Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39 : Beautiful Kiss


Jungkook memasukkan semua pakaian Hanah ke dalam bagasi. Hanah yang baru tiba di situ mengerutkan dahi hairan. Apa kes pula Isyraf ni?

"Kenapa abang kemas baju Hanah?"

Jungkook mengangkat wajah dan memandangnya. Dia tersenyum manis. Terus saja Isyraf bangun dari duduknya dan mendekati Hanah yang berada di permukaan pintu. Pinggang isterinya itu terus dirangkul.

"Kita pindah nak tak, sayang?" soal Jungkook.

"Pindah? Pindah mana?"

"Mummy abang sebenarnya dah lama hadiahkan abang rumah. Dia nak abang dengan isteri abang tinggal dekat sana bila abang dah kahwin nanti. Now, I'm married and you're my wife. So, we have to move."

Jungkook menundukkan sedikit badannya untuk menyamakan ketinggiannya dengan Hanah. Wajahnya didekatkan dengan Hanah sehingga hidung mereka bersentuhan. Terus saja Hanah mengundurkan wajahnya bila pipinya mula membahang merah.

Tetapi lain pula bila Isyraf yang mendekatkan lagi wajahnya dengan Hanah.

"Apa ni, Isyraf?" soal Hanah sambil wajahnya ditundukkan sehabis baik. Tangannya juga menolak perlahan dada Isyraf agar menjauh darinya. Tetapi gagal kerana Isyraf mengeraskan badannya.

"Can I kiss you?" soal Jungkook membuatkan Hanah terus memandang mata suaminya. Pipinya juga semakin bertambah merah. Dia mengetap bibir, tidak tahu apa perlu dia jawab. Pinggangnya juga dipeluk semakin kemas oleh Isyraf.

"No need to be shy shy, sayang. Macamlah kita berdua tak pernah kiss? Kita berdua kan selalu kiss kiss and sweet sweet gitu? Aumm.."

"Isyraf!"

Hanah mula mengalirkan air mata. Sumpah dia tak tahan lagi dengan Isyraf yang suka sangat menyakat dia.

"Eh eh tak. Janganlah nangis." Isyraf terus mengelap air matanya yang semakin laju mengalir menggunakan jari.

"Janganlah buat saya macam ni.."

"Lepas tu nak buat macam mana lagi? Kalaulah hati ni boleh cabut, dah lama abang cabut hati kita berdua dan cantumkan bersama. Bolehlah sayang lihat betapa hebatnya cinta Isyraf kepada Hanah seperti cinta Adam kepada Hawa," kata Isyraf sambil mendekatkan lagi wajahnya dengan Hanah sehigga hidung mereka bersentuhan sekali lagi.

Hanya Allah saja yang tahu betapa cairnya hati Hanah. Pandai betul Isyraf menyusun ayat sehingga menusuk kalbu. Hanah hanya mampu berdiam diri dan mencebik. Macamlah dia boleh lawan dengan kemanisan Jungkook ini. Dia sendiri pun sudah terasa tulang dan segala sendinya semakin mencair.

"Sayang.. abang serious ni. Abang nak kiss sayang boleh tak? Don't worry and don't be scared. It's aumm aumm gitu. Aumm.." pinta Isyraf sambil tersengih nakal.

Gila betul Isyraf ni!

***

Puan Janna, ibu Jimin, mengintai anak tunggalnya yang sedang bercakap dengan seseorang dalam talian melalui sedikit bukaan pintu yang tidak tertutup rapat.

"Semua orang kat sana sihat?"

"Alhamdulillah abang dengan mummy pun sihat kat sini. Kami pun ingat nak balik Malaysia juga nanti."

"In syaa Allah lepas semua kerja abang kat sini selesai, abang balik."

"Nanti abang balik, abang dengan mummy akan terus masuk meminang Wardha ye?"

Kedengaran gelakan kecil dari Jimin. Puan Janna yang berada di balik pintu itupun sudah tersenyum manis. Nasib baik dia juga sedikit sebanyak dapat memahami Bahasa Melayu. Itupun kerana Jimin yang kerap menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturannya sepanjang dia berada di sini.

Akhirnya dapat juga dia melihat Jimin bahagia sebegini. Sejak anaknya itu tinggal bersama dia, jarang sekali dia melihat Jimin bahagia sebegini.

Pintu bilik yang sedia tidak tertutup rapat itu Puan Janna tolak perlahan sehingga terbuka luas. Dia tersenyum manis melihat Jimin yang masih bercakap melalui talian dengan Wardha.

"Okay, Wardha. Mummy abang datang ni. Nanti abang call balik, okay? Bye, assalamualaikum," kata terakhir Jimin kepada Wardha sebelum mematikan panggilannya.

"Yes, mummy?" soal Jimin sambil matanya beralih kepada Puan Janna. Telefonnya tadi diletakkan di sebelahnya.

Puan Janna mendekati Jimin dan mengambil tempat di sebelahnya, di atas katil.

"Mummy tak sabar nak jumpa Wardha, bakal menantu mummy tu. Lambat lagi ke Raez nak masuk meminang dia?" soal Puan Janna dengan lembut membuatkan Jimin tersenyum malu.

"Insyaa Allah secepat mungkin. Tapi selepas semua masalah dekat sini selesailah. Sebab Raez tak nak terbawa masalah sekarang ni dalam perkahwinan Raez dengan Wardha nanti."

"Masalah apa? Isyraf?"

Jimin sekadar mengangguk bagi mengiyakan soalan Puan Janna.

"Walaupun dia tak sepatutnya jadi masalah Raez, tapi Raez tak sanggup nak tengok dia terus hanyut macam tu aje. Pengislaman dia hari tu pun dah pun bagi kejutan dekat Raez sampai Raez tak sanggup lagi datang ke kelab. Tapi bila dia pula yang lalai, takkanlah Raez nak tengok saja," jelas Jimin.

Puan Janna mengangguk faham. Dia sudah tahu kisah Jungkook ini selepas diceritakan Jimin tempoh hari. Dia sendiri pun tak sanggup melihat Jungkook yang terus bersikap kejam di belakang isterinya.

"Raez... Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dulu pun sanggup pertaruh nyawa demi menegakkan Islam, takkanlah Raez yang mahu menarik Isyraf itu ke syurga pun tak mampu? Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting, kita kena yakin," kata Puan Janna sekadar memberi nasihat kepada anak tunggalnya.

Jimin tersenyum manis.

"Insyaa Allah, Raez akan buat yang terbaik. Lagipun Raez dah nampak perubahan Isyraf semalam. Dia dah nampak menyesal sangat. Tapi itulah, entah berapa harilah dia nak menyesal. Kalau menyesal buat selama-lamanya, tak apalah juga. Takut cuma setakat dua, tiga hari aje."

Puan Janna tergelak kecil.

"Raez kena yakin yang Allah tu maha segala-galanya. Dia akan beri peluang kepada seseorang yang berniat baik. Yang penting, nawaitu dalam hati ni."

Puan Janna menunjukkan jarinya pada dada Jimin.

"Thanks mummy for advice," kata Jimin lalu terus memeluk tubuh Puan Janna. Puan Janna membalas pelukannya.

"Anything for you, Raez."

***

Kereta Porsche 911 GT3 berwarna merah berkilat diberhentikan di hadapan sebuah banglo mewah. Hanah terkaku melihat rumah ini.

"Abang, ni rumah siapa?"

"Rumah kitalah."

"Rumah yang mummy Soojin bagi tu ke?"

"Yes," Jungkook tersenyum memandang Hanah. Tali pinggang keledar dibuka.

"Tak apa ke Hanah tinggal kat sini? Mummy abang dah tahu ke hubungan kita?" soal Hanah kali ini membuatkan Jungkook terdiam. Kemudian, dia mengeleng perlahan.

"Abang.. belum bagitahu dia."

"Kenapa?" Jungkook memandang wajah Hanah yang meminta penjelasan.

"Abang tak ready nak bagitahu lagi hari tu. But, don't worry! Sebab sayang dah ada kat sini, abang akan beranikan diri juga untuk bagitahu pada semua orang tentang kita," jawab Jungkook sambil tersenyum.

Memang itu niatnya. Dia tidak mahu berahsia lagi. Dia perlu jujur kepada semua orang yang dia sudahpun memeluk Islam dan berkahwin dengan Hanah. Dia tidak sanggup lagi untuk menanggung masalah seterusnya. Cukuplah setakat Deana yang terakhir memberi masalah kepada dia.

"Abang.. ada hubungan lagi dengan Hyuri?" soal Hanah kali ini membuatkan Jungkook sekali lagi terdiam. Kini agak lama.

Ya Allah, apa perlu aku jawab? Gumamnya dalam hati.

Lantas kepalanya digeleng berkali-kali.

"Abang dah putus dengan dia. Lagipun Hyuri tu sudah berkahwin dengan orang lain. Siap dah ada anak lagi dengan suami dia," tipu Jungkook.

Dalam hatinya berkali-kali dia menuturkan kata maaf. Dia terpaksa menipu Hanah tentang Hyuri kerana tidak mahu Hanah terfikir perkara yang bukan-bukan mengenai dia dengan Hyuri nanti.

"Maafkan, Hanah.." Mengendur saja suara Hanah disaat menuturkan kata maaf.

"Kenapa minta maaf?"

"Sebab Hanah, abang tinggalkan Hyuri."

Jungkook tergelak kecil.

"Sayang tak salah pun. Jodoh abang dengan Hanah, bukan dengan dia. Lagipun abang tahu yang Hanah adalah orang yang terbaik dalam hidup abang selain mummy," kata Jungkook.

Hanah hanya menunduk. Sedikit sebanyak dia terasa bersalah dengan kehadiran diri dia dalam hidup Isyraf.

"Dah dah jom keluar," kata Jungkook lagi lalu membuka pintu keretanya dan keluar.















++++

Bagaimana dengan Hyuri dan Deana? 🌚

I'm back babehh!! 😘 Pinaleh, abang aku dah sambung balik wifi so aku tak payah nak keraskan mata untuk update pukul 2am lagi 😂

Btw, Happy New Year! Selamat bersekolah ye adik-adik! Belajar rajin-rajin tau? Jangan sia-siakan pengorbanan mak dengan ayah 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro