Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 : Sayang?


Air mata masih mengalir di tubir mata Hanah. Dia hanya termenung ke luar tingkap sambil terkenang akan pemergian ayahnya.

Jungkook yang baru sahaja tiba terus mendekatinya.

"Yang pergi biarkan pergi. Kita yang hidup perlu teruskan hidup," kata Jungkook lalu menarik Hanah ke dalam pelukannya. Rambut isterinya itu diusap lembut.

"Kenapa sekejap sangat dia muncul, Isyraf? Dah bertahun-tahun saya tak jumpa dia. Tapi selepas saya jumpa dia, sekejap aje masa kami bersama. Saya sedih."

Hanah menangis teresak-esak di dalam pelukan Jungkook. Sejak Jungkook sah menjadi suaminya, lelaki itu tidak pernah berhenti memujuk isterinya yang tak henti-henti menangis atas pemergian Tuan Idris.

Pelukan dileraikan lalu Jungkook memandang dalam anak mata Hanah. Dagu wanita itu dipegangnya.

"Saya lagi sedih, Hanah. Saya tak ada ibu bapa, tak ada keluarga. Saya tak tahu siapa asal usul saya. Bagaimana saya dulu. Semuanya saya tak tahu. Tapi saya redha saja dan biarkan benda yang lepas tu pergi. Kita perlu teruskan hidup kita yang sekarang. Sekarang awak ada saya. Kita sama-sama berdoa untuk arwah papa ye?"

Hanah hanya terdiam lalu mengangguk perlahan bersama linangan air mata yang tak henti mencurah. Lantas jari Jungkook mengelapnya dan mencium lembut dahi wanita itu.

"Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya," kata Hanah.

Jungkook mengangguk sambil tersenyum kelat. Lantas Hanah memeluk tubuh Jungkook. Terasa hangat saja bila berada di dalam dakapan Jungkook.

Jungkook menaikkan tangannya lalu mengusap lembut belakang isterinya. "Saya takkan tinggalkan awak melainkan ajal dan maut."

***

"Sayang nak pesan apa-apa tak?" soal Jungkook apabila mereka kini berada di sebuah cafe. Hanah menjungkitkan sebelah keningnya. Sayang?

"Sejak bila panggil 'sayang'?" Hanah tergelak kecil.

"Sejak Hanah dah panahkan hati Isyraf dengan panahan cinta terhebat. Sampai hati Isyraf pun menjadi retak dan meletup. KEBABOOM!" kata Jungkook sambil membuatkan suara latar bunyi letupan daripada suaranya sendiri.

Hanah mula ketawa. Lucu betul Isyraf. Begitu juga dengan Jungkook yang sudahpun bahagia apabila dapat melihat Hanah tersenyum semula.

"Mulai hari ni, panggil saya 'abang'. Boleh tak, sayang?" soalan Jungkook kali ini membuatkan pipi Hanah mula terasa panas. Sesekali nafasnya terasa seakan tersekat kerana kekurangan oksigen.

Argh! Oksigen! Mana kau?

"Boleh tak, sayang?" soal Jungkook sekali lagi. Hanah menunduk malu lalu mengangguk perlahan. Bibirnya juga sudahpun menguntumkan senyuman.

"Kan cantik bila tengok kesayangan abang ni senyum macam ni? Janji dengan abang yang sayang akan senyum macam ni selalu," pinta Jungkook.

Hanah yang sudah seperti diserang penyakit kencing manis itu terus memandangnya.

"Abang ni sweet sangatlah," katanya.

"Abang sweet dengan sayang saja."

Jungkook mencapai tangan Hanah dan mengusapnya lembut. Cincin perkahwinan di jari manis wanita itu menjadi tarikannya.

"Cincin ni cantik sangat di jari sayang. Secantik Allah hadirkan Hanah di dalam hati abang," kata Jungkook membuatkan Hanah mula mengalirkan air mata.

"Kenapa menangis?"

"Abang tu sweet sangat sampai saya pun rasa nak menangis," jawab Hanah. Jungkook tergelak kecil.

***

Jimin berjalan masuk ke dalam kedai runcit 7-Eleven. Setelah siap membeli, dia keluar bersama air tin di tangannya.

Dia memerhati di kawasan ini. Kelihatan kawasan yang lapang ini dipenuhi dengan ramai pasangan. Kalau tidak pun, keluarga.

Jimin tersenyum kelat memandang kebahagian orang lain. Tak sama dengan kehidupannya. Jauh berbeza. Sudahlah dilahirkan dalam keluarga yang dipenuhi masalah. Perasaan istimewanya terhadap seseorang juga ditentang hebat.

Kesian Jimin.

Tiba-tiba, matanya melirik melihat ke arah satu pasangan ini. Jimin menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya. Dia mengerutkan dahi apabila melihat pasangan itu.

"Jungkook?"

Dia juga tertanya-tanya dengan seorang perempuan bertudung yang berada bersama lelaki itu. Siapa perempuan tu?

Jimin mula tersenyum sinis. Macamlah dia tak kenal dengan Jungkook.

"Kecil betul dunia ni, Jungkook. Kau sekarang nak tackle awek Malaysia ke pula?" Jimin mengeleng perlahan sebelum berjalan mendekati mereka berdua.

Apa dalam mindanya, perempuan itu harus diselamatkan daripada terjatuh tersungkur ke dalam perangkap buaya Jungkook.

"Wow Jeon Jungkook! How are you?" sapa Jimin dari belakang sambil menumbuk perlahan bahu Jungkook.

Jungkook yang tidak mengingati apa-apa itu terus mengerutkan dahi hairan. Begitu juga dengan Hanah.

"Do you know me? Who are you?" soal Jungkook membuatkan Jimin terdiam.

***

"Jadi.. korang berdua dah berkahwin?" soal Jimin kepada Jungkook manakala Hanah sedang ralit menuangkan air ke dalam cawan Jimin. Mereka berdua yang menjemput Jimin ke rumah mereka memandangkan Uncle Danial sekeluarga berada di restoran pada hari ini.

"Sudah tiga hari kami berdua berkahwin. Ni isteri saya, Hanah." Jungkook memperkenalkan Hanah kepada Jimin lalu Jimin tersenyum memandang Hanah.

"Alah kau ni Jungkook dulu. Aku ni kan kawan baik kau juga dulu. Guna aku-kau aje. Kita kan selalu sama-sama pergi kelab.." kata-kata Jimin terhenti tatkala dia hampir terlepas.

Hanah terus memandangnya.

"Kelab?"

"Tak.. Maksud saya kelab muzik. Jungkook ni selalu join kelab muzik dengan saya dulu," kata Jimin. Hanah mengangguk faham lalu beredar pergi ke dapur bersama dulang di tangannya.

Jimin melepaskan keluhan berat. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau tak, mesti hati Hanah hancur bila dia tahu siapa sebenarnya Jungkook yang dahulu.

Setelah kelibat Hanah tidak terlihat lagi, Jimin memandang Jungkook yang sedang menayangkan riak wajah yang kosong.

"Kau memang betul-betul amnesia atau kau sengaja buat-buat lupa?" soal Jimin.

"Saya... Tak, aku. Aku accident teruk hari tu sampai langsung tak ingat apa-apa."

"Kau.. tak ingat Hyuri?" soal Jimin, inginkan kepastian.

"Siapa Hyuri?"

Nampaknya Jungkook langsung tak ingat apa-apa. Hebat dugaan Jungkook kali ni

"Nothing. Just forget her," jawab Jimin sambil meneguk secawan teh di hadapannya. Impiannnya ingin membawa Jungkook kepada Hyuri semula terus hancur lebur. Dia tidak sanggup lagi-lagi Jungkook itu sudah banyak berubah.

Jika nak diingatkan dengan cara hidup Jungkook yang dahulu, lebih baik Jungkook terus amnesia macam ini. Tak perlu nak ingat siapa diri dia yang dahulu.

Tak lama selepas itu, Hanah datang semula ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah Jungkook.

Dengan cara pemakaian yang sopan Hanah, amat mengingatkan dia pada Wardha.

Cuma fikirkan jika dia membawa Jungkook kepada Hyuri semula. Pasti Hanah akan kecewa.

Dan dia juga takut.. Takut jika Jungkook akan kembali menjadi Jungkook yang dulu setelah dia ingat semuanya. Jungkook yang jauh lebih jahat dari sekarang.

Maafkan aku, Hyuri. Aku tak rasa aku boleh bawa Jungkook balik kepada kau. Sebab ada yang jauh lebih baik dari kau untuk dia. Dulu kau mungkin layak untuk Jungkook, tapi sekarang kau dah tidak layak lagi. Gumamnya di dalam hati.






++++

Adakah ingatan Jungkook akan kembali semula? 😌





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro