Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37: Tiga Syaitan Bersua Muka

"Wassup bro!" Lee Felix mengangkat tangan kanan apabila ternampak susuk tubuh Noe Taehyung dari kejauhan. Kim Junkyu pula hanya tertunduk, menikmati aiskrim berperisa keladi.

"Aku sibuk. Kalau nak bercakap belok sana, belok sini... Baik buat group chat." sindir Noe Taehyung saat menghenyak punggungnya ke bangku. Suasana kafeteria Hospital Swasta Ataraxia agak lengang memandangkan jam sudah menginjak ke pukul 11:30 malam.

"Okeylah...aku pun tak nak berbasa-basi, bang. Mana buruj delphinus tu?" jari-jemari Lee Felix mengetuk meja.

"Buruj apa benda pula ni? Aku tak tahu apa-apa." Taehyung mendengus sebelum mengerling Kim Junkyu di sisinya.

"Kunang-kunang pemakan cahaya ni cakap, buruj delphinus ada dengan Syaitan Raven. Sah-sahlah ada dengan abang sebab abang keturunan terakhir burung gagak pemakan bangkai." senyum sinis terukir pada bibir Felix.

Noe Taehyung tergelak besar.

"Yang kau obses dengan buruj delphinus tu kenapa?" lelaki itu menyindir.

"Bang, buruj delphinus ibarat nyawa aku bang. Langit utara takkan lengkap dengan buruj tu dan aku ni bang, dah seratus tahun tak boleh tidur walaupun sesaat pun." wajah Taehyung ditatap Felix.

"Kau tak boleh tidur? Jadi kau teringin nak tidurlah ni? Aku boleh tolong kau tapi bukan dengan buruj delphinus." Taehyung menguntum senyum. Dia tahu satu solusi untuk membantu jejaka itu.

"Abang nak buat apa?" Kim Junkyu mencelah sementelah mangkuk aiskrim di tangannya sudah pun kosong.

"Kau, si kunang-kunang dan kau... Putera Stolas yang cintakan ilmu kaji bintang, datang ke rumah aku malam esok." Noe Taehyung bingkas berdiri. Tanpa sebarang pamitan, lelaki itu beredar pergi dengan tergesa-gesa.

"Tahulah nasib kau nanti wahai burung hantu berkaki panjang." galak Taehyung ketawa di dalam hati.

******

Dek kerana bosan asyik terbaring sepanjang hari, aku mula menjelajah di perpustakaan mini milik Noe Taehyung. Deretan buku serta bau kertas lama mengingatkan aku sewaktu belajar di universiti dahulu. Aku mengambil jurasan sains politik tetapi sayang, ambil masuk tahun kedua pengajian... Aku berhenti kerana kekangan kewangan serta masalah kesihatan yang tidak berpenghujung. Pengakhirannya aku mencari nafkah dengan mengambil upah membuat resume bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan.

"Aih." aku melepaskan satu keluhan. Semua buku yang ada di atas rak berbahasa asing; Inggeris, Rusia, Cina, Jepun, Sepanyol dan Perancis. Noe Taehyung memang baca ke buku-buku tu semua atau sekadar hiasan estetik?

Geng estetik jangan dibuat main, mereka memang sukakan sesuatu benda yang mempunyai nilai estetik, cantik dan kemas.

Aku tidak putus asa. Setiap baris buku aku tilik satu-persatu.

"Burung paling disalah anggap." judul buku berkulit keras dan berwarna hitam itu aku baca. Ada pun buku yang ditulis dalam bahasa Korea.

Aku tidak menunggu lama, terus buku itu kusambar dan aku menapak ke arah katil. Aku berbaring dengan senang hati dan membelek buku itu bersama perasaan teruja.

BURUNG gagak seringkali disalah erti sebagai haiwan pengotor, perosak sampah, pemakan bangkai malah dikaitkan dengan ilmu hitam. Namun tahukah anda, gagak merupakan salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai bijak selepas beberapa eksperimen dijalankan terhadap spesis ini.

1. Burung gagak dapat menentukan sebab dan akibat.
2. Burung gagak faham paras air.
3. Burung gagak simpan dendam dan sampaikan dendam kepada gagak lain.

"Wow, dashyat. Burung gagak simpan dendam tu. Jangan cari pasal." aku tidak jadi menyelak helaian seterusnya apabila wajah Noe Taehyung terlakar di mataku. Walaupun lelaki itu separa syaitan, aku cukup sukakan senyuman mahalnya. Ah, lagi satu... Tahi lalat di hujung hidungnya. Comel, comel je.

"Eo?" aku tersentak. Buku di tangan terus aku ketepikan apabila terasa tendangan di dalam perutku.

Si kembar tiga menendang ke? Biasanya ada pergerakan kecil je tetapi hari ini, dah mula menendang.

"Jellybean, Peanut, Sprout... Seronok ke menendang?" aku mengusap lembut perutku dan berbicara dengan mereka bertiga.

"Membesar dengan sihat ya?" aku menguntum senyum sendirian.

Aku tak menyesal memilih untuk hamil melalui prosedur IVF. Aku juga tak menyesal membuat keputusan untuk meneruskan kandungan ini walaupun ianya berisiko.

Aku takkan pernah menyesal.

******

"Abang okey tak ni?" Noe Hendery meletakkan tiga mug berisi minuman coklat hangat di atas meja. Satu untuk dirinya, satu untuk Soobin dan satu lagi...untuk Taehyung.

"Okey je cuma pening sikit." Taehyung menjawab lemah. Berada di balkoni sedikit sebanyak mengurangkan sesak di dada lelaki itu.

"Abang nampak teruk sangat ni." Soobin pula menyampuk. Automatik tangannya singgah di dahi dan leher Taehyung.

"Panasnya. Abang demam ke?" kerisauan terpapar pada wajah Soobin.

"Mungkin. Tak apalah, jangan risau. Nanti abang makan ub..." bicara Taehyung mati. Matanya terpejam rapat sebelum rebah dari kerusi.

"Abang!" Hendery dan Soobin menjerit serentak.

******

I can hear it callin'
Loving the way you wanna talk
Touch me tease me feel me up
Callin'
Something in the way you wanna talk.

Aku meletakkan telefon ke atas meja sebaik memainkan lagu yang aku gemari. Kini tanganku kembali lincah mengait baju panas yang kedua, berwarna ungu lembut.

You got me sayin' you got me sayin'
How you doing
Tell me what's your name
What's your sign
Feeling like you're into me
Yeah, I'm waiting, I just want you to come on over where I'm staying.
(WayV - Love Talk)

"Kak! Abang Taehyung pengsan!"

Aku terperanjat besar apabila Choi Soobin menerjah masuk ke dalam bilik tidurku. Hampir-hampir sahaja jari aku ni tercucuk jarum.

"Pengsan?"

"Ya, rasanya abang demam. Soobin dan Abang Eri akan hantar abang ke hospital. Akak tolong carikan dompet abang ya?" cemas Soobin meminta.

"Kejap." aku turun dari katil dengan tergopoh-gapah dan menuju ke meja riasan. Aku menarik laci segera. Ya, aku memang tidak salah tempat. Taehyung memang menyimpan dompetnya di dalam laci ini.

"Ada tak kak?" Soobin menyoal, masih setia menanti di muka pintu.

"Ada. Kejap akak nak check kad pengenalan dia ada ke tidak?" aku mengambil dompet tersebut dan membukanya.

Okey, kad pengenalan ada.

"Eo?" sekeping kad berwarna biru mengundang minatku. Tertera tulisan pada kad itu, kad penderma sperma Hospital Swasta Ataraxia.

Aku menarik kad tersebut.

Nama: Noe Taehyung
Nombor ID: 7788

Kejap? 7788? Itu bukan ke nombor identiti penderma sperma untuk anak-anak yang aku sedang hamilkan sekarang ni?

Mata aku bermasalah ke apa? Atau aku tengah bermimpi?

"Kak..."

"Haa, ada ni dompetnya. Semua lengkap." aku menyerahkan segera dompet itu kepada Choi Soobin manakala sekeping kad biru berada di dalam genggamanku.

*********
Begitulah kisahnya.... Tinggal tiga part je lagi. 😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro