24 : Remember Everything
"Abang makan sikit, ye?" Hanah menyuakan sesudu bubur ke dalam mulut Jungkook. Bubur itu dimamah dan ditelan.
Tangan Hanah yang sedang mencedok bubur tiba-tiba dipegang oleh Jungkook. Hanah memandangnya.
"Kenapa, abang?"
"Sayang yang tunggu abang sampai hari ni?" soal Jungkook. Hanah sekadar mengangguk dan tersenyum kecil.
"Hanah.. panjangnya kisah abang," kata Jungkook lagi. Hanah mula mengerutkan dahi tanda hairan.
"Maksud abang?"
"Abang.. dah ingat semua."
Hanah menekup mulut tidak percaya. Ingatan Isyraf sudah datang kembali? Mungkin kerana gegaran di bahagian kepala semasa kemalangan hari tu yang membuatkan ingatan dia kembali semula.
"Syukurlah.." jawab Hanah sambil tersenyum.
Jungkook hanya terdiam dan mempamerkan riak wajah yang kosong. Kemudian wajahnya dipalingkan ke arah lain. Tidak kuat untuk menatap wajah isterinya lama-lama.
Dia sudah tinggalkan Hyuri semasa hari perkahwinannya. Dan sekarang, dia juga sudah berkahwin dengan orang lain. Apa yang terjadi pada Hyuri sekarang?
***
Hanah memapah bahu kiri Jungkook untuk berjalan dengan baik menuju ke kaunter hospital. Alhamdulillah kerana Jungkook sudahpun boleh keluar dari hospital itu hari ini.
"Hanah.. Boleh ke tak tu?" soal Darwisy yang baru tiba di situ. Kini Darwisy datang sendirian.
"Boleh aje.."
"Tak apa biar abang yang papah Isyraf," kata Darwisy lalu mula memapah bahu kanan Jungkook.
Jungkook hanya memaparkan senyuman kelat tanpa berkata apa-apa. Fikirannya bercelaru.
Sesekali dia teringatkan Hyuri. Tapi bagaimana pula dengan Hanah?
Tubuhnya dipapah Darwisy sehingga mereka tiba di kereta. Semasa tubuhnya dipapah Darwisy, Jungkook juga hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa. Dia langsung tidak sama seperti sebelum ini.
***
•
•
•
Semua tingkap rumah ditutup kerana waktu sudah menjelang malam. Hanah menuju ke bilik yang menempatkan suaminya di situ bersama sedulang bubur di tangannya.
Setelah pintu dibuka, kelihatan Jungkook sedang nyenyak tidur. Balutan di kepalanya juga sudah dibuka cuma hanya tertampal plaster kecil saja di dahinya.
Dulang bubur itu diletaknya di atas meja kecil di sebelahnya. Wajah pucat Jungkook dia pandang.
Jungkook kelihatan lain daripada selalu. Dia sudah tidak seceria dulu lagi. Sejak turun dari kereta tadi lagi dia hanya mendiamkan diri. Kalau ditanya pun dia cuma jawab sepatah, dua patah perkataan saja. Mungkin dia masih trauma dengan kemalangan agaknya.
Perlahan-lahan Jungkook membuka mata dan orang pertama yang dia lihat adalah Hanah. Pandangan kosong dan sayu saja dihadiahkan.
"Hanah.." panggilnya perlahan.
"Ye abang?"
Wajah suci milik isterinya ditatap lemah. Dia amat cintakan Hanah. Tetapi pada waktu yang sama hati masih lagi menyebut nama Hyuri.
"Abang sayangkan Hanah."
Hanah tersenyum.
"Abang makan dulu ye?" soal Hanah tetapi lantas Jungkook mengeleng perlahan.
"Tapi sayang.."
Hanah mengerutkan dahi. "Tapi apa, abang?"
"Abaikan.." jawab Jungkook dingin.
***
•
•
•
Hyuri berjalan menuruni anak tangga satu persatu. Perutnya yang sedang sarat mengandung itu dia pegang.
"Hyuri, come here. Auntie ada masak special untuk Hyuri ni," kata Puan Soojin dari dapur.
"Kejap auntie,"
Pada tengah-tengah anak tangga, kepalanya tiba-tiba terasa pening. Mungkin kesan dari minuman keras yang diminumnya semalam.
Hyuri memicit dahinya. Pandangan matanya terhadap anak tangga semakin kabur membuatkan kaki dia tergelincir.
"Argh!" jerit Hyuri bila dia tidak mampu mengimbangi badannya lagi.
"Hyuri!" jerit Puan Soojin lalu terus berlari mendapatkan anak saudaranya itu.
"Hyuri bangun!" Puan Soojin menepuk perlahan kedua-dua belah pipi Hyuri bila gadis itu sudahpun tidak menyedarkan diri. Puan Soojin mula membulatkan mata apabila darah mengalir banyak di paha Hyuri.
***
•
•
•
Hanah memapah tangan Jungkook sehingga mereka tiba di balkoni. Permandangan di bawah menjadi tatapan mereka berdua.
"Abang nak duduk?" soal Hanah lalu Jungkook hanya mengeleng.
Sungguh Isyraf tampak sangat lain. Dulu dialah orang paling ceria dan suka menyakatnya. Tetapi sekarang nak dengar suara dia bercakap pun susah. Dia menjadi lebih pendiam dan dingin daripada sebelum ini.
Baru saja Hanah ingin meninggalkan dia, tangannya tiba-tiba dipegang Isyraf.
"Ya? Abang nak apa?"
Isyraf hanya mendiamkan diri dengan wajah yang kosong lalu ditariknya tangan Hanah sehingga jarak di antara wajah mereka menjadi sangat dekat.
Hanah hanya mampu membulatkan mata. Ditambah lagi dengan pandangan sayu Jungkook yang menikam matanya.
"Maafkan abang.." kata Jungkook perlahan.
"Maaf untuk apa?" soal Hanah hairan. Jungkook mengeleng laju.
"Tak ada apa-apa." Jungkook melepaskan tangannya.
Hanah mengerutkan keningnya hairan. Semakin hari semakin pelik pula dia dengan perangai Jungkook. Dia bukan saja bersikap dingin, tetapi juga suka bercakap yang pelik-pelik.
"Kalau macam tu, Hanah pergi dulu," pinta Hanah sebelum berlalu pergi dari situ.
Jungkook melepaskan keluhan berat setelah kelibat Hanah hilang dari pandangan matanya.
"Maafkan abang, Hanah. Abang yang dulu bukan yang Hanah sangka. Ada yang lain sebelum Hanah.."
***
Semakin hari Jungkook semakin sihat. Dia juga tidak perlu dipapah lagi. Kini sudahpun boleh berjalan dengan baik.
Cuma sikapnya saja yang masih belum berubah. Dia dingin, dingin sangat. Jarang sekali Hanah mendengar suaranya. Dia juga lebih suka menyendiri daripada berteman.
"Abang nak nasi goreng?" soal Hanah apabila Jungkook baru tiba di meja makan. Jungkook hanya tersenyum kelat sebelum mengangguk. Lantas Hanah mencedok nasi goreng di hadapannya ke dalam pinggan milik Jungkook.
Seusai membaca doa makan, Jungkook menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya sambil matanya memandang ke arah lain. Jungkook seolah-olah sedang mengelamun.
"Abang okay tak ni? Sejak balik hospital hari tu Hanah nampak abang banyak termenung. Abang fikir pasal family abang kat Korea ke?" soal Hanah. Sudah lama dia ingin bertanyakan tentang hal ini tetapi dia tak sanggup bila melihat Jungkook masih belum sihat sepenuhnya. Hari ini mungkin adalah hari terbaik untuk dia menanyakan tentang ini.
Jungkook meletakkan sudu di dalam pinggan yang dimakannya. Dia terdiam seketika.
Itulah Isyraf yang sekarang, diam, diam dan diam. Mana Isyraf yang manis dan suka menyakat Hanah dahulu? Takkan sebab ingatan dia sudah kembali dia menjadi lebih pendiam macam ini?
"Hanah.. abang rasa.. abang kena balik Korea. Banyak benda abang perlu selesaikan kat sana," jawab Jungkook. Kini Hanah pula yang terdiam.
++++
Anda perlu bersedia dengan Jeon Jungkook 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro