5: Kepulangan Ratu Ataraxia
"Terima kasih." Noe Taehyung menahan Gabriel dari terus menuangkan arak beras ke dalam gelas kecil miliknya.
"Tak seronoklah." Gabriel membidas lalu merangkul bahu Young Hoon. Berbekalkan suara sumbang, mereka berdua bersenandung riang. Makan malam kelam kabut di restoran BBQ yang terkenal di daerah Gangnam. Nampaknya selera Timbalan Pengarah Hospital Swasta Ataraxia secocok dengan usianya. Lelaki tua itu tidak gemarkan restoran mewah kerana perlu mengikut protokol dan formal.
Di restoran BBQ ini, mahu bersorak sambil melagakan gelas, berdendang dan berbual tanpa henti... Tiada siapa yang peduli.
"Tengok, bintang utama sudah muncul!" Young Hoon bersorak. Masing-masing mengalih perhatian pada pintu yang terbuka luas. Taehyung juga tidak terlepas. Seorang gadis melangkah masuk, berjalan tidak ubah seperti model dan tidak lekang menguntum senyum.
"Wang Yiren, ratu Ataraxia sudah pulang!" jerit Gabriel lalu meluru ke arah gadis itu. Taehyung menunduk, amarah lamanya pada Yiren kembali menguasai diri.
••••••
"Alah kak. 5 juta won je, bukannya banyak pun." Choi Soobin, satu-satunya adik lelaki yang aku ada tidak putus memujuk dan merengek.
5 juta won bukannya banyak kata dia? Weh, dah boleh bayar macam-macam bil. Bil api, bil elektrik, sewa rumah, kos ubat-ubatan aku lagi.
"Kalau kau nak beli barang-barang tu semua, kau kerja. Jangan tahu nak meminta je." aku bangkit dan mahu membawa diri ke balkoni. Baik tengok bintang-bintang bertaburan di dada langit berbanding hadap muka Soobin. Lama-lama aku pula boleh jatuh kasihan.
"Tak mengapalah, kak. Hari ni adik susah. Esok lusa akak susah, siapa nak tolong." ujar Soobin berbaur kecewa. Itulah ayat yang sentiasa diulangnya bila tak dapat benda yang dihajati.
"Tak tolong pun tak mengapa, akak pun tak nak hidup lama atas dunia ni. Akak penat." aku membalas perlahan.
Ya, aku terlalu penat. Hampir lima belas tahun melawan penyakit kronik berbilang, sekarang aku sangat penat. Aku mahu give up. Aku tak sanggup untuk teruskan lagi.
••••••
"Loki!" Noe Taehyung kaget saat terpandangkan kucing peliharaannya terbaring lemah di tengah ruang tamu. Terdapat beberapa tompok darah di atas lantai.
"Loki, ke...kenapa ni?" tangisan Taehyung mula terhambur apabila tubuh kucing itu dipangkunya berhati-hati.
Meow. Loki mengiau sekali.
"Kita ke klinik sekarang. Kita ke klinik."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro