07 : Who am I?
"Hahahaha! Kau ni lawaklah, Hyuri!" Jimin tergelak mendengar cerita Hyuri. Wine di tangannya terus dia teguk. Hyuri menggulingkan matanya.
"Senangnya kau gelakkan?" soal Hyuri. Kini mereka menggunakan Bahasa Korea walaupun Jimin ni juga fasih berbahasa Melayu.
"Lepas tu kau macam mana sekarang? Jungkook memang tak nak bertanggungjawab ke?" soal Taehyung pula sambil meletakkan tangannya di bahu seorang perempuan yang berada di sebelahnya. Itulah kehidupan mereka. Suka sangat menghabiskan masa di kelab malam.
"Macam mana dia nak bertanggungjawab kalau dia sendiri yang tinggalkan aku? Benci aku!" bentak Hyuri kuat. Nasib baiklah bentakkannya tidak terlalu kedengaran kerana muzik di sini amat kuat bagai nak pecah gegendang telinga.
"Hahaha! How nice! Kau sendiri tu yang bodoh sebenarnya! Bodoh sebab kau sanggup bagi segala-galanya pada Jungkook tu. Takkan kau tak kenal dia tu playboy? Dia tu tahu main touch and go je, Hyuri. Haa sekarang kau mereputlah jaga anak kau seorang diri." Sempat Jimin menepuk tangannya beberapa kali tangannya.
"Kau jangan kurang ajar, Jimin!" terus saja Hyuri bangun dari duduknya seolah-olah nak menyerang Jimin yang sedang cuba untuk membarakan apinya.
"Well, aku cakap benda betul," Jimin mengangkat kedua-dua belah tangannya.
"Calm down, Hyuri.. I'm sure he will come to you soon," Jin yang dari tadi berada bersama mereka, cuba menenangkan Hyuri. Tak sama pula dengan Jimin yang dari tadi tak lepas-lepas dari tersenyum. Suka sangat cari pasal. Memang ni trend zaman sekarang ke?
"Hyuri, aku kenal sangat dengan Jungkook tu. Even baru tiga tahun aku kenal dia, I'm sure he's really a bad guy. Macam kau tak kenal dengan dia yang dah berapa ramai perempuan bodoh mengandungkan anak dia? As you already know, you're not the first. Don't blame him but blame yourself!"
Hyuri memejamkan matanya serapat yang boleh untuk menahan kemarahan yang sedang membuak. Dia masih cuba untuk bercakap dengan baik di hadapan semua orang.
"Tapi dia cakap.. dia cintakan aku."
"Haha! Cinta? What kind of 'cinta'? Cinta selaju kura-kura? For your information, tuhan lebih cintakan umat dia sebab tu dia uji kau macam ni."
"Kau ni dah lah, Jimin! Dia tengah sedih tu tapi kau siap nak main pasal tuhan pula kat sini!" Taehyung menolak dada Jimin perlahan lalu mendekati Hyuri yang berada di sofa yang bertentangan dengannya. Jimin hanya tersenyum sinis.
"If you want to touch about god here, please get out!" Jin juga turut menyebelahi Hyuri. Jimin tidak menghiraukannya sebaliknya dia menuang wine ke dalam gelas lalu meneguknya.
"Bukan aku nak bagi ceramah pun. Ini semua takdir dan Jungkook langsung tak ditakdirkan untuk kau pun, Hyuri. Maybe he's happy now? With another woman?"
Jimim tersenyum sinis. Sedap pula dia menaikkan api baran Hyuri ni.
"Kau!" Hyuri bangun dari duduknya semula lalu tangannya terus mencapai gelas kaca yang masih kosong di hadapannya. Gelas itu dihalakan kepada Jimin.
"Cari pasal lagi atau aku jolok gelas ni dalam mulut kau?!"
"Hyuri!" Jin terus memegang tangan Hyuri agar tidak bertindak terlalu agresif. Semua orang di sini juga turut memandang tepat kearah mereka.
"Jimin dah!" Taehyung menarik lengan kiri Jimin supaya keluar dari situ.
"Enjoy your life, Hyuri." Sempat Jimin menghadiahkan dia senyuman yang amat manis tetapi bermakna.
Hyuri mengusutkan rambutnya. Sudahlah masalahnya dengan Jungkook masih belum selesai, ini Jimin pula yang menambah barannya. Mahu saja dia lempuk lelaki itu sekarang juga.
"Hyuri.. calm down, dear. We still can enjoy, right?" Deana Jung, seorang perempuan berkacukan Korean-American itu cuba menenangkan Hyuri. Bukan apa, risau dengan kandungannya kalau dia selalu stress.
***
•
•
•
"Allahhuakbar.."
Jungkook hanya mengintai di sebalik celahan pintu, melihat Darwisy yang mengimamkan solat Maghrib kepada ibu bapanya.
Senyuman mula terukir di bibir. Entah mengapa, sejak berada bersama keluarga ini, perlahan-lahan terdetiknya sesuatu yang dia tak pernah merasa sebelum ini. Rasa terharu. Terharu melihat sikap baik dan prihatin keluarga ini. Juga termasuk Hanah. Maklumlah Hanah masih belum pulang dari kerja.
"Assalamualaikumwarahmatullah.." Salam itu disebut sebelum wajah diraup dengan tangan.
"Bismillahhirahmanirrahim.."
Jungkook terus beredar pergi dari situ. Takut-takut nanti mereka ternampak kehadirannya kat situ pula.
Biliknya tempat dia tuju. Setelah pintu ditutup rapat, Jungkook berjalan menuju ke arah cermin di almari solek dan menatap wajahnya di situ.
Rambutnya yang sedikit berwarna kemerahan itu ditatap rapi. Begitu juga dengan wajahnya yang kelihatan sedih dan berduka itu dia tatap.
Siapa sebenarnya aku sebelum aku amnesia?
Adakah aku lelaki baik sama macam Abang Darwisy? Atau.. sebaliknya?
Persoalan ditujukan kepada dirinya sendiri. Dia cuba dan cuba untuk mengingati. Terus dia memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. Sakit yang teramat.
Tiba-tiba tubuhnya jatuh terduduk di bangku kecil di hadapan cermin itu. Dia melentokkan kepala di meja solek tadi. Perlahan-lahan dia cuba meredakan pemikirannya daripada terus mengingati perkara lalu.
Laci meja solek itu dibuka perlahan. Kelihatan ada sekeping sampul surat di dalamnya.
"Surat?" Jungkook mengambilnya. Isi di dalam sampul itu terus dibuka. Surat itu dia baca,
Jungkook, mungkin saya terlalu sibuk untuk beri perhatian dekat awak kat rumah. Tapi percayalah yang saya tak pernah abaikan awak. Walaupun kita baru kenal, saya rasa awak lain.
Saya ingat awak bukan lelaki yang baik. Tapi rupanya saya salah. Abang Darwisy pun cakap yang awak selalu tolong dia kat restoran.
Saya cuma nak nasihatkan awak. Saya tak nak paksa awak untuk ingat perkara lalu. Saya percaya, hati ini milik Allah. Mungkin Allah bagi awak hilang ingatan bersebab :')
~Hanah :) ~
Jungkook tersenyum membaca apa yang ditulisnya. Perlahan-lahan wajah Hanah bermain di mindanya.
Hanah bukan sahaja cantik di mata, namun dia juga sangat baik walaupun kadang-kadang dia kelihatan agak kecoh.
Dimana pertemuan dia dengan Hanah di hospital tempoh hari bermain kembali. Dimana dia melihat seorang perempuan bak bidadari menolak pintu wadnya dan tersenyum kearahnya. Waktu itulah dia merasa sesuatu. Sesuatu yang lain..
***
•
•
•
Rambut Darwisy diusap perlahan oleh tangan tua itu. Tenang saja dia melihat lelaki muda ini.
"Tak apa ke ni Darwisy hantar pakcik kat stesen bas je?" soal Darwisy. Lelaki tua itu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tangannya menggenggam tangan Darwisy.
"Pakcik datang ke sini sebab nak cari Aisyah. Tapi tak sangka pakcik.." dia memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut kuat.
"Pakcik Idris tak apa-apa?" Darwisy memegang kedua-dua belah bahu lelaki tua itu bagi menahannya dari terjatuh.
"Tak apa, Darwisy. Pakcik pun tak sangka pakcik ni ada kanser otak.."
"Pakcik Idris.."
"Darwisy.. pakcik harap, Darwisy boleh bawa Aisyah jumpa pakcik.. sebelum pakcik tak ada nanti..." dia menggunakan nama 'Aisyah' kepada Hanah kerana itulah panggilan sebenarnya yang dia berikan kepada Hanah dahulu, Nur Hanah Aisyah.
"Astaghfirullahalazim.. Jangan cakap macam ni, Pakcik Idris. Sesungguhnya ajal itu di tangan Allah."
Tuan Idris tersenyum melihat Darwisy. Dia ni bukan sahaja baik, berilmu pula tu. Amat kalah dirinya untuk ditandingi. Dia menyesal, menyesal dengan perbuatannya yang meninggalkan Hanah dulu. Kini isteri barunya itu dah tinggalkan dia tiga tahun lepas sebab dia yang selalu sakit-sakit.
Kini kedatangannya ke Pulau Pinang hanya untuk mencari Hanah, anak kandungnya yang dah hampir belasan tahun dia tinggalkan. Tapi tak sangka pula dia akan disahkan menghidap kanser otak di hospital tempoh hari. Hari dimana Darwisy menemukan dia di masjid.
"Darwisy.. Surat ni bagi kat Aisyah ye? Cakap kat dia pakcik minta maaf sangat. Pakcik harap pakcik dapat jumpa dia," kata Tuan Idris sambil menyerahkan Darwisy sekeping sampul surat. Darwisy menyambut huluran surat itu sambil mengangguk laju.
"Baik pakcik.. Betul ni pakcik nak naik bas? Tak nak saya hantarkan?" soal Darwisy.
"Tak apa.. Pakcik pun dah banyak susahkan kamu. Pakcik tak nak susahkan kamu lagi."
Darwisy tersenyum kelat. Tangan Tuan Idris terus dia capai lalu menciumnya.
"Maaf, pakcik. Darwisy bukan tak nak bagi pakcik jumpa Hanah. Tapi.. ini terlalu cepat. Darwisy janji Darwisy akan pujuk Hanah secepat mungkin."
Tuan Idris tersenyum manis. Tangannya kembali mengusap rambut lelaki itu.
"Tak apa, Darwisy. Pakcik dah nak pergi ni."
"Hmmn.. baiklah." Darwisy melepaskan tangan Tuan Idris.
"Pakcik pergi dulu.. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
++++
Jimin got yes jams!
Even baru chapt 7, sebenarnya aii tak sabar nak timbulkan konflik muahahahaha!
Fyi, Jungkook memang agak syial perangainya sebelum amnesia. As we already know, mostly orang yang terpesong macam mana dan suka buat apa? Begitulah juga dengan Jungkook. Harap anda boley terima 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro