Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06 : Future Wife


Darwisy mula mengambil pinggan dan gelas minuman yang sudah kotor untuk dibawa ke dapur memandangkan ramai lagi pelanggan di restoran itu yang perlukan tempat duduk yang bersih.

"Abang Darwisy duduk je. Tak pe biar Jungkook yang buat." Jungkook mula mengambil dulang yang berisi pinggan dan gelas minuman yang sudah kosong itu.

"Eh tak apa, Jungkook.. Biar abang yang buat."

"Tak apa, abang. Abang pun confirm penat kan? Biar Jungkook yang buat."

Kain lap di tangannya terus diletakkan di atas meja itu dan Jungkook mula mengelap meja tersebut sehingga bersih sebelum dia membawa dulang tadi ke dapur. Darwisy yang sudahpun duduk di kerusi yang tidak jauh darinya, tersenyum memandang Jungkook.

Bukannya di restoran itu dia tidak memakai pekerja, tetapi hari ini terlalu ramai pelanggan. Apa salahnya kalau mereka saling tolong-menolong?

Kelihatan Jungkook sudahpun mengelap peluh yang sudah mula menitik di dahinya. Kini dia sudahpun berada di meja yang seterusnya untuk dibersihkan. Maklumlah Hanah dah kembali kerja di hospital pada hari ni, jadi dia pun mengikut Darwisy ke restoran.

Tiba-tiba,

"Allahhuakhbar Allahuakhbar." Terdengar suara azan yang datang dari masjid yang tidak jauh restoran itu.

Jungkook yang sedang kusyuk mengelap meja tadi, menghentikan perbuatannya. Sebaliknya telinganya cuba menangkap bunyi azan itu dengan baik. Dia mengerutkan dahinya.

"Abang Darwisy.." belum sempat dia ingin bertanya, Darwisy terus memotong,

"Itu azan, Jungkook." Jawabnya sambil tersenyum.

"Azan tu datang dari masjid yang kat hujung sana. Azan ni untuk mengingatkan manusia bahawa sekarang dah masuk waktu solat Zohor. Semua umat Islam wajib menunaikan solatnya."

Penjelasan Darwisy membuatkan Jungkook terdiam. Sebaliknya dia hanya mendengar saja suara azan yang kini berkumandang dengan kuat. Suara azan itu datang dari masjid yang dikatakan Darwisy tadi.

"Lepas ni, Abang Darwisy nak solat ke?" soal Jungkook. Darwisy mengangguk perlahan.

"Siapalah kita nak ingkar dengan perintah Allah, Jungkook? Kita ni hanyalah manusia yang diciptakan buat sementara atas bumi ni. Kita tiada hak nak ingkar perintah yang Maha Esa."

Jungkook seolah-olah tersentuh mendengar penjelasan Darwisy. Penjelasan Darwisy membuatkan dia terdetik sesuatu dalam dirinya. Sesuatu yang jauh lebih berbeza daripada sebelum ini.

Mungkin sebelum ini dia hanya menetap di Korea dan hanyut dalam dunia, dia tak pernah mendengar suara azan mahupun apa-apa saja mengenai Islam.

"Jungkook buatlah kerja dulu ye? Abang nak solat kat masjid tu sekejap." Darwisy menepuk bahu Jungkook perlahan sebelum melangkah ke dalam untuk bersiap. Jungkook mengangguk perlahan.

***

Hanah mengemas barang-barangnya ke dalam beg galas untuk dibawa pulang. Maklumlah dah malam dan tugasnya untuk hari ini pun sudah tamat.

Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang dari belakang,

"Hanah!"

Terhinjut Hanah dibuatnya. Dia melurut dadanya perlahan. Nasib baik dia tak sempat termelatah ke apa tadi.

"Dhia! Apa ni? Terkejut Hanah tau," Hanah menjeling matanya tajam.

"Alah Hanah ni.. Dhia buat macam tu pun dah terkejut bukannya Dhia ready parang ke apa tadi." Dhia mencebik membuatkan Hanah mula tertawa kecil.

"Alalala dah tak payah nak mengada sangat ye? Hanah tak suka orang mengada macam Dhia ni tau?"

Hanah membuka zip beg galasnya dan mula memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg itu.

"Hanah dah nak balik ke?"

"Ha'ah.. Kenapa Dhia?"

"Tak adalah Dhia baru je nak ajak Hanah pergi minum kat cafe yang baru buka tu," jawab Dhia.

"Dah malamlah, Dhia.. Esok sajalah. Lagipun kat rumah Hanah tu ada tetamu. Tak eloklah kalau Hanah balik lewat-lewat malam. Kan apa pula dia kata." Kata Hanah sekadar menolak pelawaan Dhia.

"Wow ada guest.. Lelaki ke perempuan?" soal Dhia yang kini sudahpun tersengih macam kerang wangi.

"Lelaki. Haa jangan nak menggatal sangat. Dia tu dah jadi macam kawan Hanah dah pun," kata Hanah sambil memaut beg galasnya ke belakang bahu.

"Elelele kawan kawan dulu pastu nanti kahwin laa ter.." Semakin menjadi-jadi pula si Dhia ni.

"Sila ninggal, Dhia.."

"Handsome ke tak?"

Hanah terdiam sewaktu mendengar soalan Dhia. Nak jawab handsome kang semakin membabi buta pula si Dhia ni nanti. Nak cakap tak handsome kan memang menipulah dia.

Walaupun Jungkook tu jauh berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah kenali sebelum ini, tidak dinafikan bahawa Jungkook tu tak dapat nak dibandingkan soal rupa parasnya.

Tinggi badannya yang ideal serta berbadan agak sasa mungkin dapat mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya. Tetapi itu semua bukan menjadi keutamaan kepada Hanah. Sebaliknya sifat Jungkook yang baik dan menghormati orang itu amat menarik perhatiannya.

"Hey, angau!" Dhia melambai-lambai tangannya di hadapan muka Hanah.

"Aishh mana adalah!"

"Haa dah tu kenapa muka merah? Betul kan apa Dhia cakapkan tadi kan?" Dhia tersengih lagi. Seronok betul dia mengusik Hanah. Lagi-lagi pula pipi kawan sekerjanya itu dah mula berona merah.

"Ada-ada ajelah Dhia ni. Dia tu cuma kawan Hanah je okay? Lagipun Hanah pun baru saja kenal dia."

"Ouh jadinya.." baru sahaja Dhia mahu berborak dengan lebih rancak, tiba-tiba percakapannya terus dipotong seseorang dari belakang,

"Dhia, Hanah? Tak balik lagi ke?"

Kelihatan Puan Tasnim sudahpun menayangkan wajah bengisnya. Ingat lawa laa tu.

"Haa nak balik laa ni. Haa jom Hanah jom!" terus sahaja tangan Hanah ditarik oleh Dhia. Mereka berdua berlalu keluar dari bilik itu melintasi Puan Tasnim. Puan Tasnim mengeluh berat. Itupun nasib baik saja dia ni seorang yang tabah kalau tak, dah lama dia memaki hamun semua doktor pelatih ni.

***

"Assalamualaikum.." Hanah membuka pintu rumahnya dengan perlahan supaya dapat mengelak dari berlakunya pencemaran bunyi.

"Waalaikumusalam.." seperti biasa salamnya dijawab oleh Darwisy yang setia menunggunya hingga dia pulang dari kerja.

"Abang tak tidur lagi ke?"

"Belum.. ni haa abang nak kira sale dulu." Terdapat beberapa keping resit di tangan Darwisy. Hanah tersenyum.

"Auntie dan uncle dah tidur ke?"

"Mama dan papa dah lama tidur. Diaorang kata diaorang penat. Cuma Jungkook je.."

"Kenapa dengan dia?"

"Dari tadi lagi dia tunggu Hanah. Katanya nak dinner sekali dengan Hanah sebab petang tadi dia yang tolong bibik masak kat dapur." Jelas Darwisy.

Baik betul budak Jungkook ni. Sesiapa yang bersangka buruk pada dia memang teruklah. Sebab Jungkook ni, bukan sahaja wajahnya saja yang handsome tapi hati dia juga baik.

"Tak apalah, Abang Darwisy. Hanah naik dulu lah ye?" Darwisy mengangguk.

"Tapi sebelum tu jangan lupa ajak Jungkook tu turun makan. Kesian dia tunggu Hanah dari tadi lagi sampai langsung tak sentuh pun makanan."

Hanah tertawa kecil mendengar penjelasan Darwisy.

"Okay,

Kakinya mula mengorak perlahan menuju ke tingkat atas.

Setibanya dia di hadapan bilik Jungkook, tangannya perlahan mengetuk pintu bilik Jungkook.

TOK ! TOK !

"Jungkook? Ni Hanah.."

Tiada sahutan dari dalam. Hanah mengetuk lagi pintu bilik itu.

TOK! TOK!

"Jungkook! Saya dengar awak tak makan lagi sebab tunggu saya. Saya dah balik ni." Hanah meninggikan sedikit suaranya ketika menyebut nama lelaki itu. Tetapi tetap tiada sahutan dari dalam.

"Jungkook, awak dah tidur ke? Hanah masuk ye?"

Hanah memulas perlahan pintu biliknya. Kelihatan bilik itu kosong. Mana pula perginya Jungkook ni? Tadi beriya sangat tunggu dia makan malam.

Kakinya mula menapak perlahan masuk ke dalam bilik itu. Sebuah buku nota kecil yang berada di atas meja tulis yang berada di sebelah tingkap bilik itu menjadi perhatiannya.

Lantas buku itu dicapai. Buku nota berbentuk simple dan berwarna hitam seperti diari itu dia baca.

I did not want to live as a human.
A human who lived with nothing.
A human who lived in a cruel world.

I didn't know who I am. I didn't know what I've done before..
I didn't want depression.

I hate my life..

Hanah mengerutkan dahinya. Tidak suka dengan apa yang ditulis Jungkook. Kata-katanya seperti dia membenci ciptaan Allah. Helaian kedua dibelek, lalu dibacanya lagi.

But, after I met her..

"Punya besar muka surat ni, lima patah perkataan ni je dia tulis?" Hanah memandang pula ke muka surat ketiga yang berada di sebelah muka surat tadi.

I think I was changing..

Baru saja Hanah ingin membelek ke helaian seterusnya, tiba-tiba dia dikejutkan oleh suatu suara yang kedengaran amat dekat dengan telinganya.

"What are you doing?"

"Argh!" terlompat Hanah dibuatnya.

"Jungkook! Apa ni? Terkejut saya!" Hanah mengundurkan langkahnya ke belakang sedikit bagi menjauhkan jaraknya dengan Jungkook tatkala lelaki itu berada sangat dekat dengannya.

Kelihatannya Jungkook cuma memakai seluar bercorak Spongebob dan bersinglet putih. Tuala digantungkan di bahunya. Walaupun dia berbaju, namun abs dia tetap terbentuk. Lebih-lebih lagi di bahagian otot biceps dan triseps.

Hanah terus memejamkan matanya. Di dalam hati dia sudah beristighfar. Ya Allah kau jagalah mata suci aku.

Jungkook terus membuka tuala yang digantungnya ke bahu tadi dan mula membaluti tubuhnya yang agak terdedah kepada abs tadi. Bukan apa, ini semua bagi menghormati gadis bertudung seperti Hanah.

"Saya dah pakai tuala, Hanah," kata Jungkook.

"Jungkook, tolong pakai baju sekarang!" Hanah masih lagi menutup mata. Jungkook ketawa kecil.

"Just open your eyes, dear."

"Haa? Dear?"

"Hanah! Dah panggil ke Jungkook makan malam?" terdengar suara Darwisy yang seakan hampir dekat dengan bilik itu.

"Keluar Hanah. Tak elok kalau kita berdua je dekat dalam bilik ni. Saya tak nak sebab ni nanti ada yang timbul fitnah," jelas Jungkook dengan lembut.

Hanah seakan tersentuh dengan kata-katanya. Sekali lagi dia puji, Jungkook bukan sekadar handsome, baik, homat orang tua, malahan gentle pula tu.

Hanah tersenyum manis kepada Jungkook.

"Terima kasih sebab ingatkan, Jungkook." Hanah mula mengorak langkah dengan laju, keluar dari bilik itu.

"Most welcome, future wife."








++++

Future wife? 🌚 ship aii dengan jungkook pleashh 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro