Bab 34💌
🌙
“Huh..”
Aera mengeluh perlahan, dua bungkus ramen cup dicapai lalu dimasukkan kedalam basket makanan. Aera berjalan melintasi rak makanan ringan dan terus ke makanan sejuk beku.
Disebabkan dapur dia kosong dan tak ada benda yang boleh dimasak, jadi dia memutuskan untuk ke 7eleven sahaja memandangkan itu kedai yang dekat dengan apartmentnya.
“Ehh Aera..” tegur satu suara yang sangat dikenalinya. Aera mengetap bibir, fed up.
“Apa awak nak?” soal Aera pada Ruiji, lelaki itu tersenyum. Dia mengambil dua makanan ringan dari rak di belakang Aera lalu dimasukkan kedalam bakul gadis itu. Aera bulatkan mata.
“Ruiji, saya tak makan snek-”
“Saya belanja” kata Ruiji sebelum melangkah ke bahagian lain.
“Tapi-”
“Ini je ke?” Ruiji menyoal. Aera mengangguk kecil, Ruiji senyum. Dia menuntun Aera ke kaunter untuk membuat bayaran.
“Gomawo..” ucap Aera bila mereka keluar dari 7eleven tersebut. Ruiji cuma senyum, minuman sprite dibuka lalu diteguk.
“Jadi awak dah fikirkan?”
“Jangan bawa topik ni, boleh tak?” kata Aera, mahu marah. Ruiji angkat tangan tanda menyerah.
“Saya hantar awak balik”
“Tak apa saya boleh balik sendiri” kata Aera, mahu menolak tawaran Ruiji namun lelaki menarik lengan Aera, sedikit memaksa.
“Ruiji!”
“Saya hantar awak balik.” baru saja Aera hendak ditarik masuk kedalam kereta, ada satu suara yang menegur buatkan perbuatan Ruiji terhenti.
“Tak malu ke paksa jodoh orang, hah?” kata lelaki dengan pakaian serba hitam dengan mask yang menutupi wajah. Aera mendiamkan diri, Ruiji mengerutkan dahi.
“Mana kau tahu dia ni jodoh kau?”
“Jadi kau tahulah?”
Ruiji mengecilkan anak mata, bila menyedari gerangan tersebut, dia melepaskan pegangan tangannya pada Aera sebelum masuk kedalam kereta. Ruiji memandu pergi tanpa melihat kebelakang lagi.
“Huh! Terima kasih..” Aera mengeluh lega. Dia menundukkan badan kepada lelaki itu bertujuan untuk berterima kasih.
“My pleasure, sayang..” kata lelaki itu buatkan Aera terdiam.
Lelaki itu melepaskan mask yang dipakai buatkan mata Aera membulat besar.
“Yo- yoongi?”
Buk!
“Aera! Kenapa pengsan pulak ni!” kata Yoongi bila melihat Aera yang sudah terbaring diatas jalan raya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro