Bab 21💌
🌙
“Sayang tengah buat apa?”
“Nothing, cuma tengah baring- baring. Temankan Holly tidur.” jawab Aera, malam ini dia terpaksa memakai mask kerana bimbang mendapat selesema dan bersin berulang- ulang kali.
“Holly ada dengan sayang?”
“Yup. Tadi saya ada bawa Holly pergi vet, doctor kata tak ada apa- apa yang teruk. Cuma katanya dia kurang makan je. Doktor ada bagi ubat, Holly makan tanpa banyak songeh.” terang Aera panjang lebar.
“Hem.. mesti dia rindu tu.”
“Siapa je tak rindu awak boo?” soal Aera, Holly yang sedang berbaring disampingnya diusap perlahan- lahan dan lembut.
“Aera..”
“Hem?”
“I miss you..” gemersik saja suara Yoongi mengucapkan kata- kata rindu. Aera senyum lebar, suka bila Yoongi jadi soft sekejap.
“I miss you too. Baliklah cepat, please..” rayu Aera. Terdengar Yoongi mengeluh dihujung talian.
“Saya tak boleh janji sayang..”
“Alooo” Aera merengek kecil sebelum ketawa. Dia bukannya memaksa, cuma dia terlalu merindukan Yoongi. Terakhir kali jumpa pun, 5 bulan yang lepas. Tak ke meroyan tu! Sakit tau menunggu ni!
“Kalau tour dah habis. Saya balik, tapi saya tak janji.”
“Em..”
“Aera..”
“Hem?”
“Bosan ke tunggu saya?” soalan Yoongi buatkan Aera mengerutkan dahi. Soalan macam apa itu.
“Mana ada bosan..”
“Kalau awak bosan.. awak boleh-”
“Yoongi, kita dah cakap pasal benda ni banyak kali. Kenapa ungkit? Saya akan tunggu awak walau bertahun lamanya, saya takkan pernah bosan sebab ini merupakan bukti cinta saya, kalau saya tak cintakan awak, buat apa saya tunggu? Membazir waktu!” Aera mengetap bibir, bibirnya diketap agar tidak mengeluarkan suara seraknya yang ingin menangis.
“Aera..”
“Saya nak tidur. Selamat malam, boo..”
Tanpa mendengar respon dari Yoongi, Aera menamatkan panggilan. Dia tak pernah bosan menunggu Yoongi, dia cuma separuh mati merindukan lelaki itu. Itu yang susahnya.
Yoongi awak dah mulai bosan dengan saya ke? Desis hati Aera sebelum mengeluh kecil.
Hubungan jarak jauh ni memang boleh buat mereka berfikiran negatif, kan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro