Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36: Mimpi Bukan Mainan Tidur

"Pejam mata." Noe Taehyung mengarahku tatkala kelengkapan untuk rawatan hemodialisis nocturnal diambilnya.

Aku tergelak.

"Awak ingat saya budak kecil ya sampai nak kena pejam mata? Saya dah terbiasa sangat dengan jarum ni semua." aku memberitahu. Bunyinya berbaur angkuh, tetapi realiti okey. Aku dah terbiasa sangat dengan jarum selepas bertahun-tahun berulang-alik ke hospital.

"Saya nak awak nampak lebih relaks, tak gugup." Noe Taehyung duduk melutut di lantai. Plastik jarum dikoyaknya kasar.

"Saya nampak gugup ke?" dengan berani, aku menatap wajah lesu tersebut.

"Ya." tanpa sebarang senyuman, Taehyung membalas dingin.

Mesti dia penat kan dengan kerja tak berkesudahan? Lepas tu terkejar-kejar pulang ke rumah pula untuk menjalankan rawatan hemodialisis terhadapku.

Ah, lagi satu... Sejak akhir-akhir ini, Noe Taehyung asyik muntah-muntah sehinggakan ia mengundang satu persoalan dalam diriku.

Dia bapa kepada anak-anak aku ke?

"Aih! Mengarut betullah." aku menidakkan apa yang aku fikirkan sekarang.

"Apa yang mengarutnya?" soal Noe Taehyung membuatkan aku tersentak.

"Tak...tak ada apa-apalah." gugup aku membalas lantas memejam mata erat. Tangan kanan kuletakkan pada perutku dan mengelusnya lembut. Aku mula mendendangkan lagu pengulit tidur yang kerap dilantunkan mendiang ibu sewaktu aku kecil dahulu. Walaupun aku tidak faham akan maksud lagu itu, aku tetap menyukai melodinya.

Bayu-bayushki-bayu,
Ne lozhisya na krayu!
Pridet seren'kiy volchok,
I ukhvatit za bochok.

On ukhvatit za bochok,
I potashchit vo lesok.
I potashchit vo lesok
Pod rakitovyy kusto

******

Noe Taehyung bungkam tatkala lagu pengulit tidur berbahasa Rusia menyapa perlahan di pendengarannya. Setiap bait, cukup difahami lelaki itu.

Tangan Noe Taehyung menggigil, bibirnya diketap kemas.

K nam, volchok, ne khodi!
Nashu Mashu ne budi!
Bayu-bayushki-bayu,
Ne lozhisya na krayu!

Pridet seren'kiy volchok,
I ukhvatit za bochok.
On ukhvatit za bochok,
I potashchit vo lesok.

"Laliz, boleh hen...hentikan tak?"

******

"Eung?" aku membuka mata kembali tatkala dipinta Noe Taehyung.

"Bo...boleh tak jangan nyanyi lagu tu lagi?" dengan payah Taehyung memberitahu.

Aku perasan, sisi wajahnya menghitam ditumbuhi bulu-bulu halus.

"Arghhh!" Noe Taehyung mengerang kuat seperti dirinya sedang menahan kesakitan.

Jantungku seakan terhenti berdegup apabila kuku-kuku tajam lelaki itu tumbuh. Tilam dicengkamnya kemas.

"Noe...Noe Taehyung, awak..."

"Pejam mata dan anggap ini hanyalah satu mimpi." Taehyung bangkit daripada duduknya.

"Tak. Ini bukan mimpi tetapi realiti yang saya harus tempuhi sekarang, Taehyung." aku menyambar lengan kiri lelaki itu dan tubuhnya kutarik dengan kudrat yang ada.

Kini Noe Taehyung berada di dalam pelukanku.

"Lepaskan. Saya tak sanggup biarkan awak tengok diri saya yang sebenarnya." Taehyung mengetap bibir kuat. Segala kesakitan yang dilaluinya sekarang cukup tidak tertanggung.

"Tak, saya tak nak lepaskan kerana dengan cara inilah saya boleh tahu siapa awak sebenarnya. Syai.tan.ra.ven." aku mengeratkan pelukan tersebut.

******

Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi membuatkan aku terjaga daripada lena yang panjang. Selalunya aku akan capai telefon terlebih dahulu, namun hari ini tidak. Perkara pertama yang aku buat ialah mengerling ke sisi.

Kelihatannya Noe Taehyung nyenyak diulit mimpi dalam keadaan merengkok.

"Pasti sakit kan?" aku menyoal di dalam hati saat jari-jemariku menyentuh wajah polosnya. Apa yang aku paling suka tentang lelaki itu ialah tahi lalat kecil di hujung hidungnya. Cukup comel dan menawan.

Ah, kau gilalah Laliz. Kau dah jatuh cinta dengan manusia separa syaitan ni ke?

"Buat apa?" satu suara serak menegurku tiba-tiba.

Noe Taehyung celik.

"Ah, itu...alah itu. Di pipi awak ada...ark." tidak sempat menghabiskan kata, aku terjerit kecil apabila pinggangku dirangkul Taehyung erat.

"Pejam mata dan sambung tidur balik." arahnya.

"Ah, okey...okey." aku memejam mata rapat lalu membayangkan sekawan biri-biri melompat sehingga aku terlena kembali.

*******

"Nak ke mana tu?" wanita berusia 61 tahun melaung tatkala cucu perempuannya berjalan tergesa-gesa melewati pagar kayu.

"Jumpa Momo! Anak anjing Haejin!" kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menyahut sebelum berlari dan menghilangkan diri daripada pandangan neneknya.

"Tengoklah anak perempuan kamu tu haa. Pantang balik ke kampung... nak merayap je kerjanya." omel Ma Soom kepada menantu sulungnya.

"Laliz memang macam tu, bu. Tak reti duduk diam." Runa melepaskan satu keluhan. Sesekali matanya melirik ke arah kebun kecil milik ibu mentuanya. Ada pohon cili, kubis, bijan, zukini dan beberapa tanaman lagi.

"Zukini dah boleh petik ke bu? Laliz tu suka sangat dengan zukini celup telur." Runa menyoal segan. Walaupun sudah hampir sepuluh tahun dia bergelar isteri kepada Choi Hojoon dan seringkali pulang ke kampung ini, rasa segannya pada ibu mentua tetap ada.

"Ada beberapa yang boleh petik. Nanti ibu minta Hojoon ambilkan. Kamu rehat je." Ma Soom membalas bersama kuntuman senyum.

******

Meliar mata Kim Hyunsik memerhati keadaan sekeliling. Kecedaraan pada bahu dan lengannya tidak diendahkan. Apa yang pasti, dia harus mencari seseorang.

Nabiya nabiya
iri nara onuhra
norang nabi huin nabi
choomul choomyuh onuhra.

"Jumpa pun." Kim Hyunsik tersengih saat terpandangkan seorang kanak-kanak perempuan bersenandung riang. Langkah kaki dipercepatkannya.

"Hei, budak." Hyunsik duduk mencangkung dan menahan bahu kanak-kanak tersebut.

"Nama kamu siapa?" 

"Choi Laliz. Pakcik ni siapa? Ibu dan ayah pesan, kita tak boleh bercakap dengan orang yang tidak dikenali." polos Laliz memberitahu. Ketakutan terpapar pada wajahnya.

"Pakcik bukan orang jahat tau. Pakcik nak tunjuk magik je. Suka magik tak?" lembut Kim Hyunsik memujuk.

"Suka! Magik apa pakcik mahu tunjuk?" sepasang mata Choi Laliz membulat bagaikan dirinya tidak sabar menanti magik tersebut.

"Tengok ni." beberapa biji batuan berkilau dikeluarkan dari kocek baju.

"Pakcik akan hilangkan batu-batu ni dalam sekelip mata." Kim Hyunsik mengenggam kemas batuan tersebut lalu ditekap pada perut kanak-kanak perempuan berkenaan.

"Tengok, dah hilang." telapak tangan kosong ditunjukkan kepada Choi Laliz.

"Wah, pandainya pakcik buat magik." sorak Laliz seketika sebelum dahinya berkerut.

"Tapi kan pakcik, batu tu hilang ke mana? Perut Laliz dah makan ke? Nanti Laliz poo poo keluar batu ke?" bertubi-tubi Laliz menyoal. Kim Hyunsik tergelak besar.

"Bila anak-anak kamu lahir nanti, kamu akan dapat jawapannya." kepala anak kecil itu diusap beberapa kali.

"Laliz budak kecil lagi, pak..."

"Laliz!" teriakan seseorang membuatkan Laliz terperanjat besar. Tubuhnya dipusing segera.

"Haejin!" jerit Laliz girang lalu berlari mendapatkan Haejin dan Momo.

Auf! Auf!  Momo menyalak kuat.

"Rumah aku di sanalah." Haejin mencebik.

"Tahu, tapi pakcik tu panggil aku tadi. Dia buat ma...Eh!" Laliz menggaru-garu kepalanya tidak gatal. Kelibat lelaki yang dimaksudkannya sudah tiada.

"Jom, ke rumah aku. Kita main dengan Momo lepas tu jumpa Soora." Yoo Haejin mengajak.

"Eung!" Choi Laliz mengangguk laju.

******

Aku tersentak daripada tidurku apabila guruh berdentum dengan kuat sekali.

"Ya Tuhan." aku meraup wajah segera sebelum mengerling ke sisi. Noe Taehyung tiada di pembaringannya.

Rintik-rintik hujan perlahan berubah menjadi lebat.

Aku mula duduk berteleku. Mimpi yang aku alami sebelum terjaga bukanlah hanya mainan tidur. Tetapi peristiwa yang berlaku dua puluh empat tahun lepas, ketika aku berusia enam tahun.

"Pakcik Magik."

Wajahnya jelas kuingati hingga sekarang.


**********
Pilih dan undi. Anda ingin Laliz mengetahui identiti bapa kepada anak-anaknya...

A) Dengan kadar segera. (undi di sini)
B) Ketika mahu bersalin. (undi di sini)

Pilihan anda akan merubah jalan cerita. Jadi, pilih dengan baik-baik. 😎

By the way, okey tak tu? 😂


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro