55 : Daegu
Maaf atas fakehope tadi 🌚 ini bukan fakehope lagi 😂
————————————————
Jungkook melangkah masuk semula ke dalam wad Taehyung memandangkan lelaki itu sudahpun disuntik ubat penenang oleh doktor. Wajah Taehyung yang terlena tidur akibat penangan ubat penenang itu dia pandang.
"Dalam empat jam lagi mungkin dia dah bangun," kata seorang jururawat yang masih berada di situ. Jungkook hanya mengangguk faham lalu jururawat itu mula beredar pergi.
Jungkook mencapai iphone X miliknya dan mula menekan chats antara dia dengan Jin.
Me:
Jumpa aku esok
SeokJin:
Okay
Tidak lama selepas itu, pintu wad Taehyung itu dikuak perlahan dari luar. Kelihatannya Jimin berjalan masuk mendekati mereka berdua.
"Macam mana Taehyung?" soalnya.
"Dia dah sedar dah tadi. Cuma doktor bagi ubat penenang." Jimin mengangguk faham lalu melabuhkan punggung di sofa di sebelah Jungkook.
"Haa, Isyraf! Kau tengok tak kereta yang baru keluar tu? Hyundai Palisade? Halah halah halah lawanya."
Jungkook tergelak kecil.
"Memang lawa pun. Tengok dalam iklan dia kat tv tu halah halah yang driver kereta tu pun handsome."
"Hahaha! Tapi yang kat belakang yang rambut silver tu pun handsome juga."
Sedang rancak mereka berbual, tak sedar bahawa sudah empat jam berlalu. Entah apalah yang mereka bualkan. Sekejap tentang kereta, sekejap tentang keluarga dan sekejap tentang perempuan. Tak padan dengan ada bini!
"Taehyung!"
Mereka berdua mula mendekati Taehyung apabila ternampak jari Taehyung yang sedikit bergerak. Perlahan-lahan lelaki itu membuka mata. Tiba-tiba,
"Argh!" jerit Taehyung bila melihat dua manusia tak diundang kini berada di hadapannya.
"Taehyung kau okay tak?" soal Jimin dengan gelabah. Begitu dengan Jungkook yang cuba menahan Taehyung apabila melihat lelaki itu mula meronta dan menggelupur di atas katil.
"Aku tak nak sunat!" jeritnya lagi.
"Haa sunat? Apa kau merepek ni?" lalu mereka berdua terus tergelak. Manakala Taehyung hanya terdiam. Kenapa gelak?
"Ni mesti kau mimpi kitaorang nak sunatkan kau kan?" soal Jimin lagi manakala Jungkook sudahpun terbongkok-bongkok gelak. Amboi kau Isyraf! Dan pandai gelak ye?
Taehyung hanya memandang mereka dengan pandangan sepi memandangkan jantungnya masih berdegup kencang bila teringatkan mimpi tadi.
"Kau orang paksa aku sunat siap bawa parang lagi," jujur Taehyung.
"Halah, Taehyung. Mimpi saja tu. Tak ada maknanya kitaorang nak sunat kau pakai parang." Akhirnya Jungkook bersuara selepas penat bergelak tawa.
"Haih kau ni Taehyung! Tragis gila mimpi," kata Jimin.
"Tapi kan.. sunat tu apa? Aku nampak Jungkook selak kain aku," soal Taehyung dengan wajah yang penuh innocent. Jungkook dan Jimin mula berpandangan satu sama lain. Kemudian, terhambur pula ketawa dari mereka berdua sedangkan Taehyung masih lagi terpinga-pinga tidak mengerti.
***
•
•
•
"Mana dia ni?" soal Jungkook sendirian sambil mengetuk jam di tangannya berkali-kali. Kini dia berada di dalam sebuah cafe bersama Yeonra yang diletaknya di kerusi bersebelahan dengannya sambil menunggu kedatangan Jin di sini.
Walau apa jua yang berlaku sekalipun, dia tetap kena serahkan Yeonra kepada Jin memandangkan budak ini adalah kandung Jin. Sesekali dia memandang wajah Yeonra yang sedang mengelip-ngelipkan matanya comel. Comel sungguh budak ini. Ada iras-iras Jin dan juga Yeoreum. Yeonra yang berada di atas kerusi itu dia ambil dan didukungnya.
"Maaf, Yeonra. Papa kena serahkan juga Yeonra dekat papa sebenar Yeonra."
Jungkook mencium lembut dahi budak itu lalu tersenyum manis. Bila melihat wajah comel Yeonra, lantas wajah Hyuri bermain di mindanya.
Dia juga tidak sepatutnya menyalahkan Hyuri. Mungkin semua ini adalah takdir. Lagipun Hyuri dah pergi. Tak perlu dia mengungkit lagi. Lagipun dia sendiri juga salah sebab tidak pernah berlaku jujur dengan Hanah. Bila jadi begini, Hanah pula yang menyalahi dirinya padahal dia sebenarnya terperangkap.
"Jungkook!" tegur seseorang dari belakang menyebabkan Jungkook berpaling ke belakang. Kelihatan Jin tercungap-cungap lalu mengambil tempat di hadapannya.
"Kenapa dengan kau ni?" soal Jungkook hairan.
"Tadi aku kena kejar dengan anjing kat luar cafe. Penat aku lari," kata Jin sambil meletakkan kunci kereta di atas meja.
"Eh Yeonra!" Jin mula menghulurkan tangan kearah Jungkook apabila melihat Yeonra yang berada dalam dukungan Jungkook. Kini Yeonra beralih ke dalam dukungan Jin pula.
Dapat Jungkook lihat Jin yang mencium lembut kedua-dua belah pipi gebu Yeonra sehingga budak itu menangis. Adakah ini adalah kasih sayang seorang bapa kandung terhadap anaknya?
"Uwek uwek!" tangisan Yeonra mula bergema di dalam cafe itu. Nasib baiklah sekarang masih pagi, pelanggan di sini pun tidak terlalu ramai cuma yang ramainya pekerja-pekerja saja. Jungkook tergelak kecil.
"Comel baby daddy. Macam daddy." Jin mengusap mulus pipi Yeonra yang baru saja berhenti menangis.
Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Jadi Jin lebih menggelarkan dirinya sebagai 'daddy' kepada Yeonra. Dia kemudiannya mengangguk faham.
"By the way, kenapa kau nak jumpa aku?" soal Jin. Jungkook tersenyum seketika lalu memperbetulkan sedikit kedudukannya.
"Aku nak bagi Yeonra semula pada kau."
Jin terdiam. Wajah Yeonra dia tatap buat. Kini wajah Yeoreum mula terbayang-bayang di mindanya tatkala wajah Yeonra ini ada iras-iras dengan perempuan itu. Tapi bagaimana sekiranya Tuan Kim tahu tentang semua ini? Tak ke naye Yeonra dan Yeoreum nanti?
"Ta..tapi.. Aku tak beranilah nak jaga Yeonra," kata Jin. Jungkook mengerutkan kening, hairan.
"Wae?"
"Appa aku.."
Jungkook yang sedia faham dengan masalah Jin dengan Tuan Kim itu pula yang terdiam. Seperti yang dia tahu, Tuan Kim tidak berkenan dengan Yeoreum. Tapi sekarang, Jin dah ada anak dengan Yeoreum.
"Kau tak cuba pujuk appa kau?"
"Appa aku benci dia sangat. Macam mana aku nak pujuk dia?"
"Cuba kau bawa dulu Yeonra kepada dia. Mana tahu dia boleh terima semua ni bila tengok baby? Orang tua biasanya kalah ego bila tengok baby."
Betul juga kata Jungkook. Mungkin saja Tuan Kim dapat terima semua ini bila melihat bayi comel seperti Yeonra. Lagipun Yeoreum juga selalu mendesak dia untuk membawa balik anak mereka itu. Tetapi dia saja yang pengecut sanggup jual anak sendiri kerana takut Tuan Kim akan apa-apakan mereka.
"Kalau dia tak terima juga?" soal Jin.
"Kalau dia tak terima sekalipun, kau kenalah belajar hidup berdikari. Cari kerja sendiri dan juga rumah, jaga Yeoreum dan Yeonra. Aku pasti dia takkan apa-apakan keluarga kau pun. Lagipun sampai bila kau nak harapkan appa kau? Kita dah adult, Seokjin."
Sedikit sebanyak dia terasa malu dengan Jungkook. Jungkook dah jauh lebih matang fikirannya berbanding dulu. Dia bukan saja pandai memperbetulkan keadaan, tetapi juga sudah pandai memberi nasihat.
"Thanks, Kook. Aku pun harap appa aku dapat terima semua ni."
"No! Not Jungkook! But thanks to Isyraf," kata Jungkook. Jin tersengih hambar.
"So, kau ikut jejak Jimin masuk Islam?"
"No, Jimin yang ikut jejak aku masuk Islam." Jin menepuk bahu Jungkook berkali-kali.
"Kenapa kau tak bagitahu dari awal, bro? Kalau tak, tak pula aku paksa kau minum benda pelik-pelik hari tu."
"Lepas tu, kalau kau jumpa orang yang non-Muslim, kau akan paksa mereka semua minum ke? Tak kira diaorang tak nak sekalipun?"
Jin terkedu.
***
•
•
•
"Alaa senyumlah sikit," kata Dhia sambil tersengih bila melihat Hanah yang dari tadi lagi menayangkan muka tak puas hati. Mana nak puas hati kalau si Dhia ni tak habis-habis menyakatnya dengan nama Isyraf.
"Stop it, Dhia. Hanah nak buat kerja ni." Hanah mula membuka pen dan menulis sesuatu di atas buku nota memandangkan waktu rehat masih tersisa. Mereka berdua hanya berada di dalam biliknya, malas turun ke cafe.
"Cuba Hanah fikir, macam mana kalau sebenarnya Isyraf tu tak jadi kahwin dengan Hyuri? Hanah akan terima dia balik tak?" soal Dhia mengabaikan arahan Hanah tadi.
"Tak kot."
"Ha? Kenapa?"
"Dia tak sayangkan Hanah pun buat apa Hanah kena fakehope lagi?" Hanah mencebik. Kadang-kadang terasa nak menangis pun ada.
Apa yang dia tahu, semua kemanisan yang diberi Isyraf dulu hanyalah palsu. Dah penat dia untuk percayakan lelaki macam Isyraf itu.
"Jadi Hanah tunggu dia untuk jadi setia ke macam mana?"
"Hanah tak nak fikir pasal tu. Hanah hanya bergantung pada Allah yang aturkan hidup Hanah. Dhia tolong senyap."
Dhia terkedu buat seketika. Sentap? Itulah yang dia rasa.
"Haa Hanah! Abang Darwisy, cousin Hanah tu single-mingle lagi kan?" soal Dhia kali ini sedaya upaya mengubah topik tadi.
"Kalau dia single pun Hanah tak rasa dia suka Dhia."
"Ha? Kenapa?" Dhia mula membuat muka mimik sedik. Hanah sudahpun tergelak kecil melihat telatah Dhia ini. Baru kali ini dia dapat tersenyum. Biasanya, dia selalu saja kemurungan bila teringatkan Jungkook.
"Dia tak suka orang busy body macam Dhia."
"Okay kalau macam tu Dhia nak duduk diam-diam tak nak cakap lagi!"
"Ha bagus! Duduklah diam-diam sana. Jangan ganggu Hanah lagi!" kata Hanah lalu menyambung menulis semula di buku nota.
***
•
•
•
"Ni ke rumah dia?" soal Jungkook sambil menurunkan cermin mata hitamnya apabila mereka tiba di hadapan sebuah rumah yang agak lusuh. Tubuhnya disandarkan di pintu kereta setelah berada di luar kereta. Sudah dua hari berlalu selepas dia menyerahkan Yeonra kepada Jin hari itu. Hari ini sampai juga dia ke Daegu.
"Yes, Mr. Jeon. Ini memang rumah Jeon Junghyun," kata Mr. Lee yang turut datang ke sini bersama dengan Jungkook.
"Okay.."
Jungkook mengangguk faham. Macam tak percaya pun ada bila abangnya hanya tinggal di rumah yang buruk seperti ini. Rela dia lari berjauhan dan menjadi orang susah kerana tidak suka dengan perangai Puan Soojin. Lagipun Puan Soojin juga tidak berkenan isteri Junghyun, lagilah Junghyun tekad untuk membawa diri pergi.
"Saya nak jumpa dia."
"Okay, silakan," Mr. Lee memberi laluan kepada Jungkook untuk berjalan masuk terlebih dahulu.
++++
Suggest sikit nak buat Tae peluk Islam ke tak? 🌚
Chapt ni dah terbukti yang Taehyung tak amnesia. Dengan itu, jangan terlalu yakin ye, anak-anak? Author kokocrush- ni syial sikit suka putar belit fikiran anak-anak. Harap-harap tak de yang kemurungan 😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro