37 : Wake Up
"Let's celebrate our Jungkook, guys!" kata Taehyung lalu melagakan gelas wine dengan beberapa orang staff di dalam syarikat I'Rylie'z ini.
Jungkook hanya terdiam memandang Taehyung sedang berseronok dengan yang lain. Begitu juga dengan Jin yang turut berada sekali. Hyuri tidak dapat bersama mereka hari ini kerana mahu menghabiskan masa dengan Yeonra di rumah memandangkan sudah jarang dia menjaga budak itu.
Jungkook sudah tidak sanggup untuk meminum minuman itu lagi. Disebabkan minuman itulah dia terperangkap dalam masalah yang lain iaitu Deana. Sudahlah masalahnya dengan Hyuri tidak selesai lagi, kini Deana pula yang tidak habis-habis mendesaknya untuk bertanggungjawab.
"Apa ni Jungkook tengok saja? Let's try it." Jin menghulurkan Jungkook segelas wine yang baru dituangnya.
"Sorry.. Ni waktu kerja. Nanti aku mabuk susah pula aku nak buat kerja nanti," kata Jungkook memandangkan sekarang ini ialah waktu rehat tengah hari.
"Alaa sikit saja. Lepas tu minumlah coke,"
Jungkook mengeleng perlahan.
"Aku yang bos dekat sini. Apa kata pelanggan kalau dia tahu pemilik I'Rylie'z ni seorang pemabuk? Mummy aku pun turut mendapat malu tau?"
Jin berdecit lalu meletakkan semula gelas di atas meja kaca yang berada di hadapannya. Kalau di club boleh juga dia memaksa Jungkook. Tetapi sekarang, dia tidak berani berbuat demikian memandangkan tempat ini adalah milik keluarga Jungkook.
Tiba-tiba pintu bilik itu ditolak kasar dari luar. Semua orang terkejut dan memandang kelibat Jimin yang menerpa masuk dengan wajah yang sedang menahan marah.
"Jimin?" Taehyung mengerutkan kening hairan.
"Jungkook!" jerit Jimin lalu mendekati Jungkook.
Kolar baju Jungkook terus dia pegang kemas lalu satu tumbukan padu dihadiahkan di pipi Jungkook.
"Woi apa ni Jimin?" jerit Taehyung lalu terus memegang kedua-dua belah tangan Jimin. Takut pula dia kalau lelaki itu terus memukul Jungkook. Manakala Jungkook pula menyentuh bibirnya yang sedikit mengalirkan cecair pekat yang berwarna merah.
Jin bersama beberapa orang staff lain membantu Jungkook yang sudahpun menundukkan badan, menahan sakit.
"Kau tahu tak kau ni syaitan, Jungkook? Kau lebih teruk dari dulu! Kau teruk sangat! Kau tipu semua orang tentang diri kau yang sebenar! Kau munafik!"
Amarah Jimin dihamburkan dalam Bahasa Melayu membuatkan semua orang di sini terpinga-pinga, tidak faham apa yang dikatanya. Nasib baiklah Jungkook saja yang dapat faham.
"Kau tahu tak apa dosa bila setitis arak, minuman jijik tu masuk ke dalam badan kau? Kau tahu tak apa dosa membazir masa? Dosa membazir duit semata-mata nak ke club? Dosa bermaksiat? Dengan perempuan yang berlainan agama pula tu! Dosa kau yang hilang tanggungjawab sebagai seorang suami? Dosa kau kepada Tuhan? Kau tak tahu ke semua tu?" soal Jimin bertubi-tubi membuatkan Jungkook mengangkat muka dan memandang wajah Jimin.
Pergerakannya seperti kaku untuk bangkit dan melawan Jimin. Kerana dia tahu apa yang dikatakan Jimin itu adalah benar. Cuma dia saja yang salah sebelum ini.
"Dulu aku cuba tarik kau keluar dari neraka ni tapi kau tak nak. Kau marah aku sebab aku cuba masuk campur urusan kau. Niat aku sebagai sahabat kau hanya untuk tengok kau jadi Isyraf. Itu saja. Sebab aku tak nak tengok Jungkook yang perangai tak ubah macam syaitan ni buat kau jadi hancur. Tapi.. kau tak nak. Kau terlalu lemah.."
Semua orang di sini hanya terdiam. Pertama, mereka tidak tahu apa masalah mereka berdua. Kedua, mereka tidak faham sepatah perkataan pun dalam kata-kata Jimin. Mereka kini umpama tikus pandang besi.
"Kau melampau, Jungkook. Kau tipu semua orang. Kau mengandungkan Deana. Kau tinggalkan Hanah yang sudah tujuh bulan mengandungkan anak kau. Apa ni? Kau ingat perempuan ni hamba lelaki?"
Jungkook tergamam mendengar kata-kata Jimin.
"Hanah mengandung?" soal Jungkook sambil mengerutkan kening tidak percaya.
"Tu lah yang bodohnya kau. Bini sendiri mengandung pun tak tahu. Lain kali minumlah arak tu lagi. Biar kau sendiri mati pun kau tak sedar! Tak faham ke yang Hanah tu sanggup datang sini semata-mata nak cari suami dia yang tinggalkan dia sebab perempuan lain."
Tangan Jin dan staff yang memegang Jungkook itu terus dia tepis lalu menerpa ke arah Jimin. Kedua-dua belah bahu Jimin digenggam erat.
"Hanah dekat mana sekarang?" soal Jungkook dengan nada yang mendesak. Jimin tersenyum sinis.
"Aku ingat kau dah lupakan dia."
"Bagitahu sekarang mana dia?" soal Jungkook lagi.
Jimin melepaskan keluhan berat. Tangan Taehyung yang memegang kedua-dua belah tangannya ditepis kasar sehingga terlepas. Tangan kanannya menyeluk poket jeans yang tersarung di kakinya. Nota kecil yang tertulis tempat tinggal Hanah dihulurkan kepada Jungkook.
"Aku faham masalah kau dengan Hyuri. Tapi walau apa jua sekalipun, kau kena lepaskan salah seorang dari mereka. Sama ada Hanah ataupun Hyuri. Kau tak boleh nak jaga mereka berdua sekali gus. Semuanya bergantung pada kau. Kau sendiri perlu pilih nasib kau samaada dengan Hanah atau Hyuri," kata Jimin lagi.
Ada betulnya Jimin berbuat demikian. Semuanya demi menyedarkan Jungkook.
"So, I wish you good luck in choosing your way. Aku pergi dulu. Bye!" Jimin menepuk berkali-kali bahu Jungkook sebelum beredar pergi dari situ.
Jungkook hanya terkaku. Nota itu selamat berada dalam genggamannya. Betul kata Jimin, dia yang bodoh. Tinggalkan isteri sendiri semata-mata untuk orang lain. Kini semakin banyak pula masalah yang datang kepada dia.
"What happened, Jungkook?" soal Taehyung kepada Jungkook.
"Yes, what happened? Kenapa kau tak lawan dia?" soal Jin pula dalam Bahasa Korea. Jungkook mengeleng perlahan.
"Nothing.." itu sahaja yang dibalas Jungkook. Dia tidak mahu mereka semua menghasut fikirannya dengan cara lain pula. Bukannya dia kenal Jin dan Taehyung tu sebulan dua bulan saja, tetapi sudah bertahun-tahun dia kenal.
***
•
•
•
Jungkook menatap wajahnya di hadapan cermin. Nasib baiklah rambutnya yang berwarna merah atas permintaan Hyuri itu sudah luntur. Mungkin kerana dia sengaja menggunakan pewarna rambut yang tidak kekal.
Baju t-shirt hitam berlengan pendek dia sarungkan di tubuh. Kemudian dia mencapai pula sweater Gucci berwarna violet dan disangkutkan pada bahu kanannya. Kacak sungguh Muhammad Isyraf Al-Firash. Sudahlah rupa paras pun ada, bergaya pula tu. Siapa saja yang tak cair bila melihatnya.
Kemudian, kunci kereta dicapai sebelum membuka pintu bilik. Langkahnya mati apabila melihat Hyuri kini berada di hadapannya.
"You nak pergi mana ni?"
"Ermm.. I ada kerja sikit. I kena pergi sekarang."
Lalu langkah Isyraf mengorak melintasi Hyuri yang termanggu-manggu di situ. Niat Hyuri untuk memberitahu Jungkook sesuatu terus terbantut.
"Jungkook.. Yeonra demam.." katanya perlahan. Namun tidak didengari Jungkook apabila dia kini sudahpun berada di tangga bawah. Cepat betul dia berjalan. Tahulah tinggi!
"Tak apalah. Biar aku sajalah yang bawa Yeonra jumpa doktor," kata Hyuri lagi.
***
Jungkook memandang pintu apartment di hadapannya. Nota kecil yang diberi Jimin tengah hari tadi dipandang sekilas. Dah betul ini adalah apartment yang Hanah tinggal.
Sungguh dia rindukan Hanah. Rindu yang teramat. Tetapi adakah Hanah akan terima dia semula selepas lama tinggalkan dia?
Jam di tangan dia pandang sekilas. Sudah pukul 9.30 malam. Kata-kata Jimin tengah hari tadi yang mengatakan dia terlalu lemah itu bermain di fikiran Jungkook kembali. Sesekali dia terasa tercabar dengan kata-kata itu.
"Kau kena kuat, Isyraf.."
Loceng ditekan. Tiada jawapan. Loceng ditekan lagi.
Perlahan-lahan pintu apartment itu dibuka dari dalam. Wajah Hanah terpancul di hadapan mata Jungkook.
"Abang!" terus sahaja tubuh Jungkook dipeluk Hanah.
Jungkook terkaku dengan tindakan isterinya. Dia fikir Hanah akan membencinya tetapi dia salah. Betul kata Jimin, Hanah setia menunggu dia. Dia saja yang bodoh tinggalkan perempuan itu.
Air matanya mula bergenang. Lagi-lagi bila melihat perempuan ini yang sanggup berkorban untuk mencari dia dalam keadaan yang sarat mengandung. Bagi tidak menunjukkan kelemahan diri, lantas Isyraf menyeka air matanya sendiri tanpa pengetahuan Hanah.
Dia langsung tidak membalas pelukan Hanah sebaliknya tangannya yang mula mengangkat Hanah, membawa perempuan itu masuk ke dalam. Pintu apartment ditutup dengan kaki dan langkahnya diajukan ke bilik.
"Apa abang buat ni?"
"Aish beratnya," rungut Jungkook perlahan, tidak menjawab soalan Hanah.
"Memanglah berat! Siapa suruh angkat ha? Turunkanlah!" jerit Hanah tetapi tidak dihiraukan lelaki itu.
Setibanya mereka di dalam bilik, tubuh Hanah dibaringkan dengan perlahan di atas katil. Manakala Jungkook pula berada di atasnya. Hanah membulatkan mata dengan tindakan Jungkook. Tidak sangka lelaki itu akan bertindak sedemikian.
Segenap wajah Hanah diperhatikan sambil tersenyum manis. Namun, ianya amat seram bagi Hanah.
"Sayang.." panggil Isyraf dengan suara yang agak manja lalu mengusap perlahan pipi Hanah. Hanah tidak bersuara dek berdebar dengan tindakan Isyraf yang luar jangkaannya. Lelaki ini sudah kena sampuk ke apa?
"Maafkan, abang.. Abang kejam.." kata Jungkook sambil menggigit bibir bawahnya. Dia sedaya upaya menahan air mata dari jatuh.
"Abang.." kata-kata Hanah dipotong Jungkook,
"Abang cintakan Hanah saja.." lalu bibir wanita itu terus diciumnya tanpa meminta izin. Ciuman seikhlas hati diberikan.
Hanah yang terkaku dengan tindakan drastik Jungkook itu hanya membiarkan sahaja lelaki itu menciumnya. Jantungnya umpama terhenti. Dia sendiri pun terkejut dan hairan dengan Isyraf. Kenapa dia pelik sangat? Kata-kata maafnya tadi seperti terselit dosa-dosa lain.
++++
Anda yakin Jungkook akan berubah sepenuhnya? 🌚
Nah double update lagi! Sebab aku eksaited sangat nak update chapt ni hehehe harap readers bahagia dengan kambek Isyraf kali ni :')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro