60; Self-harming Behaviour
Ditulis oleh: Dr. Rozanizam Zakaria
Soalan: Saya ada tabiat setiap kali saya tertekan, saya akan cederakan diri sendiri. Adakah itu normal? Apa yang perlu saya buat?
Jawapan: Perilaku mencederakan diri bukanlah sesutu yang normal dan tidak boleh dipandang ringan. Samaada oleh orang yang melakukannya atau sesiapa yang mengetahui kenalan atau ahli keluarga yang berbuat demikian. Non-suicidal self-harming behaviour atau perbuatan mencederakan diri yang bukan dengan niat ingin mati boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Antaranya:1) tidak mampu mengendalikan tekanan emosi 2) Gangguan personaliti seperti borderline personality disorder3) masalah kemurungan4) lain-lain bentuk tekanan seperti trauma, anxiety yang teruk
Langkah pertama mengatasi ialah dengan memahami kenapa self-harm (SH) itu berlaku?Sebab biasa SH- nak kawal emosi yang kuat seperti kemurungan, rasa kosong, kecewa, bersalah, tersisih, marah- tak dapat luah emosi dengan perkataan- nak rasa in-control- nak alihkan fikiran dari masalah - nak rasa sakit fizikal untuk ganti sakit emosi- nak rasa sesuatu sebab rasa 'numb'- sudah jadi habit
Kenapa SH tak baik untuk anda?- Ia sekadar memberi solusi sementara- masalah asal masih ada- ajar kita lari dari menyelesaikan masalah - kita akan jadi lebih sukar untuk mendekati orang lain untuk dibantu kerana rasa malu- rasa bersalah - ketagih dengan rasa sakit tersebut - boleh cipta masalah baru seperti pertengkaran dengan keluarga dan sebab yang paling penting - Allah tak suka perbuatan kita mencederakan diri sendiri.
Macam mana nak bantu elak dari perilaku SH ini?1) Terima yang ianya tidak baik dan sihat untuk diri anda2) berkongsi dengan seseorang 3) kenal pasti apa pencetus/trigger kita 4) jauhkan dari trigger atau selesaikan trigger tersebut5) cari cara cope untuk ganti - guna cara yang tak menyakitkan6) setiap kali rasa nak buat - tangguhkan - 1 minit, 5 minit, sejam, sehari, seminggu, sedikit demi sedikit7) ganti dgn yang kurang berbahaya - tarik gelang getah kuat2 lepaskan, mandi, exercise hard, scream in water, draw blood, cut papers, eat8) isi kekosongan- cari sesuatu untuk mengisi kekosongan9) dapatkan sokongan spiritual10) terima tekanan tersebut dan jangan lawan
Paling penting belajar untuk bertenang, kerana bertenang/ relaxation akan turunkan adrenaline, hormon yang trigger the the rush and urge. Belajar dan praktikkan:
1. deep breathing 2. mindfulness
Selain itu, belajar untuk kawal kehidupan anda sendiri dan jangan biarkan keinginan SH itu yang menguasai diri. Anggap SH ni macam Alien yang datang nak kuasai hidup kita. Kalau kita lawan, dia akan melawan dan control kita. Sebaliknya, cuba kenal, berbaik dan buat kawan, kemudian kita kawal dia. Tentukan apa yang kita nak buat dengannya. Terima hakikat yang keinginan itu datang dan pergi, tidak semestinya mesti diikuti dengan perbuatan.Dapatkan penilaian dan bantuan psikiatri/psikologi.
Ia adalah perjalanan yang sukar, namun percayalah, ramai telah melaluinya dan berjaya menguasainya. Saya doakan setiap dari anda menemui jalan keluar & dipermudahkan. Doa banyak-banyak. Allahkan ada.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro