Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23💌

🌙

Yoongi duduk diatas sofa sambil merenung handphone-nya. Hatinya sedari tadi merasa gusar, sehari tanpa mesej dan khabar dari gadis itu buatkan Yoongi tidak tentu arah.

Sungguh dia cakap, dia tidak berniat langsung untuk menyakiti perasaan Aera. Dia cuma ingin bertanya, kerana bimbang kalau- kalau Aera mulai bosan dengannya.

Aera, balaslah mesej..” bisik Yoongi pada dirinya sendiri. Dia mengeluh perlahan sebelum phone dibuang ke tepi.

“Kau kenapa?” soal Hoseok yang sedari tadi memerhati gerak geri Yoongi dari ekor mata, nachos disumbat masuk kedalam mulut.

“Aera.. dia tak balas mesej aku langsung.” jawab Yoongi. Hoseok jongket kening.

“Kenapa? Korang gaduh?”

“Aku yang mula dulu.” ujar Yoongi, lengan diletakkan diatas dahi sebelum sekali lagi dia mengeluh. Kunyahan Hoseok mulai perlahan.

“Kau buat apa?”

“Aku tanya soalan yang tak patut. Huh.. Aku tanya kalau dia bosan dengan aku, dia boleh.. dia boleh cari orang lain.” ucap Yoongi dengan nada suara yang bergetar. Hoseok mengetap bibir sebelum bahu kawannya itu dipukul. Aera yang kena tanya, dia pun panas.

“Kau ni, agak- agaklah kalau nak tanya soalan macam tu pun. Aera tu dah dengan kau nak dekat 2 tahun tahu tak? Aku tengok dia setia, takkanlah kau nak sia- siakan dia macam tu?”

“Mungkin sebab hubungan jarak jauh ni, kau mulai fikir bukan- bukan. Kau risau dia ada orang lain, kan?” soal Hoseok. Yoongi mendiamkan diri, siapa je tak risau?

“Hem..” jawab Yoongi dengan deheman.

“Pujuklah dia.”

“Aku tengah cubalah ni.” jawab Yoongi.

“Ohh, by the way, bila kau nak propose dia? Kita balik Korea dalam dua minggu lagi, kau tak ada plan nak buat lamaran ke?” soalan Hoseok buatkan Yoongi terdiam. Soalan Hoseok dibiarkan sepi tanpa jawapan kerana,

dia.. tak ada jawapan untuk itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro