Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

63 : Hate

"Kau okay tak ni, Raf?" soal Jimin bila mereka berdua berada di restoran milik Jungkook dan Darwisy dulu.

Sejak dia tinggal bersama dengan Hanah hari itu, dia menyambung semula kerjanya sebagai pengusaha restoran dengan Darwisy. Nasib baik sepanjang dia berada di Korea dulu, Darwisy menjaga restoran itu dengan baik.

Taehyung pula tidak bersama mereka kali ini. Katanya mahu mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di masjid. Maklumlah Ustaz Azhar Idrus itu datang ke Pulau Pinang hari ini. Takkanlah Taehyung nak lepaskan peluang pula?

"Tak berapa nak okay," jawab Jungkook dengan suara mendatar sambil menghirup air di hadapannya. Dapat Jimin lihat wajah Isyraf kali ini tampak mengendur saja.

"Hanah tak nak terima kau lagi?"

Jungkook hanya mengeleng. Sejak Naura dilahirkan hari itu, dia langsung tidak berhenti untuk menawan hati Hanah kembali. Dan sejak itu juga Hanah langsung tidak mahu terima dia. Kadang-kadang dia sendiri pun rasa berputus asa dan mahu biarkan Hanah cari kebahagiaan dia sendiri. Mungkin hati dia sudah betul-betul hancur kerana Isyraf dulu.

Jimin mengeluh kecil. Wajah simpati dipaparkan. Kesian pula dia dengan Isyraf ni. Sanggup datang sini untuk Hanah tetapi isterinya itu pula yang tidak mahu menerima dia kembali.

"Habistu? Kau tak ada cara lain lagi ke nak pujuk dia?" soal Jimin lagi.

"Aku rasa aku akan terus pujuk dia sampai cukup 40 hari umur Naura. Kalau dia masih tak terima aku.." kata-kata terhenti buat seketika lalu Jimin menaikkan sebelah keningnya sebagai tanda soal.

"Aku akan balik Korea semula dan.. biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri."

Jimin terdiam seketika. Nampaknya Isyraf betul-betul penat untuk menawan semula hati perempuan yang telah hancur ini. Kesian pula Isyraf kali ini. Bila nak berubah, macam ni pula jadinya.

"Kau pasti?"

Jungkook mengangguk perlahan lalu menghirup lagi air di hadapannya.

"Mungkin dia dah tak boleh terima aku lagi. Sebab tu lah macam-macam aku buat pun dia tak endah. Dia dah tak macam dulu lagi yang mudah cair dengan aku. Jadi buat apa aku terus berusaha untuk dapatkan dia lagi kalau dah hati dia sememangnya dah tertutup untuk aku?"

Sekali lagi Jimin terdiam. Sudah hampir tiga minggu Naura dilahirkan dan tiga minggu jugalah Jungkook cuba mendapatkan perhatian Hanah semula tetapi tetap tidak berjaya. Hati Hanah mungkin sudah betul-betul tertutup untuk dia. Dan dia juga mungkin tiada harapan lagi dapatkan hati Hanah kembali.

***

"Tak apa biar Dhia basuhkan," kata Dhia sambil membasuh pinggan di dapur.

"Haih Dhia ni! Sudahlah tak pergi kerja, nak perasan rajin pula dekat rumah orang. Menantu siapalah ni?" kata Hanah sambil lalu mengambil tempat di meja makan yang berada di dapur itu.

"Alah Dhia ambil cuti tahunan pun sebab nak jenguk mama Dhia yang Terengganu tu. Tapi tak sangka dia pula cakap pagi tadi nak datang rumah Dhia petang nanti. Bukan salah Dhia, okay?"

Hanah mengeleng perlahan. Macamlah dia tidak tahu dengan perangai Dhia ni. Dhia datang rumah dia pun kerana mahu menjenguk Naura. Tapi alang-alang tu, lebih baik dia tolong Hanah basuh pinggan sekali.

"Hanah tak-tak get back lagi ke dengan Isyraf?" soal Dhia. Risau juga dia bila melihat Hanah yang langsung tak dapat nak terima suami dia sendiri.

"Entahlah.. Hanah pun kadang-kadang rasa nak maafkan dia juga tapi Hanah pun masih rasa ragu-ragu dan sakit hati dengan perangai lama dia. Entahlah! Hanah pun confuse. Tapi kadang-kadang Hanah kesiankan Naura."

Sungguh diri dia sekarang dalam dilema. Rasa ragu-ragu dan sakit hati dia itu membataskan cintanya kepada Isyraf membuatkan dia tidak mampu menerima semula lelaki itu.

"Hanah.. Dhia faham perasaan Hanah walaupun Dhia tak ada kat tempat Hanah pun. Dhia tahu Hanah dalam dilemma sekarang. Tapi kita ini bukannya malaikat yang tak pernah buat kesalahan. Lebih baik Hanah maafkan saja cerita lama Isyraf tu. Semakin kita tidak memaafkan seseorang, semakin itulah juga hati kita tak tenteram. Buang jauh-jauh rasa sakit hati tu. Kalau dah rasa benci sekalipun, hapuskanlah dengan cinta yang masih tersisa itu. Insyaa Allah semuanya akan baik," kata Dhia panjang lebar sekadar menasihati Hanah.

Hanah terdiam seketika. Perlu ke dia memaafkan Isyraf dan terima lelaki itu semula? Tetapi bagaimana kalau usaha Isyraf untuk mendekati dia kali ini hanya untuk memainkan perasaan dia lagi? Terserlah sangatlah kepercayaan Hanah pada Isyraf betul-betul dah luntur.

Tiba-tiba, loceng rumahnya kedengaran.

"Biar Dhia yang buka," kata Dhia lalu terus ke ruang tamu untuk membuka pintu.

Dari situ Dhia melihat Darwisy bersama Wardha yang masih berada di luar pagar. Pada saat ini jugalah Dhia terkaku.

"Ya Allah.. crush datang.." katanya perlahan tetapi dengan teruja. Oleh kerana Darwisy yang masih berada di luar pagar sana, dia tidak dapat mendengar apa yang Dhia katakan tadi.

Dhia hanya tersenyum manis kepada mereka sambil mengawal ayu sehabis mungkin di hadapan Darwisy. Maklumlah sekarang ini ialah misi memikat Darwisy. Remote control ditekan lalu pintu pagar rumah ini dibuka kepada mereka berdua.

***

"Dhia, Abang Darwisy dan Wardha ada datang sini tadi," kata Hanah dengan dingin sambil menyenduk nasi dan diletakkan ke dalam pinggan Isyraf.

Walaupun hati dia masih lagi tidak dapat menerima Isyraf, tapi tanggungjawab dia sebagai seorang isteri tidak pernah dia abaikan. Makan minum Isyraf masih lagi dia jaga walaupun berkali-kali Isyraf melarang. Ya lah, Hanah itu baru saja tiga minggu bersalin tapi sudah banyak bergerak. Bila Isyraf nak pergi beli dekat kedai, Hanah tidak mahu pula. Nak pakai orang gaji pun dia kata membazir.

"Lepas tu?" soal Jungkook.

"Dhia yang tolong saya masak sekali tadi." Jungkook hanya mengangguk faham. Dapat dia lihat Hanah hanya menyenduk nasi untuk dia saja sebelum mahu berlalu pergi.

Belum sempat Hanah pergi dari situ, tangan kanannya terus Jungkook pegang membuatkan Hanah menghentikan langkah dan berpaling kearahnya.

"Kenapa?" soalnya dengan wajah yang kosong dan dingin, persis tadi.

"Hanah masih marahkan abang ke?"

Sudah nak berdarah rasanya telinga Hanah bila lelaki ini hampir setiap hari menanyakan soalan ini. Hanah cuba menepis tangannya untuk dilepaskan tetapi tidak berjaya kerana lelaki itu yang berusaha tidak mahu melepaskan tangannya. Isyraf bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Hanah.

"Hanah tahu tak yang abang tak pernah berhenti sayangkan Hanah? Walaupun Hanah layan abang macam ni, abang tetap cari kesempatan untuk dapatkan semula hati Hanah."

Hanah hanya terdiam. Wajahnya ditundukkan dan memandang lantai. Suara Isyraf kali ini betul-betul ikhlas mahu hubungan mereka berdua berbaik seperti dulu semula.

"Jadi sekarang abang nak tahu.. Hanah sebenarnya dah bencikan abang ke?"

Entahlah kenapa. Hanah terasa air matanya pula yang bergenang. Jauh dari sudut hati, dia tidak pernah sekalipun membenci Isyraf walaupun sejahat manapun perangai lelaki ini dulu. Cuma rasa sakit hati saja yang menyekat dirinya dari terus mencintai lelaki ini.

Kalau boleh, mahu saja dia memeluk Jungkook sekarang dan meluahkan segala apa yang terbuku di hati dengan air mata. Tetapi dia tidak mampu. Hatinya betul-betul hancur membuatkan dia nak mendekati Jungkook pun masih terasa ragu-ragu.

"Kalau Hanah betul-betul dah tak boleh terima abang lagi, abang tak nak paksa. Mungkin abang yang perlu lepaskan Hanah dan biarkan Hanah mencari kebahagiaan Hanah sendiri."









++++

Kalau aku nak buat group LIK kat whatsapp ada orang nak join tak? 🤔

Kalau ada, boleh bagi no.phone. It's up to you nak pm ke macam mana. Nanti aku invite 😂

Btw, jangan lupa tisu untuk next chapt ye? Yang dah habis tu pergi beli cepat-cepat 🌚


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro