51 : Hell
"Hyuri!" jerit Puan Neia sambil menolak katil Hyuri bersama beberapa orang jururawat di hospital. Dia sudahpun menangis teresak-esak. Begitu juga dengan Puan Soojin yang hanya mampu memberi pandangan simpati. Dia sendiri juga terkejut dengan tindakan Hyuri yang ingin membunuh diri.
"Tunggu!" jerit Jimin dari jauh sambil berlari ke arah mereka. Katil itu berhenti dari terus ditolak. Tubuh Hyuri yang terlantar di atas katil ini dipandang sayu.
Perlahan-lahan Hyuri menghulurkan Jimin diari yang ditulisnya tadi.
"Apa ni?" soal Jimin. Hyuri hanya memandangnya lemah. Dia tidak mampu bersuara lagi. Tubuhnya kelihatan terketar-ketar seakan mencuba mencari nafas. Perlahan-lahan matanya terlelap.
"Hyuri!" jerit Puan Neia lalu menggoncangkan tubuh Hyuri berkali-kali agar wanita itu sedar semula tetapi tidak berjaya.
"We're sorry," kata salah seorang jururawat lalu sambung menolak kembali katil Hyuri wad kecemasan.
Puan Neia sudahpun menekup wajah lalu menangis teresak-esak. Adakah Hyuri akan selamat? Sumpah dia tak tahu apa punca sebenar yang buat Hyuri mahu membunuh diri. Puan Soojin yang turut berada di situ juga berkali-kali mendail nombor telefon Jungkook tetapi tidak berjaya.
"Jimin.. Jungkook dekat mana?" soal Puan Soojin.
Jimin memandangnya hairan. Takkan Jungkook tak tahu keadaan Hyuri sekarang? Rasanya dah nak dekat dua jam lalu Jungkook pergi tinggalkan Hanah tadi. Nombor telefon Taehyung terus dia dail. Belum sempat panggilan itu dijawab, telefon yang dipegang Jimin itu terlucut jatuh ke bawah apabila melihat dua katil yang dibaring oleh orang yang amat dia kenali, ditolak masuk ke dalam hospital itu melintasi mereka bertiga.
"Jungkook!" jerit Puan Soojin bila melihat Jungkook yang terlantar di atas katil itu. Badan Jungkook turut digoncang beberapa kali agar lelaki itu bangun. Tetapi sayangnya Jungkook tetap tidak bangun.
"Jungkook anak mummy.. bangunlaah.." Puan Soojin menangis teresak-esak.
"Ya tuhan.." Puan Neia mula memegang katil Jungkook. Tidak sangka pula ini yang terjadi kepada bakal menantunya. Katil yang menyusul katil Jungkook itu pula dipandang Jimin.
"Taehyung.." Jimin mula mendapatkan Taehyung. Mereka berdua langsung tidak menyedarkan diri.
"Sorry, we have to go.." kata salah seorang jururawat kepada Puan Soojin. Kedua-dua katil milik Jungkook dan Taehyung itu ditolak masuk ke dalam wad kecemasan.
Puan Soojin mula memegang jantungnya yang mula berdenyut kuat. Sakit yang teramat! Bahu Puan Neia dia cengkam sebelum tubuhnya melurut jatuh ke bawah.
"Soojin!" jerit Puan Neia lalu menepuk-nepuk wajah Puan Soojin berkali-kali.
"Soojin bangun!" Puan Neia berusaha menyedarkan Puan Soojin semula tetapi tidak berjaya.
"Astaghfirullahalazim, auntie!" jerit Jimin lalu mencangkung di hadapan wanita tua itu.
"Nurse!" jeritnya.
***
•
•
•
Hanah merenung ke luar tingkap kapal terbang. Awan biru menjadi tatapannya. Pandangannya juga sayu saja bila teringatkan tentang suaminya.
Telefon yang sedia berada di tangannya itu dia buka. Galeri telefon dia tuju sambil air mata perlahan-lahan mengalir. Gambar-gambar dia bersama Isyraf sebelum ini ditatap. Terasa sebak saja hatinya bila melihat senyuman manis lelaki itu.
Kini tiada lagi Isyraf yang mudah tersenyum manis, Isyraf yang suka menyakat dia, Isyraf yang hanya cintakan dia sahaja dan Isyraf yang manis dalam kata-kata. Semua itu hanya tinggal kenangan. Semuanya sudah pergi dan dia juga perlu lupakan semuanya.
Gambar-gambar itu dia padam satu persatu termasuk gambar-gambar semasa hari perkahwinannya dahulu. Maafkan saya, Isyraf. Mungkin cinta kita terhenti di sini. Saya akan lupakan awak. Semoga berbahagia dengan Hyuri. Gumamnya dalam hati.
Dadanya terasa sebak yang teramat. Air mata juga semakin laju mengalir. Dia menangis teresak-esak. Semoga bila dia dah kembali ke Malaysia nanti, semua kedukaan ini akan hilang. Dia tidak akan menunggu kepulangan Isyraf lagi. Dia berharap sangat agar dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu dan lelaki seperti itu. Dia perit!
Cukuplah hatinya dilukai. Luka ini sangat pedih hingga tak terperi rasanya. Nama Muhammad Isyraf Al-Firash juga akan perlahan-lahan dia padam dalam hatinya. Harapan dia kali ini ialah semoga ini adalah penderitaan yang terakhir dia rasai. Mungkin hari-hari yang akan datang tidak akan menjadi seperti hari ini lagi.
Dia menutup semula telefonnya tadi dan sambung termenung ke luar tingkap kapal terbang.
Saya akan lupakan awak, Isyraf.. katanya dalam hati.
***
•
•
•
"Jungkook cedera di bahagian fizikal. Kaki kirinya patah dan tangan kanannya sedikit retak. Nasib baik dia tidak mengalami mana-mana gegaran atau kecederaan di bahagian kepala. Sekarang dia tengah berehat. Cuma Taehyung saja.." kata-kata seorang doktor lelaki itu terputus.
"Taehyung macam mana, doktor?" soal Jimin dengan gelisah. Risau pula dia dengan Taehyung.
Kini dia seorang diri saja di situ bila Puan Soojin sudahpun dimasukkan ke dalam wad akibat serangan jantung secara mengejut tengah hari tadi. Puan Neia pula sedang menunggu wanita tua itu di biliknya. Dengar kata, Puan Soojin juga disahkan terkena strok. Mungkin kerana dia rebah ketika mendapat serangan jantung mengejut tengah hari tadi.
Hyuri juga telah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada tengah hari tadi juga. Semuanya akibat dos tinggi ubat tidur yang dia telan.
"Taehyung mengalami gegaran kuat di bahagian kepala. Dia koma dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk sembuh," jawab doktor tadi.
Ya Allah! Jimin melurut perlahan dadanya sambil beristighfar.
***
"Ya Allah.. kau selamatkanlah kawan-kawan aku, Isyraf dan juga Taehyung. Semoga mereka berdua bangun nanti, mereka sudah dapat petunjuk mana yang salah dan mana yang benar dari-Mu, ya Allah. Temukanlah mereka dengan jalan yang sempurna. Biarlah mereka berdua mati dalam iman, bukan dengan cara ini. Amin.. ya rabbal al-amin.."
Jimin mengaminkan doanya di atas sejadah. Sesekali wajah Isyraf yang terlantar di atas katil hospital itu dipandangnya sekilas. Sejadah yang digunanya itu dia lipat dan disangkutkan pada lengannya. Dia mendekati Isyraf yang masih tidak menyedarkan diri di atas katil itu. Semuanya kerana penangan ubat yang doktor beri membuatkan dia tertidur dalam jangka masa yang lama.
"Aku harap kau insaf lepas kau sedar nanti, Isyraf. Isteri kau dah bertolak balik ke Malaysia. Hyuri pun.. dah tak ada lagi.." bisik Jimin di telinganya.
Kini sudah malam. Sejak Jungkook kemalangan tengah hari tadi lagi Jimin setia menunggu dia di wad. Dia tidak berhenti-henti berdoa supaya lelaki itu sedar. Begitu juga dengan Taehyung. Sekali-sekala dia akan berulang-alik ke wad Taehyung.
"Ingat Allah, Isyraf. Allah selalu ada untuk kita. Jangan pertikaikan dugaan Allah. Sebaliknya kita hamba-Nya ini kena redha. Buka minda jangan fikir cara mudah saja. Insyaa Allah segala masalah kau akan diperbaiki perlahan-lahan.." bisiknya lagi.
Walaupun dia tahu Isyraf tidak akan membalas kata-katanya itu, tetapi dia tetap bersuara. Semoga lelaki itu itu dapat dengar kata-katanya.
***
•
•
•
Sekitar kawasan kini berwarna merah bak cahaya dari nyalaan api menghiasi ruang. Kakinya yang terpijak bara-bara api dan terasa panas itu membuatkan dia menjerit.
"Auu!"
Jungkook memandang gelisah di sekelilingnya. Dia dekat mana ni?
Tekaknya juga terasa haus yang teramat membuatkan badannya mula menjadi lembik tak bermaya. Tetapi dia tetap gagahkan diri juga untuk terus berdiri.
Dia mengumpulkan tenaga sebanyak yang mampu lalu terus berlari dengan laju supaya bara-bara api yang dia pijak itu tidak terasa sangat. Tapi sayangnya kerana ke mana-mana saja dia berlari, mesti bara api menjadi objek yang dia pijak. Oleh kerana dia terasa tenaganya semakin kurang, dia akhirnya berhenti berlari.
"Auu!" dia menjerit lagi bila terasa kakinya terbakar kuat. Dia akhirnya terjatuh di situ apabila tidak mampu lagi untuk berdiri.
"Ya Allah.. Maafkan aku.. Aku berdosa..." katanya dengan lemah apabila tubuhnya kini bagai dipanggang hebat oleh bara api. Dia tidak larat lagi untuk berdiri. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan seketika selepas mengaminkan doa.
Tiba-tiba, terasa ada angin kuat yang menerpa dirinya. Tiada lagi bara-bara api yang panas tadi. Sakit-sakit akibat lecuran juga tidak terasa. Dia turunkan tangan dari terus menutup wajah dan melihat ke sekeliling.
Permandangan berwarna merah bak api membara tadi sudah lenyap. Yang tinggal sekarang ialah permandangan yang indah. Pohon-pohon hijau yang cantik serta bunga-bunga mekar mengharum di sekelilingnya.
Jungkook mula tersenyum. Tempat ini jauh lebih indah berbanding tempat yang mengerikan tadi. Dia bangun dari baringan dan cuba memetik sekuntum bunga cantik di kawasan itu. Tetapi jarinya tiba-tiba terkena duri bunga itu.
"Auu!" dia menjerit kecil bila melihat jarinya yang sudah berdarah.
"Awak tak layak sentuh bunga tu!" kata seseorang dari belakang. Jungkook terdiam seketika. Suara tadi.. Suara yang sangat dia kenal. Terus saja Jungkook berpaling ke belakang dan melihat seseorang yang amat dia cintai, berdiri di hadapan dia.
"Hanah.."
Dia melihat Hanah memakai jubah putih serta selendang putih tersarung di kepalanya. Aura wajah gadis itu juga kelihatan berseri-seri saja.
"Awak tak layak mendapat sesuatu dari syurga. Pergi Isyraf! Tempat awak bukan di sini," kata Hanah dengan suara yang agak tegas. Tiada senyuman di bibirnya. Tiada kata-kata manis dari suaranya. Tiada juga perasaan simpati di wajahnya.
"Hanah.."
"Jangan sebut nama saya lagi, Isyraf. Tempat awak bukan di sini.." kata Hanah lagi lalu mula melangkah pergi dari situ.
"Hanah tunggu!" jerit Jungkook. Langkahnya sedaya upaya mengejar Hanah dari belakang. Tetapi sayangnya bila semakin laju dia berlari, Hanah semakin menjauh. Lariannya tadi seperti hanya bergerak setempat saja.
"Hanah tunggu abang!" jerit Jungkook lagi. Akhirnya tubuh Hanah perlahan-lahan lenyap dari pandangan.
"Hanah jangan tinggalkan abang!"
Tiba-tiba, permandangan indah tadi hilang begitu saja. Permandangan berwarna merah dan panas seperti yang mula-mula tadi datang kembali.
"Auch!" jerit Jungkook bila dia terpijak bara api sekali lagi. Lantai yang dipijaknya juga dipenuhi dengan bara-bara api yang panas dan membara hebat.
"Aghh!" jeritnya kuat.
Mata dicelikkan seluas yang dia mampu. Tangan kirinya mula memegang cadar katil hospital, ketakutkan.
"Isyraf kau okay?" soal Jimin yang baru tersedar dari tidurnya. Sudah seharian Jimin di sini menunggu Jungkook. Sehingga dia sendiri pun sudah tertidur dengan melentokkan wajah di katil Jungkook.
"Aku.. kat mana ni?" soal Jungkook.
++++
Nak Taehyung amnesia ke tak? 🌚😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro