Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

58; Mengurus Sunyi & Kesepian

Ditulis oleh: Norzi Malek

Menguruskan rasa kosong, 'Lost', sunyi dan Kesepian (Loneliness) yang dialami.


1. Kesepian (Loneliness) yang dialami merupakan keadaan di mana seseorang berasa letih, lemah, hampa, kecewa, sendirian dan rasa tidak diperlukan. 2. Kesepian melibatkan Mental dan Cognitive, bukanlah bahagian fizikal tubuh. Banyak orang berasa kesunyian, padahal dirinya dikelilingi ramai orang, rakan-rakan dan keluarga di sekitarnya. 3. Jujur kepada diri sendiri bahawa kita sedang Lost, Sunyi serta rasa Lonely dapat membantu kita menguruskan emosi semula dengan lebih baik (Tidak Denial). 4. Cari punca kenapa tiba-tiba kita mempunyai perasaan itu. Dengan mengetahui kunci segala masalah, kita lebih mengetahui langkah yang perlu diambil untuk mengeluarkan diri kita dari perspektif itu.5. Buat Rancangan Aktiviti Harian diri kita untuk melawan kesunyian yang dialami. Masukkan aktiviti untuk Me Time, Fizikal Time, Sosial time serta Play and Leisure Time.6. Mengurangkan bermain Media Sosial tanpa tujuan. Penggunaan yang berlebihan akan membuatkan masa kita yang berkualiti berlalu tanpa sedar. 7. Memperbanyakkan aktiviti Spiritual. Ini akan mengisi tangki emosi kita dengan cepat kerana kita tidak menggantungkan kebahagiaan kita terhadap orang lain. 8. Latihkan diri membuat jurnal kebahagiaan dan kesyukuran setiap hari. Tidak perlu menulis perkara yang sama berulang-ulang, cari penyebab baru kenapa kita perlu berterima kasih setiap hari. 9. Bina semula matlamat hidup yang hilang. Apa yang kita mahu dalam kehidupan ini, apa impian kita, apa harapan kita, apa usaha kita dan ke mana kita mahu membawa kehidupan kita pergi. 10. Bercakap dan bercerita kepada seseorang yang dipercayai. Luahkan apa yang ada di dalam fikiran, terbuka mendengar nasihat dan pandangan orang lain terhadap kita. Elakkan meluah di Sosial Media (Ini akan membuat keadaan menjadi lebih teruk).

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro