Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7: Hakikat, Realiti dan Penyesalan

"Kak, nak buat apa dengan gunting tu?" satu soalan meluncur dari mulut Soobin membuatkan aku sedikit terperanjat.

"Potong ayam." aku membalas ringkas lalu menala kaki ke arah dapur.

"Ini bukan gunting khas untuk potong ayam." gunting di tanganku dirampas laju oleh Soobin. Langkahku turut dihalangnya.

"Ya, akak tahu. Gunting untuk potong ayam dah rosak, bilahnya patah." aku merenung wajah adikku itu, cuba membaca apa makna sebenar di sebalik tindakannya.

"Kau takut akak cederakan diri lagi?" aku menebak.

"Ya, Soobin tak nak akak cederakan diri akak lagi. Soobin takut." remaja itu mengemam bibirnya, cuba menahan tangis.

Aku menunduk. Peristiwa tiga tahun yang lalu kini bermain lagi di benakku. Pada malam salji turun dengan lebatnya, aku menikam perut sendiri kerana tidak tahan menanggung secondary dysmenorrhea yang begitu menyakitkan. Lukanya tidak terlalu dalam tetapi parut berbekas sehingga kini.

"Kak, tolong ya?" Soobin duduk melutut bersama esakan halus. Aku terkedu dengan tingkah drastiknya itu.

"Akak janji, akak janji." aku merangkul tubuh Soobin seeratnya. Dalam gerimis di tengahari, aku dan dia menangis bersama-sama seperti mana ketika kami berdua kehilangan ibu dan ayah sepuluh tahun yang lepas.

••••••

"Dr. Noe!" Wang Yiren mempercepatkan langkah apabila Noe Taehyung melewati jabatan rheumatology.

"Taehyung-ah!" doktor berambut perang itu berjaya menyaingi Taehyung. Dengan helaan nafas kencang, tangan doktor lelaki berambut ikal itu direntap.

"Apa?" Taehyung membalas dingin sebelum merungkaikan pegangan Yiren.

"Sampai bila nak mengelak dengan saya?" Yiren berpeluk tubuh. Wajah gusar Taehyung diamatinya.

"Sampai bila-bila." selamba Taehyung menjawab. Pandangannya dilarikan ke arah lain kerana bertentang mata dengan Wang Yiren boleh membuahkan rasa amarah bila-bila masa sahaja.

"Sampai bila-bila?" Yiren tergelak kecil lalu memberanikan diri mengusap lembut lengan Taehyung.

"Awak takkan mampu, Dr. Noe." Yiren mengenyit mata nakal dan pipi Taehyung dicubit sedikit.

"Yiren, behave." rengus Taehyung.

"Dan please sedar diri, kita sudah tiada apa-apa hubungan semenjak awak cuba bunuh Loki." tambah lelaki itu sebelum mengorak langkah.

"Saya tak sengaja, Taehyung."

"Tak sengaja atau sengaja, ia takkan mengubah apa-apa. Hakikat tetap hakikat. Realiti tetap realiti." Taehyung berpaling sekilas lalu menyambung langkahnya.

******

"Apa, doc? Boleh ulang sekali lagi tak?"

"Keadaan awak, kita panggil pelvic girdle pain, PGP. Satu daripada lima wanita hamil akan mengalami masalah ini, termasuk awak." sesekali Taehyung mengerling skrin telefon pintarnya yang menyala. Ada satu panggilan masuk namun dibiarkan sahaja kerana konsultasi dengan pesakit lebih penting.

"Ada petua tak bagaimana nak kurangkan rasa sakit ni, doc? Seksa teruk saya dibuatnya." wanita berbangsa Nigeria, hamil lima bulan menyoal tanpa segan.

"Kena sentiasa tukar posisi. Jangan duduk lama-lama lebih 30 minit. Bila berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua-dua kaki. Paling penting, jangan angkat benda-benda berat, jangan naik turun tangga dengan kerap, jangan kerap membongkok." terang Noe Taehyung panjang lebar. Pesakit di hadapannya bak burung belatuk, terangguk-angguk menerima sahaja apa yang dikatakan doktor lelaki itu.

"Nanti bawa surat rujukan ni ke unit fisioterapi ya. Nanti akan ada senaman-senaman yang akan diajar oleh ahli fisioterapi untuk kurangkan rasa sakit." dua helai kertas nipis merah jambu dilipat cermat lantas diserahkan kepada wanita tersebut.

"Terima kasih, doc."

"Sama-sama." Noe Taehyung menguntum senyum buat seketika. Senyumannya mengendur tatkala membaca satu pesanan ringkas yang diterima daripada seseorang.

<Perempuan Tak Guna>
Ibu perlukan duit.

Taehyung bangkit dari duduknya. Penyesalan mula bertandang. Kenapalah dirinya bodoh dan beria mencari ibu kandungnya sebaik menjejakkan kaki ke bumi Korea dan setelah menjumpai wanita itu, segala-galanya huru-hara.

"Shit!" carutan kedengaran. Laci diselongkar dan sekotak rokok disambar. Kini satu tempat mahu dituju Noe Taehyung...

Bumbung terbuka Hospital Ataraxia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro