36 : Finding Jungkook
Saia reply comments kat chapt lepas sekarang ye? Maaf aku tertidur tadi tu pasal lambat sikit HAHAHA
——————————————
Pintu apartment Hanah buka. Akhirnya dia tiba juga di Korea. Alhamdulillah kerana sepanjang perjalannya ke sini, tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.
Bagasi ditarik masuk sebelum pintu ditutup semula. Hanah menjejakkan kaki ke dalam apartment yang boleh tahan mewahnya.
Setelah mengemas barang-barang ke dalam almari yang sudah tersedia di situ, Hanah terus mandi dan menunaikan solat Isyak memandangkan sekarang adalah waktu malam.
***
Hanah menatap gambar-gambar lama sewaktu dia bersama Isyraf dulu di dalam telefon. Sungguh dia rindukan lelaki itu.
"Mana abang pergi?" soalnya sendirian.
Air matanya mengalir perlahan. Dia rindukan Isyraf. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya bila ditinggalkan suami sendiri semasa sedang mengandung. Anak pertama pula tu. Entah kemanalah dia perlu mencari lelaki itu. Asal usul Isyraf yang dia tahu pun tidak jelas.
"Oh ye!" lantas Hanah mengesat air matanya bila fikirannya tiba-tiba terlintas nama seseorang.
Nombor telefon Jimin yang diberi Wardha tempoh hari yang berada dalam beg tangannya diambil. Terus dia mendail nombor itu. Dia harap sangat agar Jimin dapat membantu dia untuk mencari Isyraf. Mungkin saja lelaki itu tahu dimana Isyraf berada.
"Hello?" soal Jimin melalui talian.
"Assalamualaikum, Raez. Ini Hanah." Hanah memberi salam memandangkan Jimin ini sudahpun memeluk Islam.
"Waalaikumussalam, Hanah!" jawab Jimin dengan teruja.
"Ma..macam mana dapat nombor saya?" soal Jimin. Hanah tersenyum manis di balik talian. Jimin ni boleh tahan ramahnya.
"Wardha yang bagi. Ermm Jimin.. Boleh kita jumpa esok? Ada hal penting saya nak bagitahu," kata Hanah.
"Eh? Hanah duduk kat Korea ke sekarang ni?"
"Ha'ah, saya ada dekat Busan sekarang."
Di Busan dia tuju kerana dia tahu tempat itu adalah kampung halaman Jungkook. Mesti Jungkook pun ada di tempat ini juga.
"Ha eloklah tu. Saya pun kat Busan juga sekarang ni. Nak jumpa dekat mana?"
"Ermm awak rasa tempat mana okay? Maaflah saya tak tahu sangat nama tempat dekat sini."
"Ouh lupa.." Jimin tergelak kecil.
"Sun Cafe? Boleh?"
"Okay.." Hanah mengiyakan saja walaupun dia sendiri pun tak tahu dimana tempat itu. Tak apalah kerana dia boleh saja naik teksi. Takkanlah teksi pun tidak tahu tempat itu juga.
"By the way, awak nak jumpa saya sebab Isyraf ke?" soal Jimin lagi seperti sudah tahu apa tujuan Hanah mahu bertemunya.
"Ha'ah.. Awak tahu kat mana dia?"
Jimin melepaskan keluhan berat di balik talian. Kesian Hanah.
"Tak apalah kita cakap esok sajalah. Panjang sangat cerita dia."
"Hmm okaylah. Jangan lupa datang tau,"
"In syaa Allah," jawab Jimin sambil tersenyum. Panggilan dimatikan oleh Hanah. Jimin meletakkan telefon bimbitnya di sebelah lalu menyembankan tubuh di katil.
"Jungkook.. Jungkook.. Isteri kau sanggup datang sini semata-mata nak cari kau. Tapi kau? Hmnn.. aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi," gumam Jimin perlahan apabila mengenang kisah Jungkook.
***
•
•
•
"This is my son, Jeon Jungkook. So now I'll give all my power to him. He will be the owner of this company and also will keep this company safely. So, please show your respect to the new owner."
Semua staff di dalam pejabat itu menunduk hormat kepada Jungkook manakala Puan Soojin pula menepuk-nepuk bahu Jungkook dengan bangga. Nasib baiklah dia sudah boleh keluar dari hospital semalam. Jadi hari ini dia terus datang ke sini untuk memperkenalkan Jungkook kepada semua pekerja di sini.
"Nice to meet you, Mr. Jeon. I'm your secretary, Kim Namjoon."
Seorang lelaki yang bertubuh tinggi tinggi lampai memperkenalkan dirinya kepada Jungkook. Jungkook hanya membalas dengan senyuman.
"And I am the CEO of this company, Jung Ho Seok."
Lelaki bersut putih yang sedia berada di situ dari tadi lagi, memperkenalkan diri.
"I'm glad to see you all," jawab Jungkook sambil tersenyum.
"Okay, Jungkook. Mummy serahkan semuanya hari ni. Jaga baik-baik tau? Sebab company ni lah kita boleh hidup senang. Mummy pun dapat besarkan Jungkook juga sebab company ni lah. Please be nice to everybody," kata Puan Soojin lalu dibalas anggukan oleh Jungkook.
"I'll try my best,"
"Mummy pegang kata-kata tu,"
Jungkook tersengih kecil.
"Don't worry, mummy. Jungkook akan buat apa saja yang mummy suruh."
***
•
•
•
Jimin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Masalah yang menimpa Jungkook seperti dia pula yang perlu tangani. Dia tidak tahu pula yang Jungkook tinggalkan Hanah dalam keadaan mengandung macam ni
"Dah berapa bulan baby?"
"Tujuh bulan. Tujuh bulan juga Isyraf tak balik-balik," jawab Hanah sambil menunduk sedih.
"Dia dah tahu?" Hanah hanya mengeleng perlahan.
"Saya call dia tapi tak jawab. Chat pun tak reply. Saya risau. Takut dia ada apa-apa dekat sini. Tu sebab saya datang sini cari dia," jawab Hanah.
Bodoh kau Jungkook. Boleh kau curang dengan isteri yang setia macam Hanah? Sudah tujuh bulan dia tunggu kau dalam keadaan mengandung pula tu. Sedangkan kau? Tidak habis-habis buat maksiat dengan betina lain. Kata Jimin dalam hati.
Jimin hanya mampu menyimpan kemarahan dalam hati. Geram betul dia dengan Jungkook. Langsung tak hargai yang Allah sudah hadirkan Hanah dalam hidup dia. Jimin melepaskan keluhan berat.
Dari semalam lagi dia sebenarnya berhajat mahu memberitahu perkara sebenar kepada Hanah. Tetapi bila difikirkan balik, lebih baik dia rahsiakan dulu.
Bukan apa, perempuan itu sedang mengandung sekarang. Bagaimana kalau dia tahu perangai sebenar Jungkook yang sudah seperti syaitan bertopengkan manusia? Hati perempuan mana tidak terluka bila melihat suaminya sendiri tidak ubah seperti orang yang telah murtad?
"Ermm Raez? Awak mesti tahu mana Isyraf sekarang kan?" soal Hanah membuatkan Jimin memandangnya.
Jungkook perlu diajar. Hanah sanggup datang ke sini dalam keadaan sarat mengandung. Tapi dia? Sedang berseronok dengan Hyuri adalah. Ini tak boleh jadi!
"Macam ni lah, awak bagi saja alamat tempat tinggal awak sekarang. Biar saya sendiri yang bawa Isyraf kepada awak," kata Jimin, tidak menjawab soalan Hanah.
Hanah yang sudah faham dengan kata-katanya itu terus mengeluarkan nota kecil dari beg tangannya. Nama apartment yang dia tinggal dia tulis berserta dengan tingkat dan nombornya sekali. Kertas itu diserah kepada Jimin.
Crystal Apartment
Floor 3
1032
Jimin membaca nota kecil itu sekilas sambil mengangguk perlahan. Kemudian, kertas itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Awak tak payah susah nak cari dia lagi. You just need to rest. Jaga kandungan. Jangan buat kerja berat sangat. Pasal Jungkook.. I mean Isyraf, nanti saya bagitahu dia," nasihat Jimin.
Hanah tersenyum manis. Jimin sangat mengambil berat orangnya walaupun dia dan Hanah tidak mempunyai apa-apa pertalian selain seorang sahabat. Tapi sikap baiknya itu mampu membuatkan semua orang menyukai dia.
"Terima kasih, Raez.. sebab sudi tolong saya. Kalau ada apa-apa pasal Isyraf jangan lupa call saya."
Jimin turut tersenyum manis juga. Hanah jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan Hyuri dan Deana. Dia jauh lebih sopan dan lemah lembut berbanding dengan mereka berdua yang hanya tahu mensia-siakan zaman muda. Kerja pun tidak, hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa saja.
"No problems. Lagipun kita kan kawan. Kawan yang baik akan tolong kawan dia ke arah jalan yang baik. Bukan tolong menjahanamkan kawan dia sendiri," jawab Jimin yang memaut seribu maksud tersirat membuatkan Hanah hanya tergelak kecil.
Jimin bukan seperti Taehyung dan Jin yang suka memaksa Jungkook untuk terus hanyut ke neraka bersama mereka. Tetapi hanya Jimin sajalah yang sedaya upaya menarik Jungkook keluar dari api neraka itu. Tapi itulah bila Jungkook tu pula yang keras hati. Susah! Bukan dia yang mahu tunjuk baik, tetapi dia kesiankan Hanah yang tidak pernah jemu menunggu suaminya itu untuk pulang.
++++
Maaf, dah tak tahu nak bagi soalan apa lagi 😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro