Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02 : Discharge


Gambar di tangannya terus dia renyuk. Sakit hati memandang wajah Jungkook yang tampak mesra dalam gambar lamanya itu. Kemudian, gambar itu dicampak pula ke lantai. Dia menghempaskan badannya ke sofa lalu menyilangkan kaki.

"Arghh!!"

Jeritnya kuat lalu membaling kusyen ke arah meja kaca yang berada bertentangan dengannya.

"I hate you Jeon Jungkook!" 

"Hyuri! What's going on?" soal Puan Soojin yang baru datang.

"What's going on auntie tanya? Eh auntie tak fikir ke perasaan Hyuri? Jungkook tak datang masa wedding kami. Tahu tak mana nak letak muka ni?" Hyuri meniup rambut depannya dengan perasaan yang menyampah.

Boleh pula Puan Soojin ni tanya. Dah tahu anaknya yang salah tak datang pada hari perkahwinan itu. Malu tu dah lah satu hal, dan ini, Jungkook pula menghilang entah kemana.

Langsung tak ada khabar berita mahupun angin, tiba-tiba buat hal. Sakit hati!

"Nantilah auntie akan cari dia. Haish Jungkook ni buat hal pula dah. Auntie sendiri pun tak expect dia akan buat macam tu."

"No! Hyuri tak nak auntie cari dia."

"Haa? But why?"

"If he loves me, he will come to me. Bukan abaikan Hyuri!" Hyuri melepaskan keluhan berat.

"Hyuri nak balik Korea malam ni juga," terus dia bangun dari tempat duduknya untuk menuju ke tingkat atas tetapi langkahnya terus terhenti apabila ternampak Puan Park Neia berdiri di tengah-tengah tangga rumah itu.

"Hyuri dah nak balik ke?" soal Puan Neia sambil menunduk sedih.

"I'm sorry, mummy. Hyuri nak balik juga. Buat apa Hyuri tinggal kat sini macam patung chendana lagi kalau Jungkook sendiri yang perbodohkan Hyuri? Hyuri sakit, mummy. Sakit hati!" terus Hyuri berjalan menaiki tangga tanpa menghiraukan Puan Neia.

Ya, Puan Park Neia adalah ibu kandung Hyuri yang menetap di Malaysia sudah hampir lapan tahun. Puan Neia juga merupakan adik kandung kepada Puan Soojin manakala Jungkook pula ialah sepupu kepada Hyuri.

Pada mulanya Puan Soojin hanyalah seorang usahawan dalam pembuatan perfume berjenama I'Rylie'z di Korea. Namun, jenama minyak wanginya itu mempunyai banyak pelanggan dari Malaysia. Jadi dia memutuskan untuk berganding bahu dengan Puan Neia untuk membuka cawangan syarikat I'Rylie'z di Malaysia.

Sejak itu, Puan Neia yang menjaga cawangan syarikat itu di Malaysia seorang diri manakala Puan Soojin pula menjaga syarikat itu di Korea. Pada waktu itu juga, Hyuri sudah berumur 17 tahun dan berdegil tidak mahu mengikuti ibunya untuk tinggal di Malaysia.

Mungkin kerana dia sayang untuk meninggalkan Jungkook di tanah airnya. Puan Soojin lah yang menjaga dia pada waktu itu sehinggalah dia dan Jungkook akhirnya memutuskan kata untuk berkahwin.

Sebab itulah, mereka semua mampu faham dan boleh berbahasa Melayu walaupun kadang-kadang agak pelat. Mungkin kerana Puan Soojin, Hyuri dan Jungkook amat kerap berulang-alik ke Malaysia untuk menjenguk Puan Neia dan hasil kerjanya di sini.

"Kenapa boleh jadi macam ni, Soojin? Sebenarnya mana Jungkook pergi? Akak tahu tak yang Neia dah booking semuanya pasal tiket honeymoon diaorang. Tapi.. Jungkook pula yang hilang."

Redup saja pandangan Puan Neia memandang Puan Soojin. Puan Soojin mengetapkan bibir dan menundukkan wajahnya memandang lantai. Rasa bersalah atas perbuatan Jungkook membuatkan dia malu untuk berhadapan dengan Puan Neia.

"I'm sorry, Neia. Akak pun tak sangka yang Jungkook dengan Junhyung tu sama je perangai. Suka sangat buat orang sakit hati."

"Akak tak nak cari dia ke?"

"Nasi dah jadi bubur, Neia. Akak kenal Hyuri sangat walaupun dia tu bukan anak kandung akak. Hyuri tu memang dah tawar hati dengan Jungkook. Akak sendiri pun dah sakit hati dengan Jungkook. Tak sangka dia akan perbodohkan semua orang."

Keluhan berat dilepaskan. Puan Neia memandangnya simpati. Dia juga tidak menyangka bahawa Jungkook akan bertindak sedemikian.

***

"Hanah, ni Puan Tasnim ada bagi kat saya. Dia suruh saya bagi kat awak," kata Husna, jururawat yang sememangnya dah lama bertugas di sini.

"Baiklah." Hanah mengangguk sebelum mengambil fail dari tangan Husna. Setelah Husna mula pergi dari situ, Hanah membuka fail tadi.

Seperti sudah tahu yang fail ini sememangnya adalah laporan tentang Jungkook.

"Jungkook dah sedar? Boleh discharge?" Hanah menaikkan sebelah keningnya. Sedar juga lelaki ni. Dah seminggu koma akhirnya sedar pun.

Dia membelek-belek setiap helaian kertas yang terlekat di situ hinggalah ke helaian terakhir, terdapat sticky notes terlekat di situ.

"Apa benda pula ni?" dia mencabut sticky notes itu. Setiap isi yang tertulis dia baca.

Hanah, maaf sebab saya cuti hari ni. Saya kena jaga anak saya demam. Suami saya pun tengah outstation sekarang ni. Saya harap awak boleh uruskan pasal discharge Encik Jungkook tu

Tasnim ♥

"Sejak bila kau jadi baik nak letak emoji love love bagai ni haa?" Hanah mengeluh seketika. Nampaknya dialah yang perlu menguruskan hal pengeluaran Jungkook dari hospital ini. Nak hubungi keluarga lelaki ni pun, dia pula yang lost identity.

Nasib baik nama dan umurnya dapat dia tahu. Passport tak ada, kad pengenalan apatah lagi.

"Kesiannya Jeon Jungkook ni. Merana betul hidup dia. Datang negara orang tak pepasal jadi sehelai sepinggan. Kena rompak lepas kemalangan memang dah cliche kat sini dah pun."

Hanah menolak pintu wad yang berada bertentangannya. Wad dimana menempatkan Jungkook di dalam.

Setelah tubuhnya berjaya melangkah masuk ke dalam, kelihatan Jungkook mengelip-ngelipkan matanya seperti orang bengang.

Hanah mula mendekatinya sambil tersenyum manis. Fail tadi masih lagi selamat berada di tangannya.

"Who are you? And.. where am I?" Hanah masih lagi tersenyum manis memandang lelaki ini.

"I'm your doctor. My name is Nur Hanah Aisyah but just call me Hanah. You are in the hospital, Mr. Jeon."

Jungkook memerhati Hanah dari atas hingga bawah membuatkan gadis itu merasa tidak selesa.

"You can discharge today," terus Hanah mengangkat kaki untuk keluar dari situ. Tak selesa pula dia apabila lelaki Korea ni asyik pandang dia saja.

"Wait! Are you Malaysian?"

Terus langkah Hanah diberhentikan. Baru dia perasan dengan pemakaiannya sekarang. Pakaian doktor dan bertudung putih, jauh sekali jika nak dibandingkan cara pemakaiannya dengan orang Korea.

Hanah berpaling ke arah Jungkook semula. "Yes.."

"Macam mana saya boleh ada kat sini?" soalan Jungkook kali ini membuatkan Hanah tergamam. Dia boleh berbahasa Melayu?

"Ermm.. awak dah seminggu accident. Baru pagi tadi awak sedar," jawab Hanah sekadar membatalkan sahaja niatnya untuk bertanya macam mana lelaki ni pandai berbahasa Melayu. Jungkook mengangguk faham.

"Mengikut laporan yang saya dapat, awak dah boleh keluar hari ni," jelas Hanah. Jungkook mengerutkan dahinya menambahkan lagi kebingungan dalam diri Hanah.

"Discharge? Keluarga saya akan datang ambil?"

Hanah menepuk dahinya. Lupa! Dia amnesia. Lost identity pula tu. Yang menjadi persoalannya sekarang, siapa keluarga dia? Mana lelaki ni nak pergi dengan keadaan dia yang macam ni dan tak tahu mana arah tuju?


"Erm sebenarnya.. Awak mengalami amnesia dan identiti awak juga pihak kami tak dapat kesan. Kami cuma dapat kesan nama dan umur awak saja." Penjelasan Hanah kali ini membuatkan Jungkook agak terkejut.

"Siapa saya sebenarnya? Kenapa jadi macam ni? Apa sebenarnya yang berlaku?" soalnya bertubi-tubi seperti orang bodoh. Hanah hanya memberi pandangan simpati. Kesian pula dengan lelaki ini.

"Nama awak Jeon Jungkook. Umur awak 25 tahun. Pihak kami syak selepas awak accident hari tu, barang-barang awak kena rompak. Sebab tu lah kami tak dapat kesan siapa keluarga awak. Yang kami jumpa ni saja.."

Terus Hanah menyeluk poket bajunya dan menunjukkan gambar Jungkook tempoh hari iaitu dimana dia bersama seorang perempuan yang bernama Park Hyuri.

"What is this?" Terus dia memegang kepalanya apabila tiba-tiba merasa sakit.

"Mr. Jeon?! Are you okay?"


++++

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro