Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13; Bipolar Disorder & Ciri-Cirinya

Artikel/post ditulis oleh: Hanan Mikhael Azman

Secara ringkasnya Bipolar disorder adalah satu kondisi yang menyerang  mood seseorang secara ekstrim. Suatu ketika, kita rasa sangat bersemangat (mania). Satu ketika pula tiba tiba mood boleh jatuh merudum (down) mereka akan sangat depres, pesimis, putus asa, bahkan sampai mempunyai keinginan untuk bunuh diri.

Ia melibatkan gangguan yang boleh mengganggu aktiviti harian, perhubungan, carear & fungsi anda dalam masyarakat.

Bila berada di tengah garisan khatulistiwa dia normal. Bila swing ke kutub utara dia manic swing ke kutub selatan dia depress. Semua org normal ada mood swing sederhana. Tapi pesakit bipolar disorder, mood swing nya boleh betukar secata ekstrim. Cepat berubah mengikut kondisi diri pada ketika itu. Kadang orang keliling pun susah nak faham.

Bipolar disorder adalah kondisi mental di mana seseorang dengan mudah mengalami euforia atau manic yang kemudian berganti  menjadi depresi.

Secara biologinya perubahan emosi yang drastik ini terjadi kerana adanya produksi hormon kortisol atau hormon stress berlebihan dalam otak. Sehingga orang dengan Bipolar Disorder akan sangat mudah tenggelam pada aura depresi. Hormon/chemical inbalance dalam otak.

Tapi sering kali pengidap bipolar disorder tidak tahu ada gangguan pada hormon mereka. Yang mereka tahu hidup adalah beban atas semua yang terjadi. Pesakit lebih cenderung menyalahkan diri sendiri dalam apa jua hal yang berlaku di dalam hidupnya, sering rasa diri tak berguna. Seolah olah hidup sudah tiada ertinya lagi.

Tetapi pesakit bipolar disorder kebanyakannya kreatif. Ramai yang kebanyakannya berjaya dalam bidang bidang tertentu.  Ada yang sangat berbakat dalam bidang seni termasuk lah Vincent Van Gough. Steve Job pengasas Iphone juga salah seorang pengidap bipolar.

Ini aku ringkas kan sedikit sebanyak ciri ciri utama pesakit bipolar disorder.

1. Mania.
Pada fasa ini, mood sangat baik, semangat terlalu tinggi, tenaga berlebihan, rajin, suka untuk menghasilkan karya. Mampu menyiapkan kerja dengan begitu sempurna & penuh ketekunan. Otak mampu berfikir dengan cekap. Kreatif & idea banyak. Mampu berfikir hingga mencetus sesuatu yang hebat, ini kena dalam keadaan manic dia mampu berfikir di luar kotak atau tiada kotak langsung baginya. Sel sel otak berhubung dengan sangat laju. Tapi kadang terlalu laju berlegar di dalam otak.

2.  Mood down.
Pada fasa ini memang banyak menguji diri dari segi carear. Kerja/tugasan tidak mampu di siapkan dengan baik. Tiba tiba rasa putus asa & rasa gagal untuk menyiapkan task dengan sempurna. Boleh meninggalkan pekerjaan yang sedang diusahakan begitu sahaja. Tidak bertenaga. Kalau anda seorang pekerja, Prestasi kerja boleh merudum secara ekstrim. Ada yang sampai dibuang kerja.

3. Depresi.
Umumnya depresi pesakit bipolar sama sahaja dengan orang normal yang lain, sedih, tiada selera makan, putus asa, kecewa, tiada semangat, tiada energy & sangat memenatkan. Dunia ini penuh dengan kesedihan.

4. Mudah Marah
"mixed mania” dimana gejala mania dan depresi terjadi dalam keadaan serentak. Pada kondisi seperti ini, mereka menjadi sangat mudah marah. Sukar untuk mengagak akan perubahan mood yang terjadi. Tapi boleh dilihat apabila dia marah berlebihan dan semakin teruk.

5. Bercakap dengan cepat.
Biasanya terjadi pada pembicaraan satu arah dimana mereka berbicara dengan cepat dan orang lain hanya mendengarkan. Mereka juga membicarakan hal dengan topik berbeza secara berlompat. Perubahan topik yang dibicarakan selalu cepat dan tidak menentu. Ini kerana otaknya terlalu laju berfikir, ia berlaku dalam fasa manic.

6. Bermasalah dalam pekerjaan.
Perubahan mood yang sangat ekstrim sangat mengganggu kerjaya, mood tidak menentu dari manik ke depresi dan depresi ke manik, pesakit mengalami kesulitan untuk mengerjakan tugasan dengan baik. Selain itu, masalah yang biasa ada dalam bipolar, Susah tidur, mudah marah, dan ego yang meninggi saat mania, dan depresi juga banyak membuatkan mereka sukar untuk bekerja.

7. Masalah ketagihan.
Tak semua pesakit terlibat dengan ketagihan, namun ada yang cuba mengurangkan depresi dengan minuman beralkohol, dadah atau pun hanya sekadar menghisap rokok. Namun ada beberapa sumber mengatakan Ganja merupakan ubat terbaik bagi bipolar berbanding ubat ubatan klinikal. Allahualam aku tak mahu bicarakan bab itu, isu sensitiviti.

8. Fikiran sering berubah.
Jika minggu ini ideanya begini, minggu depan berkemungkinan ideanya berubah 360°. Agak sukar untuk orang sekeliling meneka jalan pemikiran mereka. Tapi kadangkala inilah keistimewaan pesakit bipolar, full of surprise.

9. Insomnia.
Antara permasalahan paling besar, sukar tidur. Selalunya saat manic iaitu tenaga berlebihan, maka sangat mustahil untuk tidur dengan amannya. Otak pada ketika ini sangat laju berfikir, langsung tiada ruang untuk menidurkan diri. Kebanyakannya mengambil peluang ini untuk menyiapkan kerja, berkarya & membuat planning. Idea datang secara sangat laju.

10. Sukar memberi konsentrasi.
Saat dirinya dilanda depresi, memang agak sulit untuk berkonsentrasi. Terlalu banyak yang akan muncul di minda. Fikiran akan berpecah belah hingga sulit bagi pesakit untuk fokus akan satu perkara.

11. Hilang semangat untuk hidup.
Ini adalah fasa yang agak kritikal, ia biasanya terjadi dalam mood yang rendah (down). Pada ketika ini ada tanpa sedar ada yang cuba membunuh diri. Aku sendiri pernah terjebak dalam masalah ini. Alhamdulillah, nyawa masih panjang. Nauzubilllahiminzalik.

Serius sebenarnya terlalu banyak yang aku mahu kongsikan sama kalian. Aku tahu ramai yang tertanya tanya & ada yang berinisiatif menggodek sang google untuk mengorek apa yang aku katakan dengan penyakit bipolar disorder & anxiety dalam status tempohari. Bagi kami yang menderita penyakit ini kebanyakannya tidak berani untuk menyuarakan perihal ini secara terbuka. Ini semua akibat stigma masyarakat yang memandang serong akan pesakit yang mempunyai permasalahan berkaitan dengan otak.

Malu beb kalau orang tau kau sakit otak. Akhirnya pesakit menderita seorang diri & ada yang tidak bernasib baik mengambil jalan akhir dengan membunuh diri. Salah siapa? Tolong jangan salahkan mereka, hanya Allah saja yang layak mengkategorikan dia sebagai mati dalam keadaan mungkar atau bertindak dalam keadaan kurang siuman. Segala keampunan buat mereka. Amin

Sebenarnya stigma masyarakat yang menghumbankan penyakit mental ini sama sperti gila adalah SALAH...!

Dah lama sebenarnya aku ingin memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Tapi hati berbelah bagi. Namun akhirnya kali ni aku bertekad, aku perlu ubah stigma masyarakat tentang penyakit ini.

Lebih menyedihkan bukan sahaja mereka memandang sinis, malah ada yang dengan angkuhnya mengatakan yang pesakit ini mengada ngada, layan perasaan, nak tarik perhatian ramai. Sedara tak rasa apa yang kitorang rasa. Seronok sangat ke kalau dapat mengada ngada macam tu? Seksa & penderitaannya hanya pesakit yang tahu. Apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan fakta & pengalaman sendiri. Ada banyak simptom lagi sebenarnya.

Dari segi rawatan pula ada banyak proses & ia mengambil masa yang lama, ia memerlukan usaha sepanjang hayat. Penat sedara.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro