu tetap anak Jungkook tetapi dia pula yang tidak mahu bertanggungjawab. Lepas tu biarkan Hanah pula yang menderita di rumah bila Isyraf tiada sewaktu dia mengandung dan Hyuri juga yang sudah hancur disebabkan masa silam mereka.

So, we are human perlu berhati-hati dan jangan mudah lalai. Tak kisahlah lelaki ke perempuan sebab kita hanya manusia biasa dan mesti ada yang ketiga antara kita. Jaga maruah diri masing-masing dan jangan mudah terpedaya. Dengar cakap mak ayah, tapi itupun kalau mak ayah yang bukan jenis Puan Soojin laa 😂

5. PELUANG KEDUA
➖ Sebenarnya aku tahu nak beri peluang kedua ini bukannya mudah. Kalau kita dah beri sekalipun, kepercayaan kita pada dia dah tak sama macam dulu lagi. Ni depending on real life lah. So mengikut cerita ni, Hanah bukannya tak nak beri peluang kedua tapi kepercayaan dia pada Isyraf tu sudah hancur. Dia bukannya hati batu. Sebab kalau dia betul-betil hati batu, Isyraf ceraikan dia pun dia dah tak kisah sebab dia dah betul-betul benci. Tapi dalam ni Hanah masih perlukan suami dia cuma dia perlu ambil masa untuk terima balik.

Aku buat plot macam ni sebenarnya mengikut real life saja. Nak maaf tu mungkin senang tapi nak percaya semula tu memang susah bila orang dah buat salah yang terlalu besar. Dalam cerita ni, Isyraf terlalu baik di depan Hanah tetapi dibelakang dia? Kalau korang sendiri yang jadi Hanah apa perasaan korang?

6. KESILAPAN
➖ Setiap manusia tak pernah lari dari berbuat salah. Sebab disaat kau makan popcorn tak baca doa pun boleh ada yang ketiga.

So dalam story ni, Jungkook yang terperangkap dalam kisah silam dia hingga terbawa-bawa dia menjadi hanyut. Semuanya kerana Yeonra, yang dia ingat adalah anak kandung dia. Sebenarnya Jungkook bukan bodoh pun cuma dia sebenarnya terlalu baik sampai sanggup bertanggungjawab pada budak itu. Tetapi itulah bila Hanah pula yang terpaksa menanggung seksa ini hanya kerana budak kecik itu.

Sebab itulah kejujuran itu penting. Kalau Isyraf hanya jenis yang baik berpada-pada je, dah lama dia bagitahu Hyuri yang sebenar dan dia pun dah lama terlepas dari semua masalah ini. Tapi masalahnya dia pula yang kesiankan Hyuri dan Yeonra. Ditambah lagi dia langsung tiada sewaktu Hyuri sedang mengandungkan anak dia dulu.

Okay done! Panjang pula aku membebel. So sekarang baru perasan tiada yang pegang watak antagonis pun kan? Semuanya berlaku disebabkan Isyraf yang terlalu baik. So moralnya, jangan jadi terlalu baik HAHAHAHAHAHAHA!!!

About Jin, maaf sebab biarkan kisah dia tergantung. Sebab aku just boleh cakap cerita ni 95% depends on real life. Sebab walaupun 1000 orang pun kita cuba tarik ke arah kebaikan mahupun keburukan, mesti ada segelintir yang tidak mampu mendengar nasihat baik/buruk yang kita beri itu.

Let's see, Jimin pernah pergi club untuk membawa Jungkook balik ke pangkal jalan pada chapt 31. Waktu tu juga Jin dan Taehyung mengajak dia untuk join diaorang tetapi Jimin tak nak. Nampak tak situ Jimin tak boleh nak follow keburukkan diaorang lagi?

So about Jin pula, dia memang tak sedar-sedar sampai sekarang sebab dia tak boleh ikut kebaikan. Mungkin tak dapat hidayah? Dan sebab itulah hidup dia dah jadi makin susah.

Lastly, mereka asalnya merupakan 6 orang sahabat baik iaitu Jungkook, Jimin, Taehyung, Jin, Hyuri dan Deana. Bila dilihat semula, Jungkook, Jimin dan Taehyung alhamdulillah berjaya taubat. Tetapi Hyuri dan Deana meninggal dunia. Manakala Jin seorang saja yang masih terus hanyut. So overall, tak semua manusia yang jumpa kebenaran :')

Okay that's all.. Banyak pulak aku berhujah. Btw, maaf sekiranya ada salah silap atau yang tak puas sepanjang aku membebel ni 😂

Dan doakan juga biar aku dapat bukukan cerita ni boleh? Harap-harap suatu hari nanti cerita ni dapat berkat dari doa-doa readers sekalian amin.. 😘

Sekarang, Lafaz Ijab Kabulmu dah officially tamat 🌚 maaf atas kekurangan sepanjang perjalanan cerita ini. Semua watak tiada hubungan antara satu sama lain. Saia harap anda boleh terima keadaan Jin 😌

Bye y'allz! Assalamualaikum 😘


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro