8: Drama Di Rooftop
Berdiri di bumbung terbuka Hospital Ataraxia sedikit pun tidak membuatkan aku tenang apabila teringatkan kejadian pagi tadi sebelum aku datang ke sini untuk bertemu dengan doktor pakar.
******
"Rumah ini rumah aku. Aku ada hak untuk berbuat apa sahaja!" Puan Lee menengking.
"Saya tahu ini rumah, puan. Tetapi kenapa perlu mendadak? Kontrak sewaan rumah ini pun masih berbaki setengah tahun." aku membalas tenang. Malas nak tinggikan suara sebab aku penat sangat.
"Ah, berbaki setengah tahun atau sepuluh tahun... Aku tak kisah. Pokok pangkalnya, kau kena kosongkan rumah aku ni dalam minggu ni juga." Puan Lee tetap bertegas, tiada pun sekelumit belas kasihan.
*******
"Stress ke doc hari ini?" Noe Taehyung ditegur rakan sejawatnya apabila menghala ke arah zon merokok yang disediakan khas oleh pihak hospital.
"Sedikit." Taehyung tersenyum tawar sebelum berlalu pergi. Sebatang rokok dikeluarkan tidak sabar dari kotaknya dan lelaki itu bersandar pada dinding konkrit. Sesekali matanya melirik ke segenap ruang terbuka itu lalu menyalakan rokok tersebut dan menghisapnya untuk membuang gundah di hati.
"Dasar nenek sihir!"
Satu makian menerjah pendengaran Noe Taehyung. Lelaki itu segera berpaling ke kiri. Kelihatan seorang wanita memijak-mijak geram sesuatu.
"Choi Laliz?"
*******
Aku berhenti memijak patung squishy sotong kurita tatkala namaku diseru seseorang. Suaranya sedikit garau, sepertinya aku terbiasa dengar.
"Eh doc." aku berpura-pura tenang dan tersengih lebar apabila Dr. Noe menghampiriku.
"Kenapa? Gaduh dengan sotong kurita tu ke?"
"Anger management, doc. Nasib baik ada sotong kurita ni... Kalau tak, mungkin ada manusia yang tidak bersalah akan ditumbuk." aku memegang palang besi lalu mendongak melihat langit biru luas terbentang. Kewujudan awan sirus pada waktu ini menandakan cuaca baik-baik sahaja.
"Bagaimana, okey?" Dr. Noe turut berdiri di sebelahku. Sesekali rokok di tangannya disedut dan asapnya dihembus ke kanan.
"K.O." aku membalas ringkas. Dahlah kena halau keluar dari rumah sewa, lepas tu keputusan ujian darah agak mengecewakan. Bagaimana aku nak okey hari ini?
"Doc?"
"Saya?"
"Ya. Kalau ditengok cara doc hisap rokok, mesti banyak masalah kan?" aku menebak.
"Separuh okey, separuh K.O." lelaki itu menjawab sebelum melepaskan satu keluhan.
"Bertabah ya, doc. Hidup ini kalau tak ada ca..."
"Noe Taehyung!"
Bicaraku terganggu apabila seseorang memanggil nama Dr. Noe. Aku dan lelaki itu serentak berpaling ke belakang.
Ah, Dr. Wang. Doktor rheumatology baru yang merawat aku untuk penyakit fibromyalgia.
"Call tak angkat, ingatkan sibuk bertugas... Rupanya di sini."
Rasa macam janggal pula apabila berada di antara Dr. Noe dan Dr. Wang. Maka, ada baiknya aku mengundurkan diri.
"Nak ke mana?" baru setapak aku mengorak langkah, tangan kiriku diraih Dr. Noe. Kuntuman senyum turut dihadiahkan kepadaku.
Situasi apakah ini?
"Pu...pulang." aku menjawab gugup apabila wajah doktor lelaki itu terlalu dekat dengan wajahku.
Chu. Satu kucupan lembut hinggap di pipi kananku.
"Hati-hati. Dah sampai rumah nanti, jangan lupa bagitahu." Dr. Noe berpesan.
Apa? Kenapa? Drama apakah ini yang sedang berlaku?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro