Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9: Malu Tapi Terdesak

Sambil-sambil menunggu lelaki yang sudah meragut kepolosan pipiku, aku memerhati gelagat manusia di segenap kafe terbuka ini. Hospital Swasta Ataraxia memang terbaik. Starbucks ada. Baskin Robbins ada. Krispy Kreme, jangan cakap... Juga ada. Sebab itulah hospital ini menjadi pilihan kelas pertengahan atau atasan.

Aku? Aku pula terpaksa kerana hospital ini adalah hospital yang paling dekat dengan rumahku.

"Maaf buat awak tertunggu."

Dalam melayani perasaan sendiri, Dr. Noe muncul lalu mengambil tempat duduk bertentangan denganku.

"Tak mengapa, doc. Saya sanggup tunggu untuk dapatkan secebis alasan daripada doc..."

"Saya terpaksa." Dr. Noe memotong bicaraku. Wajahnya tampak serius, tiada sedikit pun segaris senyuman. Kelihatan juga renik peluh menghiasi dahi lelaki itu. Mesti terkejar datang ke kafe ini untuk bertemu denganku.

"Walaupun terpaksa, tetapi ada bayarannya doc." aku menguntum senyum. Di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa terdesaknya aku di saat ini.

"Ya, saya tahu. Setiap tindakan akan ada harganya. Tell me, apa yang awak perlukan?" kini sedikit senyum terukir di hujung bibir Dr. Noe.

"Carikan saya tempat tinggal. Saya betul-betul perlukannya sekarang." aku membuat permintaan tanpa segan silu.

"Oh." Dr. Noe menguak rambut hitam dan ikalnya ke belakang beberapa kali. Nampaknya lelaki itu seperti berat untuk menolongku.

"Suka kucing?" Dr. Noe menyoal tiba-tiba.

"Kucing? Ya." aku mengangguk.

"Good. Memandangkan esok saya cuti, kita jumpa di sini sebelum saya bawa awak ke rumah baru tu." Dr. Noe menyambar telefon milikku lalu menekan-nekan skrinnya. Selang beberapa saat, telefonnya berdering.

"Saya dah savekan nombor saya, jadi apa-apa hal... Mesej ya." Dr. Noe bangkit. Tidak lupa juga beberapa keping not 50,000 diserahkan secara paksa kepadaku.

"Du...duit ni untuk apa doc?"

"Belikan sepatu baru." balasnya selamba sebelum beredar pergi. Aku menunduk, memandang sneakers yang tersarung di kakiku. Lusuh dan sedikit koyak.

"Mesti kau nampak menyedihkan di hadapan Dr. Noe kan Laliz?"

Aku melepaskan satu keluhan. Dah rasa macam pacat pula, minta yang bukan-bukan daripada lelaki itu.

"Maaf, doc. Saya juga terpaksa."

******

"Eri!"

"Yes, mom?"

"Apa benda kamu sumbat dalam bagasi ni?"

"Ma, dah terang lagi bersuluh haa. Takkan nak tanya lagi?" jejaka berusia 20 tahun melompat turun dari sofa.

"Mama mahu kamu ke sana jenguk abang. Bukan pergi buat magik." Chaewon mengeluarkan beberapa barangan milik anaknya yang dirasakan tidak penting.

"Pa, tengok mama ni!"

"Noe Hendery." Chaewon tidak menunggu sesaat, dihadiahkan penyepit ketam ke lengan kanan anak keduanya itu. Hendery menyeringai kesakitan walaupun cubitan itu sekadar perlahan.

"Ma."

"Apa dia?"

"Mama yakin ke abang akan tunaikan permintaan mama nanti?" Hendery merebahkan tubuhnya ke atas lantai manakala paha ibunya dijadikan alas kepala.

"Abang kamu anak yang menurut perintah. Tak pernah sekali dia abaikan permintaan mama dan papa." Chaewon menguntum senyum sambil mengelus rambut lebat Hendery.

"Kita bertaruh nak tak, ma?" Hendery membuat usul.

"Bertaruh?" mata Chaewon membuntang. Tidak semena penyepit ketamnya kembali aktif. Maka terdengarlah jeritan Hendery memecah hening suasana rumah dua tingkat tersebut.

******

"Apahal kau tergelak seorang diri ni?" Noe Taehyung menepuk bahu Gabriel.

"Tak, aku rasa kelakar sangat. Ada patient aku nak besarkan buah dada supaya boleh simpan lebih banyak susu." tawa Gabriel terhambur.

"Habis tu kau cakap apa pada patient kau?" Taehyung menyisip sedikit air sejuk sebelum menjeling jam di tangannya.

"Aku cakaplah, buah dada besar tak menjamin penghasilan susu yang banyak. Dia macam tak percaya. Jadi aku cerita kes bayi mati lemas kerana terhempap buah dada ibu sendiri, terus dia batalkan niat dia tu." dengan tawa yang masih bersisa, Gabriel menyambar sebiji mochi pemberian seorang jururawat. 

"Macam-macam." Taehyung hanya mampu menggelengkan kepala. Bila deal dengan ramai orang, pasti bermacam perangai perlu dihadap.

"Haa, kau apa cerita?" Gabriel tersengih bak kerang busuk.

"Video kau cium pesakit Dr. Wang dah tersebar dalam kalangan kakitangan hospital ni tau." sambung lelaki itu bersama senyuman penuh makna.

"Salah ke aku cium wife aku sendiri?" Noe Taehyung bangkit. Gelas kertas kosong dicampak ke dalam tong sampah lalu dirinya berlalu pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro