Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43 : I'm sorry


Jungkook memberhentikan kereta di dalam perkarangan rumahnya bersama Hanah. Panggilan Jimin pada pagi tadi membuatkan dia terpaksa balik ke sini dengan segera. Yalah, dia juga bimbang jika Hanah tidak habis-habis fikir tentang dia.

Setelah keluar dari kereta, pintu kereta itu ditutup rapat dan dikuncinya. Dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Jungkook mula memberi salam dan memandang sekeliling. Tetapi.. mana Hanah?

"Hanah?" panggilnya tetapi tiada sahutan. Langkah dia terus diajukan ke tingkat atas yang menempatkan biliknya bersama Hanah.

Pintu bilik tidurnya perlahan-lahan dibuka setibanya dia di situ. Dia terkaku sewaktu melihat Hanah yang sedang membaca Al-Quran dalam telekung sembahyang yang tersarung di tubuhnya. Surah-surah suci Al-Quran dibacanya di atas sejadah mengikut kiblat.

Pintu bilik itu perlahan-lahan ditutup semula dari luar. Dia menyandarkan tubuhnya di dinding. Hanah selalu mencari keredhaan Allah di rumah tetapi dia?

Jungkook memandang syiling rumah pula. Terasa seperti matanya sudahpun berkaca. Hidupnya hancur. Kalau diberi peluang, demi Allah dia mahu terus bersama Hanah dan mendalami lagi Islam. Tetapi.. dia tidak mampu mengelak dari segala masalah yang dihadapinya sekarang.

Sekiranya dia memberitahu tentang dirinya sebenar kepada Hyuri dan Puan Soojin, bagaimana tentang Yeonra yang sedang merana dengan penyakitnya itu? Takkanlah budak itu dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah?

Dan lagi satu, Deana pula yang mendesaknya untuk bertanggungjawab atas kandungannya. Walaupun pada malam itu Deana yang bersalah, tetapi anak dalam kandungan wanita itu tetap anak kandung dia.

Dia umpama terperangkap. Terperangkap dalam jerat yang dia cipta sendiri. Jerat yang dipenuhi dengan duri-duri tajam.

Jika dia tiada anak dengan Hyuri, sudah lama dia memberitahu semua orang tentang pengislamannya. Mungkin dia tidak akan berjumpa lagi dengan minuman keras yang sememangnya menjadi minuman yang paling jijik itu. Deana juga mungkin tidak akan terlibat dalam masalah ini. Kehidupannya dengan Hanah juga mesti bahagia.

Cuba bayangkan bagaimana jika Hanah tahu tentang dirinya yang sebenar? Kelab malam yang menjadi tempat dia? Siap ada anak haram dengan perempuan yang bukan Islam lagi? Jungkook yang lemah? Jungkook yang terus hanyut dengan dunia yang dianggap syurga kepada manusia yang sememangnya jauh dari Allah?

Tapi itulah. Walau bagaimanapun, Hanah dan Hyuri perlu diberi kasih sayang yang sama dan adil. Itu saja caranya. Dia tidak mampu meninggalkan salah seorang dari mereka kerana kedua-duanya memerlukan perhatian dia.

Perlahan-lahan air matanya menitis. Wajah ditundukkan memandang lantai sambil mengetap bibir. Air mata langsung tidak diseka.

"Abang.. abang dah balik?" soal Hanah yang baru lepas membuka pintu bilik.

Jungkook terus menyeka air matanya lalu tubuh Hanah terus dipeluk. Akhirnya, dia tidak mampu menyorok lagi kelemahan diri dia di hadapan Hanah.

"Hanah.. abang minta maaf. Abang banyak dosa dengan Hanah. Abang banyak dosa dengan Allah. Abang minta maaf.."

"A..abang.. Kenapa ni?" soal Hanah pelik, hairan dengan suaminya. Bahu Jungkook ditolak perlahan sehingga pelukan terlerai.

"Mummy tak setuju dengan hubungan kita.. Dia nak abang balik. Kalau tak, dia tak bagi abang anggap dia mummy abang lagi," jelas Jungkook.

"Abang dah bagitahu mummy pasal kita?" soal Hanah dan sekadar dibalas anggukan oleh Jungkook.

Ya Allah, sudah berapa banyak dosa aku buat, ya Allah? Hanah.. maafkan abang. Abang tak pernah jujur dengan Hanah selain perasaan abang kepada Hanah. Kalau suatu hari nanti Hanah tahu tentang penipuan abang selama ini, anggaplah abang adalah manusia yang langsung tak layak untuk wanita sebaik Hanah. Gumamnya dalam hati.

Hanah menundukkan wajahnya. Rasa serba salah dengan kehadiran dirinya dalam hidup Isyraf semakin menjadi-jadi. Air matanya mula mengalir.

"Hanah.. minta maaf.. Kalau betul mummy tak sukakan Hanah, Hanah sedia undur diri. Abang boleh ceraikan Hanah. Hanah tak sanggup sebab Hanah, hubungan abang dengan mummy hancur. Sebab sekejam-kejam manapun perangai mummy yang tidak restu hubungan kita, dia tetap mummy abang yang lahirkan abang dan jaga abang sampai abang besar," kata Hanah.

Rasa bersalah kerana menipu gadis ini semakin menguasai diri Jungkook. Hati Hanah terlalu suci. Dia redha dengan apa yang terjadi walaupun terpaksa ditinggalkan sekalipun.

Jungkook mengeleng berkali-kali lalu tubuh Hanah terus dipeluknya lagi.

"Hanya Allah saja yang tahu betapa abang betul-betul cintakan Hanah. Sampai bila-bila pun abang takkan tinggalkan sayang. Tu janji abang.."

***

"Tae, aku nak kau tolong aku," kata Deana sambil meneguk latte dihadapannya. Oleh kerana masalah dia, dia terpaksa mengajak Taehyung ke cafe untuk membincangkan sesuatu dengan lelaki itu.

"Tolong apa?" soal Taehyung.

"Aku nak kau jauhkan Jungkook dengan Hyuri. Jungkook kena bertanggungjawab dengan baby dalam kandungan aku ni."

Taehyung mengeluh berat. Betul kata Jungkook, Deana selalu mendesak dia untuk bertanggungjawab.

"Deana.. walau apa jua sekalipun, kau takkan dapat Jungkook. Hyuri sendiri tu pun belum pasti lagi akan dapat Jungkook ke tak. Jungkook dah tak sama dengan kita lagi, Deana." Jelas Taehyung. Deana mengerutkan dahi hairan.

"What do you mean?"

"Jungkook dah convert masuk Islam sebelum dia datang sini lagi. Dia juga dah kahwin dengan orang Islam."

"What?"

"Jungkook has many problems. And aku tak nak kau tambah-tambahkan lagi masalah dia. Aku kesiankan dia."

Deana terdiam. Dia mengeleng tidak percaya. Jimin masuk Islam. Jungkook pun masuk Islam juga? Tak mungkin!

"No way!"

"Kita yang salah! Kita tak sepatutnya paksa dia minum malam tu. Kita juga tak patut tarik dia terjun dalam neraka sekali dengan kita."

"Apa yang kau merepek ni, Taehyung?"

"Sorry, Deana. Tolong lepaskan Jungkook. Biar dia selesaikan masalah dia dengan Hyuri dan isteri dia. Kau sepatutnya nak kembangkan masalah dia lagi. Cukuplah setakat kau mengandungkan anak dia saja yang buat dia serabut."

Deana berdecit. Ini tak boleh jadi! Jungkook tak boleh buat dia begini. Kenapa baru sekarang dia tahu lelaki itu beragama Islam? Bagaimana dengan kandungannya?

"T..tak mungkin. Kau tipu aku kan, Taehyung?" bergetar saja suara Deana tatkala matanya sudahpun berkaca.

"Jungkook sendiri yang bagitahu aku. Aku tak pastilah info ni betul ke tak sebab tuan punya badan sendiri yang beritahu," jawab Taehyung.

"Hell no! Jungkook kena bertanggungjawab juga! Aku tak kira!" bentaknya sambil air matanya juga sudahpun berlinangan. Beg tangannya terus dia ambil dan berjalan pergi dari situ.

"Hey, Deana! Kau nak pergi mana tu?" jerit Taehyung tetapi tidak diendahkan wanita itu. Deana berjalan pergi tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

***

Kedua-dua belah jarinya menyentuh wajah Hanah yang dibasahi air mata.

"Sudah-sudahlah tu menangis. Abang pergi pejabat dulu. Abang akan balik pula petang nanti. Cuma malam saja.." kata-kata Jungkook terhenti.

Hanah sedaya upaya tersenyum bagi tidak menunjukkan kelemahannya di hadapan Isyraf. Air mata yang mengalir juga dia seka dengan pantas.

"Hanah faham, abang. Abang baliklah rumah mummy malam ni. Hanah takut sebab Hanah, hubungan abang dengan mummy hancur nanti."

Terus Jungkook memeluk tubuh Hanah. Dahi wanita itu dikucupnya lembut.

"Tak.. Sayang tak salah pun. Ini takdir kita. Kita kena redha. Maaf kalau abang tak dapat jadi suami yang terbaik untuk sayang," kata Jungkook sambil menunduk.

"Setiap hari Hanah redha. Redha dengan semua takdir dalam hidup Hanah sejak dari kecil lagi. Dan Hanah rasa, abang dah cukup baik dalam hidup Hanah. Abang dah banyak bahagiakan Hanah."

Jungkook mengusap lembut pipi Hanah sambil tersenyum kelat.

"Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu Auntie Soo saja. Kalau sayang nak keluar pun, abang izinkan. Tapi jangan pergi tempat yang tak senonoh macam kelab tu sudah," pesan Jungkook.

"Aish abang ni. Takkanlah Hanah nak pergi ke neraka tu.."

Jungkook menunduk. Senyuman kelat masih terukir di bibirnya.

Neraka tu jugalah rumah untuk syaitan seperti abang ni.. Gumamnya dalam hati.

"Nah.." Jungkook menghulurkan Hanah sekeping kad.

"Apa ni?"

"Kad kreadit abang. Kalau Hanah perlukan duit ke apa, jangan segan nak guna duit dalam tu. Gunalah banyak mana sayang nak guna pun, abang tak kisah."

"Tapi.. ni duit abang.." Hanah menundukkan wajahnya. Lantas tangan Jungkook memegang dagunya dan mengangkat wajah Hanah untuk memandang dia.

"Sayang kan isteri abang. Duit abang pun duit sayang juga. Apa guna kalau kita suami isteri tapi tak nak berkongsi? Sharing is caring, right?"

Hanah mula tersenyum manis. Isyraf terlalu sayangkan dia. Tapi dia saja yang tidak tahu disebalik kasih sayangnya, ada terselit dosa besar yang dilakukan di belakang Hanah.

"Terima kasih, abang.."








++++

Korang kesian tak dengan Hanah dan Jungkook ni? 😢







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro