Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38: Bayang-bayang Kematian

"Seronok buat orang risau?" itu soalan pertama yang aku lemparkan kepada Noe Taehyung sebaik Soobin dan Hendery mempamitkan diri. Kini hanya tinggal aku dan lelaki terbaring lemah di dalam wad persendirian itu.

"Kenapa datang? Awak kan tak sihat." soalanku tidak dijawab, Taehyung mengubah topik.

"Doktor memang macam ni eh? Kesihatan orang lain suka ambil peduli tetapi kesihatan sendiri, terabai." aku menyindir.

"Nampaknya begitulah." Taehyung menguntum senyum sebelum meraih tangan kananku. Aku mencebik. Di dalam hati, aku sudah dilanda hiba.

"Kenapa risau sangat ni?" lembut Taehyung menyoal. Makin kemas tanganku digenggamnya.

"Risaulah, kalau jadi apa-apa pada awak... Anak-anak kita macam mana?" hamburku bersama tangisan.

Noe Taehyung kelihatannya tersentak.

"Laliz, jangan cakap awak dah tahu siapa..."

"Ini..." aku menyelongkar tas tanganku dengan segera.

"Kalau saya tak jumpa kad ni, mungkin sampai mati saya tak tahu awak bapa kepada anak-anak saya." kad berwarna biru kutunjukkan kepada lelaki itu.

"Kenapa tak berterus-terang? Kenapa nak rahsiakan daripada saya?"

"Sebab awak sendiri yang bagitahu saya, awak tak nak tahu identiti penderma tu. Jadi saya diamkan je." Taehyung menjawab lantas merangkul tubuhku.

"Saya memang bodoh, Noe Taehyung. Clueless, padahal dah banyak hint yang awak bagi pada saya. Saya bodoh." aku teresak-esak di dalam rangkulan Taehyung.

"Syyyh, jangan cakap macam tu. Tak baik untuk anak-anak kita dengar." pelukan dileraikan dan kali ini daguku diangkatnya.

"Maaf." sepatah kata hikmat itu meluncur laju dari mulutku. Noe Taehyung kekal tersenyum. Jari-jemarinya menyeka air mata yang masih bersisa di pipiku.

"Sebenarnya saya terseksa, Laliz. Saya nak sangat bagitahu bahawa anak-anak dalam kandungan awak tu adalah anak-anak saya. Tetapi sekarang, saya dah rasa lega. Semuanya sudah terbongkar." Noe Taehyung tergelak kecil. Namun gelaknya tidak bertahan lama, wajah kelat ditayang kembali.

"Satu je kerisauan yang asyik menganggu saya, anak-anak ni..." Taehyung menyentuh perutku.

"Mereka akan mewarisi darah manusia separa syaitan, Laliz."

"Kalau awak boleh survive dengan jadi manusia separa syaitan yang baik, kenapa tidak mereka? Jangan pandang rendah pada Jellybean, Peanut dan Sprout saya." aku mengalihkan tangan Noe Taehyung daripada terus menyentuh perutku.

"A..apa? Jelly apa?"

"Jellybean, Peanut dan Sprout. Nama timangan anak-anak kita." aku menjawab sambil menggulingkan biji mata.

"Comelnya nama mereka." Taehyung tersengih lalu merangkul tubuhku.

"Ihsan daripada Pinterest." aku berterus-terang. Bukan main aku cari nama timangan di enjin carian Google, Naver dan Yahoo. Semua tak berkenan. Last-last jumpa di Pinterest.

Jellybean. Peanut. Sprout.

"Ah, mereka dah aktif menendang."

"Really?"

"Eung."

"Nanti nak buat scan tak, periksa jantina anak-anak kita?" usul Taehyung.

"Tak nak, tak surprise." laju aku menggelengkan kepala.

"Okey, tak mengapa. Itu hak awak." Taehyung mengamati wajahku.

"Laliz, andaikata petang ni saya dah boleh keluar daripada hospital... Nak minta tolong buat sesuatu boleh?" lelaki itu menyoal.

"Apa dia?"

"Sini." Taehyung mula berbisik ke telingaku. Saat rencana diberitahu, mataku membuntang luas.

******

"Kau beria sangat bawa bunga ni kenapa hah?" Kim Junkyu dijeling tajam. Sedari tadi jejaka itu asyik mencium sejambak bunga lili putih di tangannya.

"Adab ke rumah orang, mesti bawa buah tangan." Junkyu menjawab selamba.

"Iyalah tu." Lee Felix mencebik. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar dan dirinya melangkah keluar dari lif bersama perasaan tidak sabar. Kim Junkyu pula sekadar mengekori daripada belakang.

"Ini dia." senyum Felix meleret apabila unit apartment milik Noe Taehyung berada di hadapannya. Tidak menunggu lama, loceng rumah ditekan beberapa kali.

******

"Ma...masuklah." gugup aku menjemput dua orang jejaka masuk ke dalam rumah seperti mana yang dipinta oleh Taehyung.

"Untuk akak." sejambak bunga lili putih diserahkan kepadaku malu-malu oleh Kim Junkyu.

"Terima kasih, buat susah-susah je." aku menguntum senyum lalu mengiringi mereka ke ruang tamu.

"Mana Syaitan Raven tu? Tak nampak bayang pun?" Felix menghentak tubuhnya ke sofa. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Dah lagak seperti seorang superstar.

Ah, aku lupa. Dia salah seorang ahli kumpulan Straight Kids.

"Taehyung tengah mandi." aku mereka satu pembohongan.

"Buat macam rumah sendiri ya. Saya nak sediakan snek." masih berbekalkan wajah manis, aku memandang Felix dan Junkyu silih berganti sebelum aku menapak ke arah kabinet TV. Pemain CD kutekan dan terus tergesa-gesa ke dapur.

Bayu-bayushki-bayu,
Ne lozhisya na krayu!
Pridet seren'kiy volchok,
I ukhvatit za bochok.

On ukhvatit za bochok,
I potashchit vo lesok.
I potashchit vo lesok
Pod rakitovyy kustok.

Lagu pengulit tidur yang aku rakam beberapa jam yang lepas kini berkumandang perlahan.

"Ah, teruknya suara kau Laliz." aku memerli diri-sendiri sambil mengintai dari dapur. Kelihatannya Lee Felix mula terbuai dengan lagu tersebut.

K nam, volchok, ne khodi!
Nashu Mashu ne budi!
Bayu-bayushki-bayu,
Ne lozhisya na krayu!

Pridet seren'kiy volchok,
I ukhvatit za bochok.
On ukhvatit za bochok,
I potashchit vo lesok.

Beberapa kali Felix tersengguk-sengguk sebelum terlentok ke bahu Junkyu. Tidak aku duga, tubuh jejaka itu kini berubah menjadi seekor burung hantu.

"Tu dia, umpan mengena." aku melonjak girang lalu ke ruang tamu kembali. Pemain CD segera kumatikan. Ah, boleh naik berdarah telinga dengar suara sumbang sendiri.

"Ini ke tujuan abang ajak kami datang ke sini?" Junkyu tersengih nakal.

"Ya." aku mengangguk lalu mengangkat tubuh kecil si burung hantu, siap bermahkota emas di kepala. Dengkuran halus tidak putus menandakan ianya tidur dengan lena sekali.

"Terima kasih, sayang." kini Noe Taehyung muncul dan mendapatkan kami berdua.

Sayang? Wow, pertama kali aku dipanggil 'sayang' oleh lelaki itu. Blushing aku dibuatnya.

"Kunang-kunang, tak...maksud saya, Junkyu. Boleh hantar burung hantu ni ke tempat asalnya?" Noe Taehyung memegang bahu kiri Junkyu, membuat satu permintaan.

"Boleh, bang." jawab Junkyu patuh. Selang beberapa saat, jejaka itu menghilangkan diri bersama Putera Stolas.

"Selesai satu masalah." Noe Taehyung terduduk di sofa melepaskan satu kelegaan.

******

Dua hari sebelumnya...

"Minumlah." secawan teh omija diletakkan ke atas meja sebelum tangan Noe Taehyung diraih. Rintik-rintik air mata mula membasahi pipi Moon Jira.

"Ibu minta maaf." tutur wanita itu perlahan. Dirinya tidak menyangka anak hasil perkongsian hidupnya dengan Kim Hyunsik rela menjejakkan kaki ke rumah buruk tersebut.

"Kini saya baru faham kenapa ibu buang saya dulu." Taehyung menunduk, segan untuk bertentang mata dengan ibu kandungnya.

"Dalam hal ini, semuanya salah ibu. Ibu sepatutnya lindungi kamu, besarkan kamu... Tetapi ibu mudah putus asa, suka cari jalan singkat untuk selesaikan masalah." Jira mengenggam erat tangan anaknya. Masing-masing mendiamkan diri buat seketika.

"Ibu tahu tentang buruj delphinus atau pernah dengar mendiang ayah sebut-sebutkannya?" Noe Taehyung mula menyoal, tidak tahan menunggu lama untuk mendapatkan satu kepastian.

"Buruj delphinus? Tak pernah tetapi mendiang ayah kamu ada tinggalkan sesuatu." Jira bangkit dari duduknya dan menghilang ke bilik tidur. Tidak lama kemudian dia kembali bersama buku nota lama di tangannya.

"Ini satu-satunya yang dia tinggalkan. Ibu cuba baca, tetapi sepatah haram pun tak faham kerana ia ditulis di dalam bahasa asing." buku nota itu diserahkan kepada Noe Taehyung.

******

Bersendirian di taman ditemani langit senja serta burung-burung berkicauan, mula terbang pula ke sarang... Noe Taehyung menyelak buku nota lama peninggalan mendiang ayahnya.

Setiap tulisan di helaian muka surat buku itu, Taehyung amat memahaminya.

Malam Hujan di Tahun Baru;
Cukup sukar hidup di sini.

Sarapan Tanpa Teman;
Aku harus mencari pasangan dalam kalangan manusia.

Peristiwa di Perhentian Bas;
Aku jatuh cinta dengan seseorang.

Buruj Delphinus bertukar tuan;
Dikejar puak tamak mahukan buruj delphinus. Akhirnya aku serahkan ia kepada anak kecil, polos orangnya.

Choi Laliz, aku ingat nama itu. Jika dia mempunyai anak-anak nanti, mereka bakal ditakuti kesemua syaitan yang ada di bumi dan langit.

"Choi Laliz?" bacaan Noe Taehyung terhenti.

*******

"Apa jadi dengan burung hantu tu?" aku mengambil tempat duduk di sebelah Taehyung.

Lelaki itu tersentak.

"Ah, dia akan tertidur selama seratus tahun. Bila dah sedar nanti, kita semua dah tak ada." Taehyung mengekeh geli hati.

"Kasihanlah pula." aku membalas.

"Nak kasihan buat apa, dia tu nakal. Suka mengusik sana-sini." Taehyung mencebik pula.

"Tapi kan, betul ke apa yang dia cakap... Awak boleh nampak bayang-bayang kematian saya?" aku menyoal sebab ini satu-satunya soalan yang masih belum aku dapatkan jawapan daripada lelaki itu.

Noe Taehyung terdiam. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia menekap telinganya ke perutku.

"Hello Jellybean, Peanut dan Sprout..."

Aku pula melepaskan keluhan berat. Sampai bila Noe Taehyung tak nak berterus-terang dengan aku?

*********
Tinggal dua part je lagi untuk sampai ke penghujungnya. Ready ke tidak? Okey ke tak okey?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro