44; April Fool
Artikel dikongsi oleh: Jie Ni
Apakah itu Perayaan April Fool: Dimana ia bermula?
Sambutan April Fool disambut bersempena kejayaan melakukan penipuan yang besar. Penipuan besar itu dilakukan pada 1 April 1487 di Granada.
Semua itu berlaku semasa serangan tentera Salib di daerah selatan Andalusia dimana kebanyakan masyarakat Granada yang tidak bersenjata pada waktu itu hanya berkurung dirumah masing-masing.
Bagi memaksa masyarakat Granada supaya keluar dari rumah masing-masing, tentera Salib telah menawarkan kepada masyarakat Granada bahawa sesiapa yang ingin selamat perlulah pergi ke pelabuhan dan menaiki kapal ke tempat yang lebih selamat.
Tawaran itu telah menyebabkan masyarakat Granada keluar beramai-ramai dari rumah masing-masing dan telah pergi ke pelabuhan. Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku apabila tentera Salib telah membakar kesemua rumah mereka.
Apabila mereka sampai ke pelabuhan mereka mendapati tentera Salib juga telah membakar kapal-kapal yang dijanjikan.
Masyarakat Granada yang tidak bersenjata terdiri daripada perbagai golongan termasuk wanita, golongan tua dan anak-anak kecil telah dikepung di pelabuhan.
Tentera Salib telah membunuh mereka kesemuanya tanpa belas kasihan sehingga mengalir darah merah seperti air di pelabuhan itu. Mengikut catatan yang saya baca, seramai 100, 000 masyarakat Granada telah dibunuh sepanjang kempen tentera Salib di Granada.
Dengan kejayaan penipuan dan pembunuhan itu, dan juga penyerahan diri pemerintah Granada kepada tentera Salib, tentera Salib telah meraikannya dengan melaungkan selogan "April Fool".
Itulah maksud April Fool, iaitu meraikan kejayaan Penipuan dan Pembunuhan beramai-ramai tentera Salib terhadap masyarakat Granada.
Sumber:
- Guerra de Granada
guerra de la Reconquista (1482-1492), (100 000 muertos o esclavizados).
- Religious Refugees in the Early Modern World: An Alternative History of the Reformation.
- Kamen, Henry. "Spain 1469 – 1714 A Society of Conflict." Third edition. pp. 37–38.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro