39: Impian Terakhir
"Sudah sebulan telah berlalu, misteri kehilangan seorang ahli kumpulan Straight Kids masih belum terjawab. Siasatan menunjukkan bahawa Lee Felix keluar berseorangan tanpa pengetahuan pengurus dan ahli kumpulan itu dikatakan memiliki sikap yang aneh."
Berita yang sedang disiarkan di kaca televisyen tidak kuendahkan kerana aku lebih teruja dengan dua pasang baju panas di tanganku. Satu berwarna ungu lembut, satu lagi merah jambu. Sekarang tugas aku mengait baju panas terakhir, kali ini berwarna biru.
"Mummy tak sabar nak tengok anak-anak mummy pakai baju ni nanti." aku mengelus beberapa kali perutku sebelum menyambar bebola benang kait yang berada di dalam bakul rotan.
"Sayang."
"Eung?" aku menyahut tatkala dipanggil Noe Taehyung.
"Dah makan?" lelaki itu melangkah mendapatkanku sambil menatang semangkuk bubur dan air kosong.
"Belum. Tak ada selera dengan ulser penuh dalam mulut dan luka-luka di gusi." aku menjawab acuh tidak acuh. Penangan penyakit auto imun yang aku hadapi, ulser dan luka-luka di gusi serta lelangit adalah terlalu biasa.
"Bubur ni tak perlu kunyah pun, sebab saya dah blend hancur." Taehyung mengambil tempat duduk di sebelahku. Baju panas milik kembar tiga dipandang lama.
"Tae..." alang-alang Taehyung berada di sebelahku, ada baiknya aku nyatakan beberapa hasrat yang dah lama aku pendam.
"Ya, sayang?" Taehyung menopang dagu, seakan menanti bicaraku yang seterusnya.
"Balkoni tu kosong sangat, boleh tak belikan beberapa pasu pohon bunga ros identiti antarabangsa?" permintaan pertama aku usulkan.
"Boleh." Noe Taehyung menguntum senyum lalu merebahkan tubuhnya ke sofa. Pahaku dijadikan alas kepalanya.
"Lagi satu, boleh tak kita daftar perkahwinan kita segera? Lepas tu adakan majlis kecil-kecilan untuk keluarga terdekat dan teman rapat." permintaan kedua kini meniti di bibirku. Aku tidak tahu apa reaksi lelaki itu nanti, tetapi aku berharap dirinya mengatakan 'boleh' berbanding 'tidak'.
"Kita kahwin betul-betul?" Taehyung bangkit daripada pembaringannya, nampak seperti terkejut besar.
"Ya, kahwin betul-betul. Itu pun kalau awak sayangkan saya dan serius untuk bina kehidupan bersa..."
"Sayang, jom." bicaraku dipotong Noe Taehyung.
"Ke mana?"
Orang tengah serius berbincang tentang hal kahwin, dia nak ajak pergi somewhere pula.
"Pergi daftar perkahwinan kitalah. Dalam perjalanan pulang, boleh kita singgah ke nurseri...beli pohon bunga ros." Taehyung tersengih.
"Serius ni?" aku hampir ternganga dengan rencana lelaki itu.
"Ya, tetapi dengan syarat... Makan bubur ni dulu." hidungku dicuit Taehyung.
"Eung!" aku mengangguk laju. Peralatan mengait kutolak ke tepi. Dengan bantuan Taehyung, aku menikmati bubur itu dengan berselera sekali.
*******
Bertemankan langit malam ditemani bulan mengambang penuh, aku tersenyum sendirian di balkoni utama tatkala memandang cincin perak tersemat elok di jari manisku.
Hari ini dalam sejarah, akhirnya aku bergelar isteri sah kepada manusia separa syaitan dan tidak lagi memegang watak sebagai isteri segera atau olok-olok.
"Seronoklah orang tu. Bunga dapat, cincin pun dapat." Noe Taehyung bersandar pada pintu gelungsur kaca. Dirinya tampak cukup lain apabila mengenakan t-shirt dan seluar berwarna putih.
"Seronoklah, pertama dan terakhir kali di dalam hidup." aku tersengih. Tiga deretan pasu pohon bunga ros berbaka Liv Tyler, Novalis dan Guardian Angel menjadi pilihanku siang tadi semasa berada di nurseri. Kalau boleh, aku nak beli semua yang ada tetapi dilarang oleh Taehyung dengan alasan, 'balkoni rumah kita sempit'.
"Laliz, tentang majlis perkahwinan tu... Kita adakan selepas awak bersalin boleh tak?" Taehyung mula mengambil tempat duduk bertentangan denganku.
"Alah, kenapa?" aku mencebik. Tiba-tiba hatiku dipagut kecewa.
"Dr. Fok telefon saya tadi, katanya fungsi buah pinggang awak makin merosot. Maka jalan terakhir ialah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang." tangan kiriku diraih dan digenggam kemas oleh Taehyung.
Aku terdiam. Betullah bak kata pepatah, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kusangka gembira boleh bertahan, akhirnya dugaan menyusul lagi.
Aku tertunduk lantas diam membisu.
******
Hari demi hari, kesihatanku makin memburuk. Aku lebih kerap bermalam di hospital berbanding menghabiskan masa di rumah. Kata Noe Taehyung, pihak hospital sudah menemui penderma buah pinggang yang sesuai dan sekarang hanya menanti masa.
Selepas aku bersalin secara c-section, pembedahan pemindahan buah pinggang pula bakal menyusul diikuti rawatan kemoterapi untuk menghapuskan sel-sel lupus daripada terus bermaharajalela di dalam tubuhku.
"Tae..." sedari rintik-rintik hujan mula membasahi bumi, aku bersuara. Lelaki yang asyik menulis sesuatu, selalu menemaniku ketika ada waktu lapang berpaling sekilas.
"Boleh bawa ke rumah hijau tak bila dah habis bertugas?" aku bertanya bersama sebak di dada.
"Boleh." sepatah Taehyung menjawab. Pen dan fail ditolak ke tengah meja lalu dirinya mendapatkanku.
"Bertahan tau. Sikit je lagi." tangan kanannya mengelus perutku.
"Saya penat." aku tidak mampu menanggung sebak lantas menangisi segala keperitan dan kesakitan yang aku alami sekarang ini.
"Menangislah sepuas-puasnya. Jangan pendam. Esok lusa fight lagi ya." Taehyung membongkok dan merangkul tubuhku erat.
Di dalam pelukan lelaki itu, aku menangis semahu-mahunya.
******
"Nah." setangkai lavender dihulurkan Noe Taehyung kepadaku.
"Ish, tak baik petik bunga sesuka hati." aku menampar lembut tangan Taehyung sebelum menarik lengannya, memaksa lelaki itu duduk di sebelahku. Suamiku itu hanya menurut. Sebaik punggungnya dihenyak ke atas bangku, aku mengambil peluang melentokkan kepalaku ke bahu kirinya.
Kami berdua mendongak ke bumbung berkaca. Kelihatan kepingan putih ringan berterbangan di langit kelam.
"Salji." aku mengumam perlahan.
"Musim kegemaran awak kan?" Taehyung menebak.
"Tak. Musim sejuk buat satu badan saya sakit-sakit terutamanya tulang, otot dan kuku." aku mencebik.
"Habis tu, musim apa yang awak suka?" Taehyung menyoal sambil merenungku.
"Hujung musim bunga dan awal musim luruh." aku tidak jemu untuk menjawab kerana aku tahu, dengan cara itulah Taehyung boleh mengenaliku lebih mendalam lagi.
"Awak pula?" kali ini giliran aku menyoal Taehyung.
"Musim kegemaran saya, hurmmm... Musim bunga kerana pada musim itulah saya bertemu dengan seorang perempuan yang nampak kuat di luar tetapi hakikatnya rapuh di dalam." Taehyung tersengih.
"Dr. Wang ke?" aku menjengil.
"Apa pula Dr. Wang. Tak kuasa saya." Taehyung menjelingku manja.
"Habis tu siapa?" aku pura-pura bertanya walhal aku sudah tahu akan jawapannya.
"Mummy kepada Jellybean, Peanut dan Sprout." usai menjawab, pipi kananku dikucup Taehyung.
"Ceh." aku mencebik. Wajahku mula membahang panas.
"Tae..."
"Eung?"
"I love you." ucapku malu-malu.
"I love you too, sayang." Taehyung membalas lantas merangkulku seeratnya.
Kalaulah masa boleh dihentikan, aku mahu berada di dalam keadaan ini... Di dalam pelukan hangat Noe Taehyung. Aku rasa selamat, tenang dan bahagia.
Tetapi apakan daya, itu sekadar angan-angan. Mana mungkin aku boleh berada dalam pelukan lelaki itu buat selama-lamanya.
******
"Taehyung..." aku tidak mampu memandang monitor apabila skalpel di tangan Dr. Jang mula menghiris kulit perutku. Tangan Noe Taehyung kugenggam kemas.
"Bertenang, sayang. Tarik nafas, hembus perlahan." Taehyung tidak putus mengajarku untuk melakukan teknik pernafasan yang betul agar aku tidak panik. Walaupun setiap torehan tidak kurasai kerana ubat bius, tetapi aku tetap gugup.
"Pandang mata saya. Lupakan ketakutan, lupakan semua kebimbangan awak. Awak dan anak-anak kita akan selamat." lembut nada lelaki itu menenangkanku. Aku perasan, sepasang matanya mula berkaca dan kemerah-merahan.
"Terima kasih sebab sudi temankan sa..." aku tidak jadi menyudahkan kata apabila bunyi bingit menyapa pendengaranku. Seraya itu, pandanganku mula kabur.
"Choi Laliz, kenapa ni sayang?"
"Tae..."
"Laliz, jangan tidur Laliz. Sedarkan diri."
Suara Noe Taehyung, suara terakhir yang aku dengar sebelum pandanganku menjadi gelap-gelita.
******
"Waktu kematian, 6:15 petang."
Ayat yang selalu didengari Noe Taehyung di dewan bersalin atau bilik bedah kini menghantuinya lagi.
Kali ini amat berbeza. Kali ini dirinya tersungkur melutut ke lantai bersama satu raungan kuat.
Tubuh kaku tidak bernyawa itu sedikit pun tidak mahu dipandangnya. Paha kanan dipukul berkali-kali. Sakitnya tidak sehebat sakitnya satu kehilangan.
**********
Jemputlah minum ayaq teh kosong. Biskut marie pun ada haa. Sambil makan, sambil komen ya.
Kak Miran korang nak pi lari dulu. Bye. 🏃♀️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro