Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4: Kucing dan Stroller Bayi

"Loki!" satu nama diseru sebaik Noe Taehyung melangkah ke ruang tamu. Tubuh yang kepenatan dihempas ke atas sofa manakala beg galas dibiarkan sahaja terdampar di lantai.

"Loki. Loki rindu papa tak?" seekor kucing baka scottish fold diangkat tinggi sebelum dicium geram oleh lelaki berpangkat doktor itu.

Meow. Loki menjawab sekali.

"Good boy." Taehyung mendakap erat Loki. Kehangatan tubuh kucing itu membuatkan Taehyung menjadi tenang. Segala kekusutan berkaitan hal-hal kerja hilang begitu sahaja.

Meow. Meow. Meow. Loki mengiau tiga kali.

"Ya, papa tahu. Izinkan papa berehat sebentar. Nanti papa main dengan kamu." Taehyung menjawab lemah setelah kedua-dua kelopak matanya sukar untuk dikuak.

Loki diam seakan memahami keadaan tuannya.

Tidak sampai beberapa minit, dengkuran halus mula kedengaran. Noe Taehyung tertidur tanpa membersihkan diri terlebih dahulu.

••••••

"Mana bayinya?" sedang mengelamun menanti giliran bertemu doktor, aku ditegur oleh perempuan tua yang kerap memandangku dengan ekor mata semenjak aku melabuhkan punggung ke atas bangku ini.

"Ah... Saya belum berkahwin lagi, makcik." aku membalas.

"Habis, kereta sorong bayi ni untuk siapa? Anak saudara?"

Tu dia aihh, banyak tanya pula makcik tua ni.

"Ini untuk memudahkan saya berjalan, makcik sebab kaki saya tak kuat. Kena ada bantuan." ada baiknya aku berterus-terang. Kalau tak, nanti akan ada soalan seterusnya.

"Aih! Muda-muda pun dah sakit kaki." wanita tua itu tergelak. Tangannya pula tanpa segan menepuk paha kananku. Ya Tuhan, rasanya cukup berbisa memandangkan aku sensitif dengan sentuhan semenjak menghidap penyakit fibromyalgia. Kadangkala orang sentuh sedikit pun dah rasa sakit atau pedih, inikan pula ditepuk tampar agak kuat.

"Penyakit tidak kenal muda atau tua, miskin atau kaya, makcik." aku bangkit apabila monitor menunjukkan angka 1802.

"Satu lapan kosong dua, bilik sepuluh." pengumuman berkumandang di segenap ruang. Nasib baiklah giliran aku dah tiba, kalau tak... Boleh bertekak dengan makcik tua tersebut. Buang masa kau je, Laliz. Baik angkat kaki. Hadap muka doktor kacak lagi ada faedahnya.

••••••

"Haa, Taehyung!" Young Hoon melangkah tergesa-gesa bagi mendapatkan rakan sekerjanya itu.

"Yes, bro?" Taehyung menghulur secawan kopi hangat yang dibelinya di kafe kepada lelaki berwajah serius itu.

"Malam nanti jadi tak?" Young Hoon menyambar kopi pemberian Taehyung lalu menyisipnya dengan berhati-hati.

"Jadi apanya?" kerutan terbentuk pada dahi Taehyung. Dia ada lupa sesuatu ke?

"Makan malam dengan Timbalan Pengarah." jawab Young Hoon, sesekali matanya melirik nakal apabila ada jururawat melewati mereka berdua.

"Ah, yang itu aku tak ikut. Bimbang biarkan..."

"Jangan cakap sebab kucing jantan tu kau tak nak ikut kami semua?" Young Hoon menebak. Dia arif lagi mengetahui kerana Noe Taehyung selalu memberikan alasan yang sama.

Bimbang Loki bersendirian terlalu lama di rumah.

"Kalau dah tahu, kenapa tanya lagi? Buang masa kau je." Taehyung menepuk bahu kiri rakannya.

"Tak, aku rasa kau akan join nanti sebab motif utama makan malam... Meraikan kepulangan Yiren."

Yiren?

Mendengarkan nama itu, jantung Taehyung bagaikan berhenti berdegup untuk beberapa saat. Tubuhnya mula merasa dingin.

Wang Yiren, untuk apa kau pulang lagi ke sini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro