21 : Just For You
"Aku akan bertanggungjawab sehingga baby tu lahir," kata Jimin sambil matanya tidak lekang dari memandang wajah Hyuri. Hyuri sudahpun menunduk dengan penuh rasa bersalah.
"Aku.. tak rasa aku boleh terima.." jawab Hyuri lambat.
"Why?"
"Baby ni anak Jungkook. Takkan perlu ada orang lain pula yang kena bertanggungjawab?"
"Tapi.."
"Jimin, don't worry about me. Lagipun, kau dah banyak tolong aku. Kau pergi Malaysia semata-mata nak cari Jungkook pun dah buat aku rasa cukup. Sebab kau terlalu baik," kata Hyuri.
Jimin menunduk ke bawah. Memang dalam hati dia ingin mengahwini Hyuri hanya kerana belas kasihan, bukan cinta. Kerana cintanya kepada Wardha tiada tandingan.
"Aku sendiri pun.. harap yang Jungkook bahagia dengan wife dia.."
Jimin mengerutkan dahi. Biar betul Hyuri?
"Kau tak.." terus kata-katanya dipotong Hyuri,
"Tak.. Kalau Jungkook happy aku pun happy.." kata Hyuri sambil mengetap bibir. Air mata yang hampir mengalir dia tahan. Kandungan dalam perutnya yang hampir mencecah lima bulan itu diusap lembut.
"A..aku janji takkan gugurkan kandungan ni."
Semakin menebal rasa bersalah dalam diri Jimin. Bersalah sebab terpaksa menipu perempuan ini dan juga terpaksa merahsiakan perkara sebenar dari Jungkook.
Apa perlu dia buat? Dia sudah sedaya upaya mengelak agar tiada hati yang terluka. Namun dia gagal. Salah seorang dari mereka mesti juga ada yang terluka.
Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluarnya lalu mengelap air mata yang mengalir laju di pipi Hyuri.
"Thanks.."
Sapu tangan itu bertukar tangan dan Hyuri mengelap air matanya sendiri dengan kasar. Sesekali dia terlihat tulisan kecil yang tertulis di sapu tangan itu.
J & W
"J & W? Jimin dan? W?" soal Hyuri.
Jimin terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Tak sanggup mendengar nama yang bermula dengan huruf itu bila hatinya mula terasa sebak.
"Wardha?" soal Hyuri lagi.
"Macam mana kau tahu?"
"Deana cerita."
Terasa nak berdarah telinga Jimin mendengar nama Deana. Sakit hati bila teringatkan setiap kutukan Deana kepada Wardha.
Selama ini dia hanya menganggap Deana sebagai tempat meluangkan masa bosannya dan tak lebih daripada seorang kawan. Namun Deana pula terhegeh-hegeh mahukan dia walaupun perempuan itu sudah tahu yang Jimin hanya sukakan Wardha.
"Betul kata orang-orang tua kata, semua orang ada masalah. Kita tak boleh mengelak dari masalah," kata Hyuri seakan sudah faham dengan masalah yang dihadapi Jimin.
***
"Tadaa!" Jungkook mengangkat kedua-dua belah tangannya apabila dia berada di hadapan sebuah restoran.
Hanah mencebikkan mata. Restoran mewah? Isyraf buka restoran besar dan mewah semacam ini?
"Semasa awak sibuk kerja hari tu, saya dan Abang Darwisy berusaha menjayakan restoran cawangan milik Uncle Danial tu. Abang yang bagi cadangan untuk buat cawangan baru. Lagipun Abang Darwisy pun juga bercita-cita nak bekerja sendiri. Dia tak nak harapkan mak ayah dia lagi," jelas Jungkook.
"Jadi.. awak dan Abang Darwisy yang usahakan restoran ni?"
Jungkook hanya mengangguk bagi mengiyakan soalan Hanah. Hanah ternganga seakan tidak percaya. Rajinnya suami aku. Gumamnya di dalam hati.
"Isyraf.. saya tak pernah jumpa lagi lelaki sebaik awak," kata Hanah sambil matanya tepat memandang anak mata Jungkook.
"I'll do everything just for you, my dear."
"Tapi.. saya tak perlu pun semua ni."
"Tapi abang tak nak tengok orang yang abang sayang hidup susah sebab abang yang malas cari rezeki."
Hanah terus menunduk wajahnya ke bawah. Semakin lama semakin terbuka hatinya untuk mencintai Muhammad Isyraf Al-Firash.
Jungkook terus menarik dagu Hanah supaya memandangnya semula.
"Sekarang dah tahu saya kerja apa? Hebat kan hasil edaran dadah yang saya buat?" soal Jungkook sambil tersengih menampakkan gigi arnabnya.
Hanah tergelak kecil.
"Pandai abang jual dadah."
"Nakal ye?" Jungkook mencuit hidung Hanah lalu mendekatkan wajahnya dengan Hanah sehingga hidung mereka tersentuh. Namun, Hanah mengundurkan langkahnya ke belakang.
"Abang.. ni tempat awam. Jangan nak macam-macam!"
"Baguslah! Makin sweet kan, sayang?"
***
•
•
•
Sudah tiga bulan Hanah sah digelar isteri kepada Isyraf. Pada waktu yang sama juga, Hanah sudahpun menamatkan tugasnya sebagai seorang doktor pelatih. Kini, dia merupakan seorang doktor biasa yang bertugas di hospital yang sama.
"Hanah, apa khabar Abang Darwisy, sepupu Hanah tu sekarang?" soal Dhia.
Hanah mengeleng perlahan. Dhia ni dari dulu lagi duduk berbincang pasal teman lelaki tapi sampai sekarang pun masih single. Lain pula dengan Hanah yang tidak berapa melayan pasal gosip lelaki, tetapi dialah yang kahwin dahulu.
"Alhamdulillah, Hanah tengok dia sihat aje," jawab Hanah.
"Dia sekarang.. masih single ye?"
"Entahlah. Kenapa? Dhia nak ngorat dia pula ke?" soal Hanah sambil menaikkan sebelah keningnya. Segera Dhia mengeleng.
"Abang Darwisy tu handsome," kata Dhia lalu tersengih macam kerang busuk.
"Haih Dhia ni. Sudah-sudahlah. Tak habis-habis lagi ke? Hanah dah nak balik ni."
Dhia tergelak kecil.
"Haha okay, Hanah. Nanti jumpa esok tau?"
"Okay bye."
Hanah terus berjalan menuju keluar dari hospital itu. Kelihatannya di luar sedang hujan lebat sekarang. Telefon bimbit dikeluarkan lalu mendail nombor telefon Isyraf.
"Hello, abang?"
"Yes, sayang? Dah balik ke?"
"Ha'ah. Abang boleh ke ambil Hanah? Hujan lebat ni." Hanah menghulurkan tangan kirinya keluar dari kawasan teduhan dan menyentuh air hujan yang mengalir dengan sungguh lebat.
"Kita naik kereta kan? Mana kena hujan."
"Tak.. maksud Hanah hujan lebat ni bahaya kalau abang nak drive. Kalau tak boleh tak apa biar Hanah naik bas aje," kata Hanah.
"In syaa Allah tak ada apa-apalah. Hanah tunggu kat situ biar abang datang ambil. Jangan balik seorang, bahaya!" Arah Jungkook.
"Okay," jawab Hanah ringkas sebelum panggilan telefon dimatikan.
Dia menyentuh dadanya yang terasa berdebar. Perasaannnya tiba-tiba menjadi bercelaru. Begitu juga dengan hatinya yang merasa kurang enak.
Dia mengerutkan dahi tatkala fikirannya mula berfikir perkara yang bukan-bukan.
Ya Allah kau lindungilah Isyraf. Doanya di dalam hati.
***
Jungkook menghidupkan enjin lalu menutup pintu keretanya. Jam rolex di tangannya dia pandang sekilas.
"Ya Allah, dah lambat!" rungutnya kerana dia sudah kelewatan 15 minit. Dia terpaksa menunggu semua pelanggan restorannya keluar terdahulu sebelum mengunci restoran itu tadi.
Kereta itu mula dipandu dengan kelajuan yang sangat tinggi memandangkan dia risau jika Hanah sudah menunggunya lama.
"Maafkan abang, Hanah," ujarnya perlahan.
Stereng kereta dikawal tepat ke laluan menuju ke hospital isterinya bekerja.
Brek di kakinya mula ditekan kuat namun ianya tidak berfungsi. Hati Jungkook mula bertukar menjadi cemas. Dia cuba menekan lagi pedal brek tersebut tetapi tetap gagal berfungsi.
Pada waktu yang sama juga, sebuah kereta lain cuba memotong jalannya dan..,
BANG!
++++
What will happen to Isyraf? 🌚
Bermula dari chapt ni, saya nasihatkan anak-anak sekalian menyediakan tisu secukupnya. Kalau tak cukup juga pm alamat biar saya post 😌 terima kasih
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro