Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30; Hymen..fakta atau mitos?

Artikel ditulis oleh: Prof. Imelda Balchin

Fakta atau Mitos.
Selaput dara atau hymen, menutup pintu faraj wanita sepenuhnya dan hanya akan pecah selepas hubungan kelamin pertama.

Jawapannya ialah MITOS.

———————————————

Fakta atau Mitos.
Selaput dara atau hymen, yang menutup pintu faraj itu mesti akan berdarah semasa hubungan kelamin pertama.

Jawapannya ialah MITOS

————————————————

Fakta atau Mitos.
Semua wanita yang sudah pecah selaput dara atau tiada selaput dara, bukan anak dara lagi dan pernah membuat hubungan seks.

Jawapannya ialah MITOS
————————————————

Untuk ilmu pengetahuan anda:
1 dalam 2000 bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara atau hymen yang menutup pintu faraj sepenuhnya. Inilah dinamakan ‘imperforate hymen’ atau selaput dara yang tertutup. Ini ialah satu masalah pembentukan janin yang tidak normal. Ramai orang sangka ini ialah normal untuk anak dara tetapi sebenarnya ini tidak normal.

Jika anak perempuan ada imperforate hymen, bila sudah usia baligh, didapati darah haid tidak boleh keluar dan berkumpul sehingga faraj menjadi bengkak di belakang pintu faraj kerana dipenuhi darah yang terperangkap. Bila dah remaja, ibubapa akan bawa ke klinik Gynae bertanya kenapa anak perempuan mereka sudah umur 16 tahun pun belum datang haid lagi. Bila pakar Gynae membuat pemeriksaan dan ultrasound scan, baru lah tahu sebabnya haid tak datang ialah imperforate hymen dan memerlukan pembedahan kecil untuk membuat lubang di selaput dara supaya darah haid boleh keluar. Selepas dibetulkan, tiada masalah lagi setiap bulan. Jadi anda semua kena faham, semua selaput dara wanita atau hymen wanita mesti ada lubang.

Apa yang normal ialah selaput dara yang berlubang-lubang dan berpecah-pecah seperti di dalam gambar. Selaput dara wanita sudah pecah-pecah dan berlubang-lubang sebelum dilahirkan lagi, semenjak usia 5 bulan sebagai janin di dalam kandungan ibu. Ia perlu ada lubang supaya darah haid boleh keluar. Ada juga bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara langsung.

Selaput dara ini juga bukan selaput yang tegang, ia lembut dan boleh stretch atau menjadi regang. Ia boleh pecah bila anak dara bersukan, seperti jatuh basikal, main gymnastics, menunggang kuda, walaupun tak pernah buat hubungan kelamin. Lubang yang sedia ada boleh stretch lebih besar jika anak dara pakai tampon. Ramai anak perempuan remaja yang hendak berenang semasa datangnya haid boleh memakai tampon untuk kebersihan dan keselesaan bila bersukan. Begitu juga dengan acara-acara sukan-sukan lain.

Jika tiada selaput dara, atau selaput dara sudah pecah, ini ialah satu kebiasaan bagi ramai wanita. Jangan membuat andaian atau fitnah yang wanita ini sudah membuat hubungan kelamin.

Ada juga wanita yang membuat hubungan kelamin yang pertama selepas kahwin tetapi selaput dara tidak pecah sepenuhnya, hanya lubangnya yang sudah sedia ada akan stretch dan besar sedikit tetapi tiada pendarahan dan selaput dara masih kekal ada.

Kesimpulannya:

1) Kalau anak dara nak belajar menggunakan tampon sebab mereka ingin bersukan dengan selesa semasa datang haid, ini tidak memudaratkan selagi tampon itu tidak dibiarkan lama-lama tanpa ditukar melebihi 8 - 12 jam untuk mencegah jangkitan bakteria yang menyebabkan toxic shock syndrome.

2) Kalau wanita menggunakan tampon, jangan buat fitnah mengatakan mereka bukan anak dara lagi.

3) Jika wanita membuat hubungan kelamin pertama kali selepas berkahwin dan tiada berlaku pendarahan, jangan buat fitnah mengatakan wanita ini sudah membuat hubungan seks bebas sebelum berkahwin.

4) +ika wanita itu ada selaput dara yang penuh (imperforate hymen) maka ini ialah masalah yang tidak normal dan perlu dibetulkan oleh doktor pakar Gynae secara pembedahan.

5) Tiada selaput dara atau selaput dara yang sudah pecah itu ialah perkara biasa bagi anak dara yang tidak pernah membuat hubungan kelamin.

Jadi kalau nak pakai tampon, pakailah. Takmau pakai tampon, toksah pakailah. Toksah bimbang pasai selaput dara tu. Itu hanya selaput.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro