22; Hentikan Self Stigma
Artikel oleh Dr. Nadia dari LAMANMINDA
ADA APA DENGAN SELF- STIGMA
Entah mengapa sejak minggu lepas
Saya telah diterjahi oleh soalan yang hampir sama oleh beberapa orang pesakit dan ahli keluarga mereka.
Soalan yang menyebabkan saya perlu meletakkan pen saya dan merenung ke dalam mata para pesakit saya.
"Doc memang suka merawat pesakit gila macam saya ya doc?" beliau berkata dengan ketawa kecil.
Tetapi saya nampak kolam air mata di matanya. Saya tahu bukan mudah untuk para pesakit ini menjejakkan kaki mereka ke Klinik Psikiatri. Bukan mudah untuk mereka menyerah diri kepada kami dan bercerita segala rahsia hati dan akal
yang sentiasa dijaga rapi kepada orang asing- Kami para doktor psikiatri. Bukan mudah.
Bak kata salah seorang pesakit saya
"Saya tahu saya tak gila, doc. Tapi suara ni makin hari semakin kuat sampai saya bercakap balik dengan suara-suara ini. Suara ni real, doktor. Tapi Saya tak gila! Cuma isteri saya minta saya dapatkan nasihat doc dan lepas cerita dengan doc, saya tahu doc boleh faham saya. Tapi saya tak gila, doktor!"
Kepada soalan tersebut, saya ingin meyakinkan anda semua bahawa 'gila' tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku rujukan kami. 'Gila' bukanlah satu diagnosis malah kami amat pantang bila orang lain melabel para pesakit kami sebagai 'gila' dan bukanlah tugas kami untuk 'menilai' atau menjadi jugdmental atas simptom atau keadaan anda.
Menjadi tanggungjawab anda juga
untuk tidak menerima 'nilaian negatif' daripada orang lain juga.
Diri anda adalah apa yang anda nilai. Anda yang bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri sama ada untuk berasa bahawa diri anda berharga
atau berada dikedudukan yang rendah.
Kenapa memilih untuk memandang rendah kepada diri anda sendiri?
Datang berjumpa dengan doktor. Bercerita tentang masalah atau simptom atau cabaran yang anda hadapi bukanlah satu tindakan yang merendahkan nilai diri anda. Bukan juga satu tindakan mereka yang lemah tetapi ianya menunjukkan betapa anda begitu menyayangi diri anda.
Anda cuba memelihara kesihatan emosi, akal dan peribadi anda dengan meminta bantuan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran. Ianya satu tindakan yang berani dan terbaik!
Jadi jangan memandang rendah pada diri sendiri semata- mata anda mendapat diagnosa psikiatri. Mungkin ianya adalah pintu untuk anda mengenali dan memahami diri sendiri supaya anda menjadi orang yang lebih baik daripada hari ini.
Mempunyai diagnosa psikiatri tidak bermaksud anda lemah/ hina/ hilang kemampuan/ tidak berupaya mengawal diri, fikiran atau emosi. Mempunyai diagnosa psikiatri tidak menyebabkan nilai diri anda hilang
Diagnosa psikiatri hanya bermaksud
anda memerlukan bantuan sama seperti para pesakit lain memerlukan bantuan daripada doktor yang lain. Mempunyai diagnosa psikiatri tidak bermaksud kehidupan anda terhenti di sini tetapi anda mesti terus untuk hidup dan mencapai segala apa yang anda inginkan dengan bantuan doktor dalam bidang psikiatri.
Kita tidak pernah boleh mengawal
tanggapan orang terhadap diri kita tetapi kita boleh mengawal tanggapan kita terhadap diri kita sendiri.
100 orang boleh mengejek kita lemah tetapi jika kita yakin bahawa diri kita kuat, berdaya saing maka kita akan terus mencapai matlamat kehidupan. Walaupun kita perlu mengambil ubatan setiap hari atau menghadiri temujanji di klinik psikiatri secara berkala kerana ianya adalah untuk kebaikan diri sendiri dan mereka yang amat bermakna dalam kehidupan kita.
Mengapa memilih untuk menilai secara negatif pada diri sendiri?
Sedangkan kita boleh menyayangi diri dengan nilaian yang lebih positif?
HENTIKAN SELF STIGMA NOW
Kerana diri ANDA begitu berharga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro