Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45 : Knowing Everything


"Uwek! Uwek!"

Yeonra yang berada dalam katil bersaiz bayi itu dibawa dalam dukungan Jungkook apabila budak itu sudahpun menangis teresak-esak.

"Yeonra nak susu eh?" Jungkook memberikan Yeonra susu bayi yang siap sedia berada dalam botol susu. Nasib baiklah budak itu tidak meragam tengah-tengah malam ni. Bagi susu terus dia tidur. Jungkook mengeluh kecil lalu Yeonra diletakkan di atas katil bersaiz bayi tadi semula dengan perlahan-lahan. Jam di dinding dia pandang sekilas. Sudah pukul 12 tengah malam.

Dia terpaksa bermalam di rumah Puan Soojin waktu ini bagi menjaga hati wanita tua itu pula. Pada waktu petang dia akan ke rumah Hanah, manakala waktu malam pula dia akan ke rumah Puan Soojin.

"Papa pergi dulu ye?" soal Jungkook kepada Yeonra lalu mencium lembut dahi budak itu.

Langkahnya mula diaju keluar dari bilik Yeonra. Setibanya dia muka pintu bilik, langkahnya terhenti apabila Puan Soojin berada di situ dan menghalang laluannya.

"Mummy?"

"Mummy nak cakap sikit dengan Kook."

***

"Nah!" Puan Soojin memberikan Jungkook sebuah majalah. Jungkook yang hairan dengan tindakan ibunya itu terus membuka majalah yang tersebut.

"Mummy nak Kook pilih tempat untuk hari perkahwinan Kook nanti."

Jungkook terus mengangkat wajah dan memandang wajah Puan Soojin.

"Tapi Kook tak nak mewah-mewah pun mummy. Cukuplah buat dekat sekitar Busan ni aje. Lagipun Kook tahu Hyuri tak kisah pun pasal semua ni."

Puan Soojin mengeluh kecil.

"Okay kalau macam tu. So your wedding will be next week. Kook jangan nak buat hal pula hari tu." Puan Soojin terus bangun dari duduknya dan melangkah pergi dari situ meninggalkan Jungkook sendirian di ruang tamu.

Jungkook hanya mampu berdiam diri dan menundukkan wajahnya ke bawah.

Ya Allah betul ke aku buat ni? Soalnya dalam hati.

***

Hanah yang berada di dapur untuk menolong Auntie Soo itu terkejut apabila terdengar bunyi telefonnya yang kuat berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Astaghfirullahalazim.." dia melurut dada perlahan. Terkejut pula dia dibuatnya. Dia terus menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan itu.

Unknown
+01987654321

Accept  | Decline

"Hello?" Hanah memulakan suara dengan teragak-agak. Siapa pula yang menelefon dia ni?

"Hello, Hanah! This is me, Hyuri!" kata Hyuri dengan ceria di balik talian.

"Ouh awak, Hyuri. Ingat siapa dah tadi." Hanah melepaskan keluhan lega. Terkejut dia dibuatnya.

"Haha! Sorry buat you terkejut. Well Hanah, I nak jumpa you sekarang boleh tak? Tu pun kalau you tak busy," kata Hyuri. Hanah mengerutkan dahi hairan. Kenapa pula Hyuri nak jumpa dia?

"Ermm.. boleh. Tapi kenapa ye? Ada hal penting ke?"

"Tak adalah. I cuma nak bagi you something ni aje. Don't worry. I akan datang ambil you kat rumah. You just send me your location. You tak payah susah-susah nak drive. I know you're pregnant."

Hanah terdiam seketika. Share location? Bagaimana kalau nanti Hyuri akan terserempak dengan Isyraf nanti? Tapi Isyraf akan balik petang-petang saja. Takkan pula mereka berdua terserempak. Lagipun bila dia melihat kepada Hyuri, perempuan ini tak adalah teruk sangat. Kalau Hyuri tahu tentang hubungan dia dan Isyraf sekalipun, mungkin perempuan ini dapat terima memandangkan dia sendiri pun sudah berkahwin lain.

"Okay. Nanti saya whatsapp awak," kata Hanah.

"I'll wait for it."

Setelah panggilan tamat, Hanah terus menghantar lokasi rumahnya kepada Hyuri menerusi aplikasi Whatsapp.

***

"Mana Yeonra?" soal Hanah apabila dia dan Hyuri tiba di dalam sebuah cafe. Ya, Hyuri yang mengambilnya dari rumah dan membawanya ke sini.

"Yeonra ada dekat rumah.." Hanah hanya mengangguk faham.

"Hanah.. I panggil you ni sebab nak bayar yang hari tu." Hyuri mula mengeluarkan dompet miliknya dari beg tangan. Sejumlah wang dihulurkan kepada Hanah tetapi lantas ditolak gadis itu.

"Apa guna kita berkawan kalau tak nak kongsi kan? Sharing is caring, right?"

Hyuri tersenyum. Hanah ni baik orangnya. Dia langsung tidak layak kalau nak dibandingkan dengan Hyuri yang hidup terlalu bebas itu.

"Takkan awak nak jumpa saya sebab ni saja? Awak tak ada niat lain ke?" soal Hanah apabila melihat kepada wajah Hyuri, perempuan ini seperti dilanda masalah. Riak wajah Hyuri yang tadi terus berubah. Lantas tangan Hanah dipegangnya.

"Hanah.. Yeonra sakit.." jawab Hyuri sambil menunduk sedih.

"Ha sakit? Sakit apa?"

"Jantung berlubang.."

Ya Allah! Hanah melurut dadanya perlahan. Tak sangka bayi comel seperti Yeonra itu sedang merana dengan penyakitnya. Kesian betul Yeonra.

"Tapi itulah.. Yeonra tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah. I kesiankan dia. I saja yang jaga dia sejak dia lahir lagi," kata Hyuri lagi.

"Maksud awak?"

Hyuri menarik nafas panjang. Walaupun Hanah baru dia kenal, entah mengapa hatinya kuat mengatakan bahawa Hanah adalah seorang yang dapat dia percaya. Malahan dia lebih percaya kepada Hanah berbanding orang lain yang sudah lama dia kenal.

"Dulu.. I ada cousin. Nama dia Jeon Jungkook. Mungkin kami berdua sangat rapat sejak kecil lagi, kami berdua bercinta. Kami berdua juga dah plan nak kahwin. Kami pun dah siap tempah tempat dekat Malaysia sebab Auntie Soojin, mummy dia yang nak buat dekat situ. Pada hari wedding I berlangsung tu, I mula bencikan Jungkook sebab.. dia tiba-tiba saja tak datang. I tak tahu apa terjadi dekat dia sebenarnya sampai ego I ni buat I tak nak cari dia," jelas Hyuri

Hanah hanya mengangguk faham. Dia sudah lama tahu tentang ini tetapi dia tetap berlagak seperti orang yang tidak tahu apa-apa.

"At the same time, I.." kata-kata Hyuri tergantung apabila dia mula mengetap bibir, menahan air mata daripada keluar.

"Awak kenapa?"

"I mengandungkan anak Jungkook.."

Mata Hanah terus membulat, tergamam dengan apa yang diberitahu Hyuri. Astaghfirullahalazim.. Ya Allah apa yang dia dengar ni? Pada waktu yang sama juga matanya sudah mula berkaca.

Nasib baiklah Hyuri sedang menundukkan wajahnya sekarang. Kalau tidak, mesti dia akan perasan dengan mata Hanah yang sudah berair itu.

"I hidup merana. Hidup macam orang gila. I mengandungkan anak dia tapi.. Jungkook hilang macam tu saja."

Hanah melurut dadanya perlahan. Isyraf.. apa awak dah buat sebelum ni? Soalnya dalam hati. Dadanya terasa seakan tersekat. Nama Allah saja yang berulang kali disebutnya dalam hati.

Ya Allah.. Kau kuatkanlah hati aku untuk mendengar semua kisah yang terjadi kepada Isyraf disebalik kemanisan yang dia telah beri pada aku. Katanya dalam hati pula.

"Ada seorang member I ni, nama dia Jimin. Dia sanggup ke Malaysia semata-mata untuk cari Jungkook untuk I.  Lepas saja dia balik ke sini semula, dia cakap yang Jungkook dah kahwin dengan orang lain dan lupakan I. Waktu tu I sedih sangat. Dulu bukan main lagi Jungkook tu cintakan I tapi last sekali, dia sendiri yang tinggalkan I."

Waktu dimana Jimin datang ke Malaysia hari itu berulang kembali di fikiran Hanah. Ya memang betul! Jimin ada datang ke Malaysia hari itu. Nampaknya Hyuri betul-betul tidak menipu.

"Setahun lepas tu, Yeonra dah selamat dilahirkan dan waktu tu juga Yeonra dah berumur tiga bulan. Tapi yang buat I terkejutnya bila Jungkook datang kembali. Dia minta maaf dekat I and cakap yang dia accident masa wedding hari tu. Dia juga menghidap amnesia. I terkejut gila. I pun rasa bersalahlah sebab tak pernah nak cari dia dulu."

Hyuri menarik nafas panjang sebelum menyambung semula ceritanya.

"Dia cakap yang Jimin kata hari tu semuanya tak betul. Dia kemalangan dan ada seorang doktor yang selamatkan dia di Malaysia. Dia juga tak pernah kahwin dengan sesiapa pun sebab dia hanya cintakan I. So sekarang Jimin tipu I cakap dia dah berkahwin!"

Hanah memandang tepat wajah Hyuri yang masih menunduk. Hatinya terasa sebak. Sebak yang teramat. Matanya perlahan-lahan mengalirkan air mata tetapi cepat-cepat diseka. Sampai hati Isyraf buat dia macam ni. Sanggup tipu Hyuri dan menyorokkan perkara sebenar daripada wanita ini.

"Tapi sekarang.. I jadi hairan dengan Jungkook. Dia selalu tak balik rumah. Dia kata dia busy kat office tapi Auntie Soojin tengok schedule dia biasa-biasa aje. Jimin pun tak henti-henti cakap yang Jungkook tu dah convert masuk Islam dan kahwin dengan orang Islam kat Malaysia hari tu. Tapi Jungkook pula yang selalu pertikaikan and cakap yang dia tak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita mahupun memeluk agama Islam sekalipun."

Hanya Allah saja yang tahu betapa tertikamnya hati Hanah dengan perbuatan suaminya di belakang dia. Kenapa Isyraf sanggup buat dia macam tu? Dia seolah-olah mempermainkan agama bila tidak mengaku agama sebenar yang sedang dia peluk sekarang. Ini bukan dosa dia dengan manusia saja, tetapi dosa dengan Allah.

"Tapi I tak percaya pada Jimin. Tak mungkinlah Jungkook tu dah convert sebab I tengok life dia kat sini langsung tak ubah macam life dia yang dulu, sebelum dia amnesia. Dia sekarang pun masih datang club, minum wine, vodka. Dia juga.." belum sempat Hyuri menyambung kata-katanya, Hyuri terdiam bila melihat wajah Hanah yang kini sedang teresak-esak menangis.

"Hanah, why?"

"Cerita awak terlalu menyentuh kisah saya, Hyuri," kata Hanah sambil mengetap gigi. Geram!

"Maksud you?"

"Saya doktor, Hyuri. Saya pernah selamatkan seorang lelaki Korea ni semasa dia accident dulu. Dia pun mengalami amnesia juga, sama macam Jungkook.." Hyuri mengangguk faham sambil memandang wajah Hanah. Dia seakan tertarik untuk mendengar cerita dari gadis ini.

"Dia baik sangat. Sampailah saya rasa dia paling terbaik selain ibu bapa saya. Sampailah dia peluk agama Islam dengan hati yang ikhlas. Dia juga cintakan saya. Dia tak pernah berhenti nak dapatkan hati saya walaupun saya ni selalu buat-buat tak layan dia. Tapi disebabkan usaha dia yang tidak henti tu lah akhirnya buat saya terima dia. So, kami kahwin dan waktu tu juga rumah tangga kami bahagia sangat. Bahagia yang teramat!"

Hyuri menongkatkan dagu. Matanya langsung tidak beralih dari terus memandang wajah Hanah. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh mendengar cerita Hanah yang tidak jauh berbeza dengan kisah manis dia dengan Jungkook dahulu.

"Suatu hari, sewaktu dia nak ambil saya balik dari hospital, dia kemalangan buat lagi sekali. Waktu tu juga ingatan dia datang kembali."

"Dia kata dia nak balik Korea semula sebab nak jelaskan perkara sebenar dekat family dia di sini. Selepas dia pergi tu, saya dah disahkan mengandung. Bagus sangatlah tu sebab dia pergi Korea dan tinggalkan saya selama tujuh bulan tanpa khabar berita. Akhirnya saya sendiri yang datang sini untuk cari dia. Yes.. saya bersyukur sangat sebab saya dapat jumpa dia balik. Dia pun masih layan saya dengan baik dan minta maaf sebab tinggalkan saya dulu. Katanya dia belum sedia nak bagitahu pengislamannya kepada mummy dia dekat sini, sebab tu lah dia tak dapat balik Malaysia."

"Lepas tu?" soal Hyuri. Semakin tertarik pula untuk mendengar kisah Hanah. Nampaknya bukan dia saja yang menanggung kisah sedih, malahan Hanah juga.

Hanah menarik nafas panjang. Sakit hati untuk dia menceritakan kisah yang seterusnya. Hatinya seakan tertikam dan dicarik kuat akibat sikap Isyraf dibelakang kebaikannya selama ini.

"Rupanya baru sekarang saya tahu yang semua kemanisan yang dia beri kepada saya dan baiknya perangai dia kepada saya serta segala sikap dia di hadapan mata saya.. semua tu adalah palsu! Dia siap ada anak dengan perempuan lain lagi dibelakang saya. Betapa bodohnya saya sebab percayakan dia. Saya sendiri tak sangka yang dia pergi club, minum minuman menjijikkan di belakang saya. Saya kecewa sangat Hyuri.."

Hyuri turut terkilan dengan kisah Hanah. Kisah Hanah jauh lebih menyedihkan berbanding dirinya. Hanah lebih menanggung derita akibat sikap suami dia yang tak ubah seperti munafik.

"Hanah.. sabar ye? I harap suami you tu akan sedar dengan apa yang dia buat. Dia tak sepatutnya buat you macam ni. Walaupun I baru kenal you, I sendiri pun dapat rasa yang you ni baik. Suami you tu sebenarnya tak bersyukur dapat isteri macam you."

Hanah mengukir tersenyum kelat dalam tangisan. Tak apa, Isyraf. Awak buatlah apa awak suka. Tapi ingat, Allah tu Maha Membalas. Katanya dalam hati. Sungguh hati dia terluka. Geram pun ada. Hati siapa saja yang tak sakit bila diperlakukan seperti ini?

"Setiap hari saya bersabar, Hyuri. Saya akan tengok sejauh mana dia dengan perangai dia! Sebab saya hanya manusia biasa, bukan tuhan yang dapat atur perjalanan hidup seseorang. Saya redha.."

Hanah memejamkan mata serapat yang mungkin. Kini air matanya mengalir lebih laju daripada sebelum ini. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku untuk terima semua dugaan ni. Gumamnya dalam hati.

Hyuri menarik kerusinya mendekati Hanah. Wajah Hanah ditarik perlahan ke bahunya membuatkan Hanah menangis teresak-esak di bahunya. Belakang gadis itu diusap lembut. Kenapalah suami Hanah ini sanggup buat dia macan tu?

"I faham perasaan you. You jangan riaau ye? I akan selalu ada untuk you."

Hanah mengetap bibir tatkala air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Kalaulah perempuan disebelahnya ini tahu bahawa suami dia itu adalah Jungkook, orang yang dia cintai.


















++++

Aku nak korang jawab dengan jujur ye? Korang menangis tak semasa baca chapt ni?

Sebab aku langsung tak menangis muahahaha! Ya Allah kenapa batu sangat hati aku ni? 🙁

Nice! Chapt yang paling panjang, 2000+ words


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro