Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37; Cerita Tentang Kehilangan

Sumber: LAMANMINDA
Ditulis oleh: Dr. Nadia


Cerita 1: “Doktor, kenapa susah untuk saya melepaskan? Saya tahu dia sudah tiada... saya tahu tapi hati saya ni masih lagi sangat sedih. Bila kesedihan ini akan berakhir Doktor?”
Dan air matanya diseka buat sekian kalinya.

Cerita 2: “Saya berasa amat tertekan sejak 2-3 minggu ini doktor. Saya berasa lebih sensitif dan asyik marah- marah. Hampir saya menampar isteri saya kerana dia menegur tentang sikap saya. Dulu saya tidak macam ini...”

(Doktor: Ada apa- apa yang berlaku yang mungkin menyebabkan perubahan sikap pada diri Encik?)

Isteri menyampuk... “Saya rasa selepas nenek dia meninggal dunia dan dia tak sempat nak balik rumah. Cuma yang saya pelik, selalunya selepas kematian orang jadi sedih, suami saya ni pula asyik nak marah je sampai dah jadi tekanan pada saya pula...”

                                  ..........
*The Art of Living is Lies in Fine Mingling between Letting Go and Holding On*
                                  ..........

Tahukah Anda?

Perasaan, emosi serta reaksi apabila terpaksa berhadapan dengan sesuatu kehilangan sama ada kehilangan seseorang seperti kematian, perpisahan atau sesuatu seperti pekerjaan atau didiagnosa sesuatu penyakit adalah lebih kompleks daripada apa yang kita sangkakan.

Kita selalu menyangka bahawa kesedihan ialah perasaan ‘normal’ apabila berhadapan dengan kehilangan, tetapi sangkaan ini adalah tidak benar. Malahan disebabkan sangkaan yang tidak tepat ini menyebabkan masyarakat lebih sukar untuk memahami tentang ‘grief reaction’ ini seterusnya menyulitkan proses ‘grief’ ini.

Kamus atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan beberapa definisi tentang ‘grief’ ini seperti emosi kepiluan, kesedihan, kehibaan, rasa kesal yang mendalam, tidak dapat ditenangkan, berkabung dan sebagainya. Semua definisi ini menunjukkan betapa beratnya emosi yang terpaksa dilalui oleh seseorang itu apabila berhadapan dengan kehilangan. Dan semakin berat sesuatu emosi tersebut, mungkin menyulitkan lagi proses untuk memahami serta penyembuhan.

Fakta yang lain yang perlu difahami ialah ‘grief’ ini merupakan suatu proses atau sebahagian proses perjalanan kehidupan. Ini bermaksud, emosi ‘grief’ ini akan sentiasa ada di dalam diri seseorang, tetapi akan hadir dalam keadaan datang dan pergi. Ini bermaksud, jika emosi utama ‘grief’ seseorang ialah sedih dan hiba, maka dalam keadaan harian yang biasa, perasaan ini mungkin tertanam di sudut hati, tetapi apabila terjadi sesuatu yang mengingatkan seseorang itu kepada ‘grief’ tersebut, maka emosi kesedihan dan kehibaan itu akan muncul semula pada masa tersebut. Proses ini mungkin akan berulang sepanjang hayat seseorang.

                             .........
            Everyone grief differently
                             .........

Reaksi ‘grief’ merupakan seseuatu yang kompleks. Perasaan marah, kecewa, rasa tercabar, rasa dikhianati, berasa kosong, ‘lost’, tidak percaya, tertanya-tanya, dendam, benci, berasa sunyi, keseorangan malahan berasa bersalah serta bertanggungjawab juga sebenarnya boleh menjadi salah satu emosi ‘grief’ yang dirasai. Malahan ada di antara mereka yang mula membuat lawak atau jenaka kerana emosi ‘grief’ ini. Apa-apa emosi sahaja boleh menjadi perasaan ‘grief’.

Sudah pasti reaksi ‘grief’ ini bergantung kepada personaliti seseorang itu. Mereka yang mempunyai personaliti ‘introvert’ mungkin akan menjadi lebih pendiam, mengasingkan diri dan tidak mahu untuk bercerita tentang kejadian yang menyebabkan ‘grief’ itu. Namun, ianya bukan bermaksud mereka ini murung, tidak redha atau mementingkan diri sendiri. Ianya hanya bermaksud mereka memerlukan ruang dan masa untuk mereka merasai ‘grief’ tersebut dengan cara yang paling selesa buat mereka. Maka, kita perlu memberikan masa dan ruang itu serta menghormati cara mereka ‘grief’ ini.

Begitu juga bagi mereka yang lebih ‘extrovert’ mereka akan menjadi lebih vokal, akan mempunyai pertanyaan seperti mengapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Ini juga merupakan cara mereka merasai dan menjalani ‘grief’ tersebut. Bukan bermakna mereka tidak redha, lemah atau murung. Mereka juga perlukan masa dan ruang tersebut.

Apa yang boleh kita lakukan?

Hormatilah cara seseorang itu menjalani ‘grief’ mereka dengan cara yang mereka minta. Kita boleh memberitahu mereka bahawa kita ada di sini untuk membantu dan bersama mereka jika diperlukan. Kita juga boleh bertanya kepada mereka bentuk bantuan bagaimana yang diperlukan. Berikan sokongan emosi ini dengan memberikan mereka masa dan ruang yang diperlukan -non-judgemental-.

Walaubagaimanapun, jika keadaan mereka ‘grief’ adalah berterusan sehingga memberikan kesan yang berpanjangan dan kesan negatif kepada fungsi harian mereka termasuk pengabaian kepada diri dan tanggungjawab, mungkin ini adalah petunjuk yang jelas untuk mendapatkan bantuan profesional.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro