Bab 24💌
🌙
“Ha eomma, ada apa call ni eah?” Aera menyelitkan phone diantara bahunya sambil dia mencuci pinggan.
“Mama saja je call. Aera buat apa?”
“Aera tengah cuci pinggan ni. Kenapa eomma?” soal aku. Pinggan yang sudah siap dicuci diletakkan diatas rak pinggan.
“Ohh, yoongi ada cakap apa-apa ke dengan kamu?”
Aera diam. Yoongi nak cakap apa kalau hampir 3 hari mereka tak oncall? Dalam mimpi pun belum tentu Yoongi akan datang.
“Tak ada eomma, kenapa?”
“Tadi ada orang hantar lamaran. Untuk kamu, tapi nampaknya bukan dari Yoongi..” ucapan eomma buatkan Aera tersentak. Dia menutup pili paip selepas mencuci tangan.
“Siapa? Eomma terima?”
“Mama tak bagi jawapan lagi.. Aera, kalau kamu tak nak benda lain terjadi. Cepat- cepatlah minta Yoongi hantar tanda, yang penting kamu dan Yoongi ada ikatan, bukan menyepi macam ni..” kata eomma, Aera terdiam. Holly yang duduk diatas kerusi meja makan dipandang.
Anjing itu hanya memandang Aera dengan mata redup dan sayunya. Renungan yang mempunyai banyak makna.
“Ma, jangan terima lamaran dari sesiapa selain Yoongi..” ucap Aera, kedengaran eomma mengeluh dihujung talian.
“Em, kalau mereka datang lagi. Eomma akan cuba cakap elok- elok.”
“Em..”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro