Bab 16💌
🌙
Buk!
"Ahh, gomen (maaf).." ucap seorang lelaki seraya turut ikut membongkok untuk mengutip buku aku yang bertaburan diatas lantai.
"Tak apa, terima kasih" jawabku lalu serentak kami berdua berdiri. Dia menghulurkan aku sebuah buku yang dia pungut tadi. Aku tundukkan badan, tanda berterima kasih.
"Err, maafkan saya.."
Baru aku mahu melangkah pergi, suaranya kembali membantutkan langkah kakiku.
"Eung?"
"Boleh saya tahu dimana letaknya pejabat? Saya baru pindah ke Korea lusa. Saya kesini nak uruskan kemasukan saya dalam universiti ni, ahh saya Ruiji Kentaro, dari Tokyo, Jepun.." katanya lengkap memperkenalkan diri dengan bahasa korea yang sedikit pelat, dia hulurkan tangan, aku sambut tanpa banyak tanya.
"Ahh, saya Kim Aera. Mari saya tunjukkan awak pejabat" kataku, kemudian beriringan kami berjalan menyusuri koridor yang sedikit lenggang kerana sekarang adalah waktu pagi.
"Kenapa pindah Korea?"
"Keluarga saya nak mulakan perniagaan dekat sini" jawabnya. Aku hanya anggukkan kepala sedikit kekok.
"Em, ni dia pejabat." kata aku. Dia menoleh sekilas ke pintu bilik pejabat berwarna coklat itu seraya menundukkan badan tanda terima kasih.
"Arigato!" katanya seraya senyum sebelum melangkah dia hulurkan aku beberapa biji coklat cadbury lalu melambaikan tangan. Aku hanya senyum.
Hem.
Drt drt!
New message from; Yoongiii💕
Refleks bibirku mengukir senyum.
Yoongiii💕
+morning princess😝
Haih, lil meow meow ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro