Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34 : Yeonra

"Uwek! Uwek!"

"Yes.. yes.. Okay, I'll be there,"

Kedengaran suara tangisan Yeonra dari bilik atas memeranjatkan Puan Soojin yang sedang bercakap dengan seorang staff pejabatnya.

"Iye sayang!"

Panggilan tadi dimatikan. Langkahnya terus menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila jantungnya terasa sakit. Dia memegang jantungnya.

"Uwek! Uwek!" tangisan Yeonra dari tingkat atas kedengaran lagi.

"Ahh.." jerit Puan Soojin perlahan sambil merintih kesakitan. Tubuhnya akhirnya jatuh terjelopok ke lantai.

"Mrs. Jeon!" jerit salah seorang dari pembantu rumahnya. Dia berlari mendapatkan Puan Soojin.

***

"We don't think she's stable now. She's always screaming all night. We are trying to do our best to make her feel calm," jelas seorang doktor Inggeris kepada Jin. Jin mengangguk perlahan tanda faham.

"Can I see her?"

"Sure you can."

Doktor itu tersenyum lalu membuka pintu bilik yang menempatkan seorang perempuan. Jin melangkah masuk ke dalam. Setelah pintu itu ditutup rapat semula, dia mendekati wanita itu.

Wajah wanita itu dibelai lembut memandangkan dia sedang nyenyak tidur. Perlahan-lahan wanita itu membuka kelopak matanya. Segera dia bangun dari baringan dan memandang tajam kearah Jin.

"K..kau?" soalnya kasar dalam Bahasa Korea.

"Yeoreum.. tenang.." ujar Jin lembut bila wanita yang bernama Yeoreum itu mula mencapai pisau buah di sebelahnya dan dihalakan pada Jin.

"Mana anak aku?" soal Yeoreun dengan mata yang dicerlung tajam.

"Anak kita ada. Dia selamat. Jangan risau," jawab Jin sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya agar dapat menghentikan tindakan Yeoreum yang mengacah untuk membunuhnya itu.

"Awak jual anak kita, Jin. Lepas tu sekarang, awak masukkan saya dalam hospital mental. Saya tak gila lah! Saya cuma nak anak saya semula tu saja!"

Yeoreum mula meletakkan semula pisau tadi ke dalam pinggan yang turut berada di sebelah. Nasib baiklah dia berjaya mengawal perasaannya. Jin pula hanya terdiam.

Ya memang ini semua salah dia! Dia yang tidak mahu bertanggungjawab kepada Yeoreum yang mengandungkan anaknya dulu. Hari pertama bayi mereka dilahirkan lagi, Jin terus menjual anak itu kepada orang lain kerana tidak mahu menjaganya. Sejak hari itu, Yeoreum selalu menangis dan memarahi Jin kerana tindakan bodohnya. Yeoreum dimasukkan ke hospital sakit jiwa apabila hampir setiap masa dia menangis.

"I'm sorry, Yeoreum. Memang aku yang jual anak kita. Tapi dia selamat. Aku bukannya jual pada orang gila. Aku jual pada orang yang aku percaya. Sampai sekarang pun anak kita selamat," jelas Jin. Yeoreum memandang wajahnya.

"Awak jual pada siapa?"

"Kau tak perlu tahu. Yang penting dia selamat," jawab Jin sekadar tidak mahu memberitahu siapa yang sedang menjaga anak kandungnya.

Bahaya kalau dia bagitahu Yeoreum. Mesti wanita ini akan desak orang yang menjaga anaknya itu supaya beri semula anak dia.

"Aku nak anak aku ada pada aku semula! Give me back my daughter!" jerit Yeoreum sambil membaling bantal kepada Jin.

"I've told you that our daughter is safe. Don't worry about her!"

"Selagi bukan aku yang jaga dia, aku tak percaya dia akan selamat!"

"Yeoreum, bertenang.." Jin cuba menggapai tangan Yeoreum yang memukulnya dengan bantal berkali-kali.

"Keluar kau!" teriak Yeoreum supaya Jin keluar tetapi Jin tetap tidak mahu berganjak pergi.

"Aku cakap keluar!" terus pisau buah yang terletak di sebelahnya tadi dihalakan pada Jin semula. Jin mula berundur ke belakang.

"Keluar sebelum aku bunuh kau!"

Wajah Jin bertukar pucat. Terus dia berlari pergi meninggalkan Yeoreum sendirian di dalam bilik itu. Setelah pintu bilik ditutup rapat dari luar, Jin menyandarkan tubuh ke dinding sambil melepaskan keluhan berat.

"I'm sorry, Yeoreum. Anak kita sebenarnya ada dengan Hyuri.."

***

Deana menghirup air di dalam Shinee Cafe sambil menunggu kedatangan Jimin.

Perasaan gelisah menguasai diri. Sesekali dia menggigit straw dalam gelas miliknya. Macam mana tak gelisah kalau dia disahkan mengandung? Bagaimana pula dengan hidupnya selepas ini?

"Sorry late." Kerusi dihadapan Deana ditarik oleh Jimin dan diduduknya.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" soal Jimin tenang. Dapat dia lihat wajah pucat Deana seperti ada menyimpan masalah yang terlalu besar.

"Jimin.. Please help me," tangan Jimin yang berada di atas meja terus dia sentuh lembut. Segera Jimin menarik semula tangannya supaya tidak bersentuh dengan yang bukan mahram.

Deana berdecit perlahan sebelum memandang kembali wajah Jimin.

"Please straight to the point, kau nak apa jumpa aku?" soal Jimin lagi sekali.

Deana memejamkan matanya erat sebelum membuka semula.

"Aku.. pregnant, anak Jungkook."

Jimin membulatkan mata terkejut. Ya Allah apa dah berlaku? Kemudian perlahan-lahan dia melurut dadanya. Astaghfirullahalazim.

"Kenapa boleh jadi macam ni, Deana?" soal Jimin bernada pasrah. Semakin lama semakin teruk pula keadaan yang dilalui oleh kawan-kawannya. Nasib baiklah Jimin sempat bertaubat. Kalau tak, tak mustahil dirinya akan turut tertarik sekali.

"Aku yang terlaku ikut emosi. Aku jealous bila tengok kau bercakap dengan Hyuri malam tu, sampai aku pun terminum banyak. Aku mabuk, Jungkook pun sama. Dan lepas tu, aku dah tak ingat aku buat apa. Sedar-sedar saja pagi tu, aku dah..." kata-kata Deana terhenti.

Jimin menarik nafas berat. Ya Allah, kenapa berat sangat dugaan mereka?

"Lepas tu Jungkook dah tahu?"

Deana mengeleng perlahan.

"Kau kena bagitahu dia,"

"Tapi dia dah ada Hyuri. Dia mesti takkan bertanggungjawab.." kata Deana. Sesekali dadanya terasa sebak. Mahu menangis pun ada.

"Tapi masalahnya sekarang ialah baby tu anak dia. Sekurang-kurangnya dia tahu."

Deana terdiam seketika. Jimin pula sudahpun memicit kepalanya. Pening! Apa kau dah buat, Jungkook? Semakin lama semakin teruk pula perangai dia. Lebih teruk dari Jungkook yang sebelum dia menghidap amnesia dulu.

"Lepas tu sekarang ni macam mana? Kau nak aku tolong kau macam mana?" soal Jimin.

"Tolong.. kahwin dengan aku, Jimin. Aku tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi selain kau.." kata Deana membuatkan Jimin terdiam.

"Tolong aku.. Kau pun mesti kesian dekat baby ni kan?" rayu Deana sambil sebelah tangannya mengusap perutnya yang masih lagi kempis. Kemudian, sebelah lagi tangannya menyentuh tangan Jimin sekali lagi.

Jimin menarik kembali tangannya. Keluhan berat dilepaskan.

"Ye aku kesian. Kalau nak ikutkan hati aku memang kesian dengan kau dan baby kau. Tapi dah terlambat, Deana. Aku dah tak boleh tolong kau lagi. I have converted to Muslim. Nama aku sekarang Muhammad Redzuan Danish, bukan lagi Park Jimin. Maaf.."

Deana terkaku mendengar penjelasan Jimin. Dia seakan tidak percaya. Jimin dah masuk Islam. Padahal lelaki ini pun merupakan seorang yang pemabuk juga dulu.

Jimin mula bangun dari duduknya. Kemudian, terus langkahnya diaju keluar dari cafe itu.

"Jimin tunggu!" jerit Deana namun Jimin tetap berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Deana mengusut rambutnya kasar. Dia keliru apa perlu dia buat. Ditambah lagi jika ibu bapanya tahu tentang ini.

***

Sebuah katil beroda ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan. Beberapa orang jururawat mula mengerumuni pesakit itu.

"Doktor Hanah, tekanan darah dia rendah," kata salah seorang jururawat.

"Periksa jantung dia," arah Hanah sambil memakai topeng mulut.

"Denyutan kurang," jawab jururawat tadi.

Defibrillator yang berada di tangannya dilagakan dan digosok beberapa kali sebelum dilekapkan pada dada pesakit itu.

"Sabar ye, dik.." kata Hanah perlahan kepada pesakit perempuan yang masih berusia belasan tahun itu. Defibrillator itu kemudiannya ditarik semula membuatkan jasad remaja perempuan itu terangkat sedikit akibat kuasa elektrik yang kuat.

***

Hanah keluar dari bilik kecemasan. Kelihatan terdapat sepasang suami isteri yang berada di situ sambil bertelingkah.

"Kalau ada apa-apa terjadi dekat Tasha, I salahkan you!" kata seorang wanita kepada suaminya.

"I tak buat apa-apa pun. You tu yang tak pandai jaga anak biarkan dia drive seorang diri. See? Apa dah jadi? Dia accident kan?," marah si suami pula.

"Kenapa I pula? Tasha tu sedih sebab tengok kita selalu bergaduh!"

"Macam mana kita tak bergaduh? You tu yang boros! Suka habiskan duit I!"

"Haa eloklah tu. Nak buat macam mana bini muda you tu hasut you kata I macam-macam kan?"

Hanah yang memerhati dari jauh itu mengeleng perlahan. Bermacam-macam ragam manusia dalam dunia ni. Macam-macam ragam jugalah dia tempuhi sewaktu berkhidmat sebagai seorang doktor yang berada di unit kecemasan.

Hanah berjalan mendekati mereka berdua.

"Tuan, puan.. ini hospital. Tak eloklah kalau bergaduh dekat sini. Lagipun anak tuan dan puan dah sedar," kata Hanah.

Wanita dihadapannya itu menekup mulut gembira.

"Alhamdulillah.. Terima kasih, doktor."

"I nak masuk dulu."

"No way! Tu anak I. Biar I yang masuk dulu!"

"Anak you pun anak I juga!"

Hanah hanya tersenyum pasrah melihat mereka berdua. Bergaduh saja kerja. Tapi apa pun, dia tetap bersyukur kerana dia telah berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan. Dia harap ini adalah hasil kerja yang terbaik sebelum dia ke Korea untuk mencari Isyraf.









++++

Aku harap chapt ni sedikit sebanyak dapat mengubat hati readers 🌚

Nantikan kemunculan Isyraf di chapter seterusnya 😄


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro