Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

46; Tragedi Sewol

Artikel ditulis oleh: Arkib Angker Negara

Pada 14 April 1912, dunia dikejutkan dengan tragedi kapal terbesar dunia ketika itu, Titanic yang terlanggar ketulan aisberg dalam perjalanannya ke New York pada pukul 11.40 malam. Dua jam empat puluh minit kemudian, pada pukul 2.20 pagi (15 April 1912) Titanic karam sepenuhnya ke dalam lautan bersama 1500 mangsa yang belayar bersamanya. Pelayaran Titanic terhenti 640 kilometer dari Newfoundland.

102 tahun kemudian, selang dua hari dari tarikh Titanic melanggar aisberg, pada 16 April 2014, dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kapal membawa muatan penumpang karam. Kapal yang bertolak dari Incheon, Korea Selatan itu dalam perjalanan ke Pulau Jeju dengan 476 penumpang, 250 orang daripadanya ialah pelajar dari Danwon High School yang sedang dalam lawatan sekolah. Kapal seberat 6825 tan ini menghala ke utara Byeuongpungdo pada pukul 8.58 pagi apabila kapten kapal  mula menyedari kapal itu mengalami kegagalan operasi selepas membelok. Selain itu, lebihan muatan kargo yang melebihi had yang ditetapkan pun menjadi punca kapal ini tenggelam.

Tragedi karamnya feri muatan penumpang ini ditempelak penduduk Korea yang bengang dengan  kelemahan kerajaan Korea Selatan menguruskan gerakan menyelamat dan operasi mencari mangsa. Yelah, kapten dah call pangkalan cakap kapal dah senget. Tapi pangkalan tetap bertenang-tenang macam tak ada apa yang terjadi. Memburukkan lagi keadaan, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dah siarkan berita cakap semua penumpang selamat dan berita ini disebarkan pula oleh agensi berita lain sedangkan keadaan mangsa dah kritikal masa tu. Sewol dah makin tenggelam tapi kerajaan menggesa maklumat palsu di keluarkan sebab nak redakan keadaan cemas rakyat. Pegawai jabatan pendidikan Geongi siap mesej ibu bapa pelajar yang terlibat kononnya semua pelajar dah selamat sedang hakikatnya pelajar-pelajar ini masih terperangkap dalam perut feri!

Kenapa pelajar-pelajar ni tak lari?? Umum mengetahui budaya Asia khususnya Korea dan Jepun yang sangat menghormati ketua dan guru. Jadi bila kapten kapal arahkan pelajar-pelajar ni duduk diam dalam kabin dan jangan keluar, mereka semua menurut perintah. Ada satu video, tunjuk pelajar perempuan duduk dekat kabin. Dia cakap dekat kawan dia, "Situasi ni sama macam kemalangan Subway haritu. Penumpang di minta tunggu kemudian mereka melarikan diri. Yang tak patuh arahan akan selamat".

Dan ya, itulah yang terjadi. Kapten kapal (Lee Jeun Seok) menjadi antara yang pertama di selamatkan. Keji kan? Dia suruh pelajar-pelajar ni stay dalam kabin sedangkan masa tu dia dah lari selamat kan diri dia. Masa perbicaraan kes ni di mahkamah, bila di tanya betul ke dia bagi arahan jangan keluar dari kapal dan tunggu sahaja di kabin, dia balas, "saya tak ingat."

Ada banyak rakaman video yang dirakam mangsa beberapa jam sebelum kapal itu tenggelam, kebanyakkan mereka (pelajar-pelajar) masih ceria semasa rakaman video di buat. Sebab mereka sangat yakin mereka akan diselamatkan. Yelah dekat luar dah dengar bunyi helikopter, dah ada bot-bot nelayan yang nak tolong bantu sedangkan masa tu feri tu dah nak tenggelam dah pun. Usaha menyelamat jadi semakin sukar dan mustahil pasukan penyelamat dapat keluarkan kesemua mangsa yang terperangkap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro