Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

48 : I know

Kenapa minat Jungkook? 🌚


————————————————


Seorang doktor lelaki mengeleng perlahan menandakan ada khabar yang tidak baik daripada Deana.

Jungkook jatuh terduduk di bangku yang berdekatan sambil menggenggam rambutnya kemas dengan kedua-dua belah tangan. Jimin yang turut berada di situ juga hanya berdiri dan terdiam. Deana meninggal dalam kemalangan. Bayi dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan.

Taehyung yang baru saja tiba di situ terus menerpa kearah Jungkook.

"Deana macam mana?" soal Taehyung.

"Dia dah tak ada. Baby pun dah tak ada juga.." jawab Jungkook sambil matanya dipejam rapat. Air matanya juga perlahan-lahan mengalir. Rasa bersalah menguasai diri. Dulu, dia yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap perempuan itu. Tapi bila dah jadi begini, dia pula yang rasa bersalah.

Jimin pula hanya memaparkan riak wajah simpati. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh dengan kematian tragis Deana ini. Perempuan itu amat cintakan dia dahulu tetapi dia saja yang tak pernah memandang perasaan wanita itu. Sepatutnya dia perlu bawa Deana ke arah jalan yang benar tetapi dia terlambat.

Taehyung mula menarik wajah Jungkook sehingga wajah lelaki itu dilentokkan ke bahunya. Bahu Jungkook digosok-gosok perlahan.

"Dah dah jangan nangis lagi. Kau tak salah. Ini semua takdir. Jangan lemah, Jungkook.." kata Taehyung sekadar mahu memberi semangat kepada Jungkook.

"Tapi, Deana mati sebab aku.."

"Mungkin Allah dah tentukan ajal dia dengan cara ni.. Kita sepatutnya doakan yang terbaik untuk dia." Akhirnya Jimin yang berada di situ bersuara. Walaupun baru tiga jam lalu mereka berdua bergaduh, tetapi bagi Jimin, Isyraf tetap kawannya dan dia tetap kena bantu lelaki itu untuk kembali ke jalan yang benar.

Jungkook hanya terdiam. Perasaan geramnya terhadap Jimin tadi masih lagi tersisa. Tetapi dia hanya memutuskan untuk mendiamkan diri sahaja memandangkan mereka masih lagi berada di hospital. Tidak lama selepas itu, Hyuri dan Jin pula tiba dan menerpa ke arah mereka bertiga.

"Deana macam mana?" soal Jin risau. Taehyung membalas dengan gelengan kepala.

"Baby pun tak dapat diselamatkan."

Jin hanya memberi reaksi simpati mendengar khabar Deana manakala Hyuri pula sudahpun tergamam. Baby? Deana mengandung?

"What do you mean? Jangan kata yang Deana sebenarnya mengandungkan anak Jungkook!" kata Hyuri. Kejadian dimana dia melihat Deana dan Jungkook di dalam hotel hari itu terulang kembali.

"Tak.. Hyuri.." Jungkook terus bangun dari duduknya. Kedua-dua belah tangan Hyuri dia genggam erat. Jimin pula hanya memandang mereka dengan perasaan yang penuh menyampah. Jungkook tak pernah jujur sebab itulah hidup dia selalu dilanda masalah.

"You jangan tipu I! I ingat semua lagi pasal hari tu!" bentak Hyuri lalu jari telunjuknya dihalakan ke arah wajah Jungkook. Taehyung pula bangun dari duduknya dan mendekati mereka berdua.

"Don't blame him. Anak Deana tu mungkin juga anak aku.."

Walaupun jijik bagi Taehyung, dia tetap perlu memberitahu itu kepada Hyuri agar perempuan ini tidak terus menyalahkan Jungkook. Ya dia menipu! Dia terpaksa demi Jungkook. Sejahat-jahat dia dulu, dia tak pernah menyentuh orang yang dia anggap sebagai sahabat seperti Deana dan Hyuri.

Hyuri terdiam dan memandang wajah Taehyung. Jungkook pula terkaku dengan pengakuan Taehyung. Sanggup Taehyung membuat pengakuan palsu semata-mata tidak mahu Hyuri menyalahi dia?

Tiba-tiba, datang pula seorang wanita dan seorang lelaki baya umur kearah mereka semua. Kelihatan wanita itu sedang memegang tisu di tangan dan mengelap air matanya yang mengalir.

"Macam mana anak kami, Deana?" soal lelaki baya umur yang berada di sebelah wanita itu. Nampaknya mereka berdua ini ialah ibu bapa Deana.

Seperti tadi, soal itu dibalas gelengan membuatkan Puan Jung, ibu Deana itu menangis teresak-esak.

***

Pintu bilik Yeoreum dibuka perlahan oleh seorang jururawat kepada Jin. Jin melangkah masuk ke dalam dan melihat Yeoreum yang sedang duduk di atas katil sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Yeoreum.."

"Jangan jumpa aku lagi!"

"Tapi.." belum sempat Jin meneruskan kata-kata, Yeoreum terus memandang wajah Jin dengan pandangan yang tajam membuatkan Jin terus terdiam. Takut pula dia untuk tengok keadaan Yeoreum yang sekarang, langsung tak sama dengan Yeoreum yang dia kenal dulu.

"Jangan jumpa aku sebelum kau bawa anak aku ke sini!"

Jin terdiam. Bukan kehendak dia juga untuk tidak bertanggungjawab pada Yeoreum dan anaknya hari itu, Yeonra, tapi.. ada sebab lain disebalik kisah ini.


"Aku tak suka perempuan tu! Takkan kau nak kahwin dengan pelacur, Kim Seok Jin?" soal Tuan Kim, bapa Jin.

"Appa! Dia bukan pelacur! Dia kena jual.. Jin orang pertama yang beli dia dan Jin nak kahwin juga dengan Yeoreum!" tegas saja kata-kata Jin bagi memihak Yeoreum.

Tuan Kim memandang wajahnya dengan pandangan yang bengis. Dulu kecil boleh juga dia nak kawal budak ini, tapi sekarang? Bila dah besar dia pula yang melawan!

"Kau kahwin dengan pelacur tu, jangan jumpa appa lagi! Appa akan block semua kad kreadit. Kau jagalah pelacur tu seorang diri. Jangan cari appa lagi!"

Jin tergamam mendengar kata-kata ayahnya. Kalau Tuan Kim menyekat semua kad kreadit miliknya, bagaimana dia mahu hidup dengan Yeoreum? Dia itu sudahlah makan minum pun masih berharap pada Tuan Kim lagi.

***

"Oppa.. Yeoreum.. Yeoreum dah.." tersekat-sekat saja suara Yeoreum bila terlalu teruja untuk memberitahu sesuatu kepada Jin, dalam sebuah kondominium.

"Yes.. What is it, chagi?" soal Jin sambil tersenyum. Tubuh Yeoreum ditariknya sehingga perempuan itu terdorong ke atas ribanya.

"Yeoreum pregnant!" Yeoreum menghulurkan Jin pregnancy test yang telah digunanya. Kelihatannya pregnancy test itu memaparkan dua garisan lurus yang menyatakan dia benar-benar mengandung. Jin terdiam.

Bagaimana kalau Tuan Kim tahu kalau Yeoreum mengandung? Habislah dia nanti kena halau kerana masih menjalinkan hubungan dengan Yeoreum, gadis yang dianggap pelacur oleh lelaki tua itu.

"Oppa tak suka ke?" soal Yeoreum lalu menekapkan tapak tangannya di kedua-dua belah pipi Jin.

"Mana ada tak sukalah! Mestilah oppa suka kita kan dah nak ada baby," kata Jin lalu memberikan senyuman manis yang dibuat-buat bagi mengambil hati Yeoreum. Jin mula mendekatkan wajahnya dengan Yeoreum lalu melagakan hidung mereka.

***

"Kenapa pengeluaran duit ni banyak sangat, Jin?" soal Tuan Kim lalu mencampakkan sekeping kertas di hadapan muka Jin. Jin mengambil kertas itu dan melihat pengeluaran duit dari akaun bank miliknya.

Jin menundukkan wajah dan memandang lantai. Dia terpaksa mengeluarkan duit dari akaun bank dalam jumlah yang besar untuk menanggung kos Yeoreum yang sedang mengandung itu serta kondomium tempat gadis itu tinggal tanpa pengetahuan ayahnya.

"Kau masih ada hubungan dengan pelacur tu ke?"

Jin terus memandang wajah Tuan Kim dengan muka yang tak puas hati. Geram pula dia pula dengan Tuan Kim yang tak habis-habis menghina Yeoreum. Dia adalah orang pertama yang beli Yeoreum dan mengeluarkan gadis itu dari tempat syaitan durjana. Dia yang menjaga Yeoreum di dalam sebuah kondomium takkanlah Yeoreum itu masih dianggap sebagai seorang pelacur?

"Berapa kali Jin nak cakap yang dia bukan pelacur! Appa tak faham bahasa ke? Ke appa tak faham bahasa Korea? Nak suruh Jin cakap bahasa Tamil?"

"Kurang ajar!" Dengan tak semena-mena telapak tangan milik Tuan Kim hinggap di pipi Jin. Jin memegang pipinya sambil memandang wajah Tuan Kim dengan tajam.

"Tak kira dia pelacur ke tidak, yang penting aku tak suka dia dan aku takkan pernah setuju kau ada hubungan dengan pelacur murahan tu! Ingat, Jin. Kalau aku tahu kau masih ada hubungan dengan pelacur murahan tu, appa takkan teragak-agak untuk apa-apakan perempuan tu!" Tuan Kim terus berjalan pergi.


"Aku akan bawa anak kita ke sini nanti. Aku janji.." kata Jin kepada Yeoreum.

Dia terpaksa menjual anak mereka, Yeonra, kepada Hyuri dahulu kerana takut Tuan Kim akan tahu bahawa dia masih ada hubungan dengan Yeoreum dan akan apa-apakan Yeoreum dan Yeonra. Yeonra diserahkan kepada Hyuri pada hari pertama bayi itu dilahirkan lagi membuatkan Yeoreum sendiri tidak sempat melihat anak mereka. Kebetulan pada waktu itu pula, Hyuri terlalu terdesak mahukan anak sebelum Puan Soojin tahu bahawa anak yang dia kandungkan tidak berjaya diselamatkan.

Dia percaya Hyuri akan menjaga Yeonra dengan baik malahan Yeonra juga mungkin lebih selamat bersama Hyuri berbanding dirinya.

***

Hanah merenung sendirian ke luar jendela. Burung-burung berkicauan dipandang dengan pandangan yang sayu. Seronok tengok burung berbahagia, tak sama pula dengan dirinya sekarang.

Kandungannya diusap lembut. Air mata juga mengalir perlahan bila terkenangkan apa yang dilakukan Isyraf. Pedih hati, itulah yang dirasa Hanah. Dari kecil lagi hidupnya tak pernah bahagia bila tidak dapat merasa kasih sayang dari ibu bapa. Namun, sejak dia bertemu Isyraf saja baru dia dapat merasa apa itu bahagia. Tapi sayangnya, kebahagiaan yang dirasa itu hanyalah palsu semata-mata.

Dia juga sudah tahu tentang kematian Deana pagi tadi bila berita tentang kematian itu disiarkan di televisyen. Kemalangannya sangat tragis sehingga kereta yang dipandu itu terbakar teruk. Dia menyilangkan tangan ke dada. Air matanya tadi diseka laju.

Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk seseorang dari belakang. Dia memalingkan sedikit wajahnya ke belakang sebelum memandang ke hadapan semula. Lelaki ini lagi. Siapa lagi kalau bukan Isyraf. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja dia siku muka Isyraf ini sekarang.

"Sayang.. kenapa ni sedih?"

Hanah hanya mengetap bibir. Air matanya semakin laju mengalir. Semakin Isyraf datang menghadap dia, semakin itu jugalah hatinya terasa sakit.

"Awak tak kerja ke hari ni?" soal Hanah tanpa menjawab soalannya. Walaupun hatinya terasa sakit, dia tetap gagahkan diri untuk berhadapan dengan lelaki ini. Sabar Hanah sabar..

"Abang cuti.."

"Oh.." jawab Hanah sepatah dan langsung tidak memandang belakang.

"Sayang kenapa ni?"

"Marah sebab abang pukul Jimin semalam ke?"

"Hanah tahu tak dia sebenarnya ambil kesempatan? Abang buat macam ni untuk kebaikan kita juga. Dia tu dah lama tak puas hati dengan abang sebab tu lah dia selalu masuk campur urusan abang."

Mata Hanah dicebikkan. Boleh pula dia cakap Jimin sebegitu? Dia tidak tahu ke yang dia itu lebih teruk?

Tangan Jungkook yang memeluknya terus Hanah leraikan dengan kasar. Hanah memusingkan tubuh dan memandang Jungkook dengan pandangan tajam. Cukuplah dia diperbodohkan lelaki ini. Kali ini dia tidak tahan lagi!

"Abang tahu tak yang Jimin tu dah banyak tolong Hanah? Dia seorang saja yang tolong Hanah semasa Hanah di sini. Bila saya nak cari awak, dia yang tolong. Awak tak balik rumah pun Jimin yang tolong saya hubungi awak sampai awak balik rumah. Dan semalam pun.. dia tolong saya saja, bukan ambil kesempatan pun. Dia tu bukan macam awak, Isyraf! Depan lain belakang lain!" kata Hanah dengan geram. Ya Allah maafkan aku sebab meninggikan suara dengan suami sendiri. Gumamnya dalam hati.

"Apa yang Hanah cakap ni? Abang tak faham," soal Jungkook hairan.

"Stop your good acting! I know everything. Saya dah tahu tentang Hyuri, tentang Deana dan juga tentang Isyraf yang sebenar. Awak bukan Isyraf tapi awak ialah Jeon Jungkook, lelaki yang baik di mata. Tapi siapa tahu disebalik sifat baiknya ini terselit syaitan yang melakukan dosa-dosa keji."

Tiada lagi panggilan manis yang digunakan oleh Hanah. Kini dia lebih menggunakan awak-saya dengan lelaki itu.

Jungkook mencebikkan matanya geram. Macam mana Hanah boleh tahu semua ni? Takkan Jimin pula yang cerita semua ini?

"Jadi sekarang Hanah dah tahu?" soal Jungkook sambil tersenyum sinis. Tergamam Hanah dibuatnya. Dia ingat Isyraf akan meminta maf kepadanya tetapi dia salah.

"Yes.. Isyraf dan Jungkook tak sama. Jungkook memang kejam dan teruk. Dia dah hancur! Tapi ingat Hanah... Jungkook tu lah yang sanggup jadi Isyraf untuk Nur Hanah Aisyah. Hanya untuk dia.." kata Jungkook lalu terus pergi dari situ.

Hanah memejam matanya lalu menangis teresak-esak. Ya Allah apa yang suami dia telah buat?















++++

Maaf sekiranya ada yang tak setuju dengan kematian Deana. Bak kata Jimin, Allah dah tentukan ajal dia macam tu :'(

Konflik yang tinggal akan tamat pada chapt 50(tapi bukan ending lagi). Insyaa Allah aku akan buat double update untuk hari ni. Kalau sempat triple. Aku juga akan tamatkan ff ni secepat mungkin.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro