Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

46 : Broken

Langkah dan gerak-geri Jungkook diperhatikan Deana dari jauh sewaktu lelaki itu baru keluar dari syarikat I'Rylie'z. Deana mengetuk jarinya beberapa di stereng kereta sebelum melihat kereta Jungkook yang mula bergerak pergi dari situ.

Deana mula menekan minyak dan mengikut kereta Jungkook dari belakang. Dia perlu tahu dimana tempat tinggal Jungkook selain rumah Puan Soojin. Takkanlah isteri Jungkook yang beragama Islam itu tinggal bersama dengan Puan Soojin dan Hyuri.

Tanpa pengetahuan Jungkook, akhirnya kereta mereka berdua tiba di sebuah rumah banglo yang mewah. Kelihatannya kereta Jungkook mula diparkir di dalam perkarangan rumah manakala kereta Deana masih lagi berada di luar. Betul dugaan dia, Jungkook tak mungkin membawa isterinya itu tinggal bersama dengan Puan Soojin.

Deana tersenyum sinis. Dia sudah ada rancangan baru. Kali ini bukan untuk jauhkan Jungkook dari Hyuri, tetapi buat isterinya itu bencikan Jungkook.

***

"Ya Allah.. aku mohon, kau kuatkanlah hati aku. Kenapa takdir hidup aku macam ni, Ya Allah? Betapa sakitnya hati aku ni bila dapat tahu apa yang Isyraf buat dibelakang ketaatan dia, di sebalik kesetiaan dia, dan dari kemanisan dia. Adakah dia seorang lelaki lindungan kaabah ataupun lelaki yang berselindung di sebalik kaabah? Bila di depan aku dialah paling baik, tapi dibelakang? Dosa dia terlalu besar kepada-Mu, Ya Allah.."

"Astaghfirullahalazim." Hanah melurut dadanya perlahan di atas sejadah. Telekung sembahyang yang dipakainya masih setia tersarung di tubuhnya.

"Ya Allah.. sesungguhnya aku hanya mampu mengadu kepada-Mu.. Amin ya rabbal al-amin." Hanah mengaminkan doanya. Tangannya diletakkan di dada sambil mengetap bibir. Terasa sebak. Sebak yang teramat.

"Isyraf, kenapa buat saya macam ni? Ya Allah..." air matanya mula mengalir laju. Sejak dia jumpa Hyuri tengah hari tadi, dia tidak henti-henti menangis.

Dia menekup wajah. Tangisannya teresak-esak itu tidak dia hiraukan. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati dia sekarang.

Muhammad Isyraf Al-Firash, lelaki Korea muallaf yang amat mencintai dia, yang manis dan yang hanya sayangkan dia seorang saja itu adalah baik di pandangan. Siapa sangka disebalik baik dan suci hatinya itu terselit seribu satu kepalsuan? Dia bukan Isyraf, tetapi dialah Jeon Jungkook, lelaki yang berselindung disebalik kaabah.

Suci dimata, tapi disebalik itu siapa yang tahu? Benar pepatah rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu?

Pintu bilik tidur itu dikuak perlahan dari luar. Wajah Jungkook terpapar jelas di luar pintu. Mata Hanah terus memandang tajam ke arah Jungkook. Air mata tadi terus dia seka.

"Sayang.. kenapa ni?" soal Jungkook hairan. Riak wajah Hanah seperti mahu membunuh dia saja. Dia memberanikan untuk mendekati Hanah yang masih berpijak di atas sejadah itu.

Ya Allah.. Aku tahu kau sebenarnya nak menguji kekuatan aku. Aku tahu aku kuat. Aku bukan perempuan lemah yang mudah tertunduk dan tidak mahu bangkit dengan ujian-Mu. Kata Hanah dalam hati.

Senyuman kelat dihadiahkan kepada Jungkook. Segala tenaga dia kumpulkan di hadapan lelaki ini.

"Abang dah balik? Hanah ada masakkan lauk favourite abang. Hanah masak stim. Abang kan suka?" kata Hanah tidak menjawab soalan Jungkook.

Hanah terus bangun dari duduknya. Telekung sembahyang yang dipakai dan sejadah yang digunakan tadi dibuka dan dilipatnya sebelum disidaikan di tempat letak kain sembahyang.

Terus saja Isyraf memeluk pinggang Hanah dari belakang sambil merehatkan dagunya di bahu wanita itu. Dia tahu, Hanah sedang sedih dengan kata-katanya semalam iaitu Puan Soojin tidak menerima dia. Jadi dia perlu memujuk wanita dihadapannya ini sekarang.

"Abang.. lepas.." kata Hanah. Tangan Hanah sedaya upaya menepis tangan Jungkook supaya melepaskan dia. Jungkook terus melepaskan pelukan.

"Sayang kenapa ni? Sayang sedih sebab mummy lagi ke? Tak apa nanti abang akan pujuk dia sampai dia terima sayang.."

Sekali lagi Jungkook memeluk pinggang wanita itu dari belakang. Wajahnya didekatkan pada pipi Hanah lalu mencium lembut pipi gadis itu.

Dia... terlalu romantik. Sampai semua orang tak dapat tafsir apa yang dia buat disebalik semua kemanisan ini.

Kali ini Hanah membiarkan apa saja yang dia mahu buat. Walau kejam manapun perangai Jungkook dibelakangnya, Jungkook tetap suami dia dan dia tidak mahu menjadi nusyuz.

Badan Hanah dipusingkan menghadap Jungkook. Wajah Hanah yang ditundukkan itu Jungkook pandang. Dagunya dipegang dan wajahnya dinaikkan untuk memandang wajah Jungkook.

"Abang dah janji kan yang abang takkan tinggalkan sayang? Jangan risau pasal mummy. Tak lama lagi okaylah dia tu," kata Jungkook. Hanah mengeleng perlahan.

"Tak.. bukan sebab mummy.."

"Lepas tu? Kenapa sayang nangis?"

"Tak ada apa-apa.." Hanah mula mengatur langkah untuk pergi dari situ tetapi pergelangan tangannya lantas dipegang Jungkook. Hanah ditarik untuk mendekati dia semula.

"Hanah.. abang sayangkan Hanah sangat. Abang sanggup bagi semua yang Hanah nak asalkan Hanah akan selalu ada di sisi abang.." mengendur saja suara Jungkook waktu ini. Rasa bersalah kerana menipu gadis itu mula mengawal perasaannya.

Hanah memandang wajah Isyraf dengan mata yang berkaca. Kalau Isyraf sayangkan dia, kenapa dia masih buat perkara terkutuk di belakang dia?

Tanpa meminta izin, Jungkook terus mencium lembut dahi Hanah. Hanah hanya terdiam. Dia sendiri pun tidak mampu bersuara lagi. Dia sedih kerana semua kemanisan ini terselit seribu satu penipuan yang tidak dapat dikira bilangan dosanya.

Dada lelaki itu terus dia tolak perlahan apabila Jungkook mula mengusap lembut rambutnya. Terkebil-kebil mata Jungkook melihat tindakan Hanah yang kali ini menolak dia. Hanah tidak tahan lagi untuk terjunam dalam penipuan ini. Dia kecewa sangat dengan Isyraf!

"Minggu depan saya dah nak balik. Saya tak dapat cuti lama-lama sebab kerja. Maaf sebab saya tak dapat luangkan banyak masa dengan awak.." kata Hanah lalu terus pergi dari situ.

Kali ini Jungkook tidak mahu lagi menahan tangannya. Dia relakan saja Hanah pergi. Dia tahu Hanah merupakan seorang doktor. Wanita itu tidak dapat cuti lama-lama. Lagipun dua bulan lagi dia dah nak bersalin pula.

***

Deana mengintai kereta Jungkook yang baru keluar dari perkarangan rumah. Dia tersenyum sinis. Dari petang tadi lagi dia berada di hadapan rumah ini. Nampaknya Jungkook tidak lama berada di rumah isteri dia.

Deana mencapai telefon di dalam beg tangannya. Nombor telefon Taehyung dia dail.

"Hello?"

"Taehyung-ahh.. What a nice! I found Jungkook's house. He is so rich. Haha! Tapi nak bertanggungjawab tak boleh pula!" Deana tergelak.

"Hey, Deana! Kau jangan buat apa-apa dekat Hanah! Kau balik rumah kau sekarang. Dah malam ni, Deana! Ya tuhan!" Taehyung menyerabutkan rambutnya di balik talian. Stress! Dia pula yang kena tanggung rasa stress ini.

"Who said aku nak apa-apakan dia ha? Aku just nak dia tahu apa yang husband dia buat. Tu saja!"

"Kau jangan Deana!"

'Tut.. tut.. tut. " Deana mematikan panggilan. Gelak tawanya terletus. Tak sabar pula dia nak bermain dengan Jungkook.

"Deana!" jerit Taehyung tetapi sayangnya tiada balasan lagi.

***

"Jimin.. kau tahu kan rumah Hanah dekat mana? Baik kau pergi sekarang. Deana dah gila!" adu Taehyung kepada Jimin melalui talian.

"Kenapa dengan Deana? Dia nak buat apa?" soal Jimin hairan. Dahinya dikerutkan.

"Deana dah ada di rumah Jungkook. Dia cakap dia takkan apa-apakan Hanah tapi aku tak tahu apa dia nak buat. Aku tak nak call Jungkook sebab takut Hanah tahu. Kau tahu kan dia tengah pregnant sekarang?"

Jimin mengeluh berat. Keadaan Jungkook menjadi semakin rumit. Ditambah lagi dengan Deana yang terlalu mendesak dia. Nasib baiklah Hanah pernah beri dia location rumahnya kepada Jimin sebelum ini. Dapatlah juga dia tahu mana rumah wanita itu.

"Okay.. Aku pergi sekarang."












++++

Apa yang jadi kepada Hanah? 🌚



Aku harap next chapt dapat buat readers berpuas hati 😘








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro