Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 : Letter

" Aisyah, maafkan papa. Papa tahu papa salah. Papa dah buat banyak salah dekat anak papa. Papa harap Aisyah dapat maafkan papa sebelum papa dah tak ada nanti."

Setitis air mata Hanah mengalir setelah membaca surat itu. Surat dimana dikirimkan oleh Tuan Idris kepada Hanah melalui Darwisy tempoh hari. Namun kini, Jungkook yang menyampaikan surat itu kepada Hanah, di hadapan Tuan Idris.

Tubuh Tuan Idris yang berbaring lemah di hadapannya ditatap. Terus tangan lelaki tua itu dia capai dan menguncupnya perlahan.

"Papa.. maafkan Aisyah. Aisyah tak sangka yang papa ada kanser. Maafkan Aisyah."

Tuan Idris tersenyum kelat sambil mengusap perlahan belakang kepala anaknya. Kemudian, perlahan-lahan dia cuba bangun dari baringnya dengan lemah.

"Aisyah tak salah pun. Papa sebenarnya yang salah." Hanah mengesat air matanya dengan hujung jari.

Tuan Idris memandang ke arah Jungkook yang berada di sebelah kirinya iaitu berhadapan dengan Hanah.

"Papa lupa nak tanya. Ni siapa? Kawan Aisyah ye?" soal Tuan Idris sambil matanya bersilih ganti memandang Jungkook dan Hanah.

"Dia.." belum sempat Hanah menjawab, terus sahaja Jungkook memotong percakapannya,

"Saya Muhammad Isyraf Al Firash. Pakcik boleh panggil saya Isyraf saja," jawab Jungkook sambil tersenyum manis.

Hanah terkedu mendengar jawapan Jungkook. Muhammad Isyraf Al Firash? Nama Islam mana yang dia rembat? Sudahlah panjang berjelar-jelar. Terbelit lidah kalau nak disebut.

"Rupanya kamu ni muslim? Pakcik ingat kamu China tadi." Kata Tuan Idris sejurus membuatkan Jungkook tergelak kecil.

"Saya orang Korea, baru peluk Islam," jelas Jungkook.

"Alhamdulillah.." Tuan Idris tersenyum bahagia melihat Jungkook yang kini sudahpun sah memeluk Islam.

Hanah menjegilkan matanya ke arah Jungkook. Tak puas hati! Boleh pula dia menyamar jadi muslim? Dia ingat benda ni boleh buat main ke?

***

Hanah memandang padang yang dipenuhi dengan sawah padi sambil duduk di sebuah pondok. Sesekali dia menguis-nguis sehelai padi yang berada di tangannya.

Agak terkilan bila mendengar berita tentang Tuan Idris. Patutlah Jungkook tidak memberitahunya untuk balik ke kampung. Kalau tak, memang tak lah dia akan ke sini.

"Hey!" Lamunannya dikejutkan seseorang dari belakang. Terus dia memandang tuan empunya suara yang menegurnya.

Jungkook.

"Termenung apa seorang diri? Teringatkan saya ke?" soal Jungkook sambil tersengih.

Hanah tidak menjawab sebaliknya hanya memandang kearah sawah padi yang kehijauan.

"Kalau ada masalah, tak guna pendam seorang diri. Lebih baik share dengan orang lain. Ataupun kalau nak lebih bagus, share saja dengan Allah. Setiap kali solat tu, doa-doalah sekali supaya Allah berikan kita ketenangan jiwa dan redha menghadapi semua masalah," ujar Jungkook sambil tersenyum manis dan menghirup udara nyaman di petang hari ini.

Hanah memandang tepat ke arah Jungkook sambil mengecilkan mata.

"Awak ni betul-betul masuk Islam ke sengaja buat-buat masuk Islam sebab nak ambil hati papa saya?" soal Hanah dengan nada yang tak puas hati.

"Sama seperti saya berdoa selepas sembahyang. Saya selalu berdoa agar suatu hari nanti saya akan dapat jodoh yang baik dan cantik sama macam awak. Kalau kat dunia ni dah tiada perempuan macam tu lagi selain awak, awak sendiri yang jadi jodoh saya pun saya dah rasa macam dapat bidadari syurga," jelas Jungkook tanpa menjawab soalannya.

Entah kenapa tangan Hanah terasa ringan nak bagi pelempang pada pipi Jungkook. Kalau boleh lagi, nak bagi high kick pun ada.

"Apa awak merepek ni? I'm not kidding, Jeon Jungkook. Can you please tell me the truth?" soal Hanah dengan nada yang sedikit ditinggikan. Jungkook tertawa kecil melihat Hanah yang sudah mula sakit jiwa dengannya.

"I'm not Jeon Jungkook anymore, Nur Hanah Aisyah. I am Muhammad Isyraf Al Firash. And yes, I'm Muslim."

Kening Hanah sudahpun bertaut rapat. Dia seakan tak percaya dengan apa yang terjadi. Macam mana Jungkook boleh masuk agama Islam? Adakah Allah betul-betul sudah memberi dia hidayah untuk bertemu dengan jalan yang lurus?

Jungkook tersenyum melihat respon Hanah yang seakan terkaku tak berkutik itu.

"Why don't you believe me? Muka saya muka penipu ke? Ops— mungkin dulu saya berambut merah kan? Sampai awak pun tak percayakan saya? But now, look at me? I'm changed, right?" Kata Jungkook.

"Maaf, saya pegang kata-kata 'Don't judge a book by its cover'. Sesiapa pun boleh saja berselindung di sebalik kaabah kan?" jawab Hanah sambil tersenyum puas.

"Okay then, make yourself trust me."

"Apa maksud awak?"

"Sedangkan Nabi Muhammad pun dijodohkan dengan Siti Aisyah. Tak mustahillah kalau MUHAMMAD Isyraf dijodohkan dengan Hanah AISYAH." Jungkook menekankan nama 'Muhammad' dan 'Aisyah'.

Ternganga Hanah dibuatnya. Tak sangka rupanya Jungkook ni sebenarnya 'sweettalker'. Suka sangat menyakat dia. Sudahlah orang tanya lain, dia jawab lain. Orang Korea tak faham bahasa Melayu agaknya.

"Jangan nak mengarut sangat, Jungkook. Saya nak masuk dalam rumah." Terus Hanah bangun dari duduknya dan memakai selipar Jepun.

"I repeat, my name is Isyraf.. not Jungkook."

Hanah melepaskan keluhan berat sebelum beredar dari situ. Entah mengapa hatinya begitu berat untuk percaya yang Jungkook itu sudahpun beragama Islam.

Betul ke? Dia pandai mengucap ke tak?

***

Dari jauh Hanah melihat Tuan Idris bersusah payah untuk bangun berdiri.

"Papa nak pergi mana ni?" terus Hanah berlari ke arah ayahnya dan membantu lelaki tua itu untuk berdiri.

"Papa nak solat Asar," jawab Tuan Idris sambil tersenyum kelat.

"Biar Aisyah tolong papa." Hanah mula membantu Tuan Idris untuk bangun berdiri.

Namun, Hanah rebah beberapa kali semasa membantu Tuan Idris untuk bangun. Mungkin kerana lelaki tua itu sudah tidak berdaya untuk berdiri dan hanya mengharapkan tenaga orang lain seratus peratus.

Nasib baiklah pada waktu itu, Jungkook lalu di hadapan bilik mereka. Agak terkejut dia bila melihat Hanah yang terkial-kial sendirian membantu ayahnya untuk bangun.

"Apa awak buat ni Hanah? Kenapa tak panggil saya saja tadi?" Jungkook terus memaut lengan Tuan Idris dan memapahnya untuk bangun.

Hanah hanya terdiam. Sebenarnya boleh saja dia panggil Jungkook tadi. Tapi dia pula yang rasa segan. Entah mengapa, walaupun Jungkook sudah agak lama tinggal serumah dengannya, dia tetap rasa segan dengan lelaki itu.

"Terima kasih, Isyraf." Ucap Tuan Idris setelah berjaya berdiri dengan baik.

"Sama-sama, pak cik."

"Pakcik nak pergi ambil wudhu. Nanti Isyraf imamkan ye?"

Jungkook terdiam seketika lalu memandang kepada Hanah. Kening gadis itu sudahpun bertaut rapat. Risau. Jungkook kena jadi imam?

"Baiklah.. Saya akan jadi imam kepada pakcik dan Aisyah," jawab Jungkook. Hanah terus menjegilkan mata kepada Jungkook.

"Baguslah kalau macam tu." Tuan Idris mula berjalan perlahan menuju ke tandas untuk mengambil wudhu.

"Awak mana boleh jadi imam!" Sedaya upaya Hanah cuba mengawal suaranya agar tidak didengari Tuan Idris.

"Siapa cakap saya tak boleh?" soal Jungkook sambil tersenyum sinis.

"Awak tak pandai!"

"Macam mana awak tahu saya tak pandai?"

"Okay fine! Lepas ni kalau saya tengok awak tak pandai jadi imam, saya nak awak berlari keliling kampung ni pagi esok." Hanah menyilangkan tangannya ke dada. Terasa bangga bila dapat mencabar Jungkook.

"Baiklah.. Tapi kalau saya betul-betul pandai jadi imam? Awak nak bagi saya apa?" soal Jungkook seakan mencabar gadis itu pula.

Hanah terdiam seketikan. Fikirannya sudahpun berbelit mencari idea.

"No excuses, you should be my precious," kata Jungkook sambil tersenyum manis lalu berjalan keluar dari bilik itu.

"Ha? My precious apa maksud dia?" Hanah kebingungan.

"Nampaknya aku kena hantar dia balik Korea agaknya." Keluh Hanah sendirian sambil menyilangkan tangan ke dada.








++++

🙃🙃🙃🙃🙃🙃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro